Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday 3 April 2012

Kenangan bersama.

Assalamualaikum..
Terkejut nampak banyak gambar. Seperti sudah aku nyatakan, aku akan meletakkan warna warni hidup ku selain teks. Hehehe. Ok2.. Ni semua adalah saat2 aku dan rakan baik ku pergi ke RTM, di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Sungguh seronok. Pagi2 buta lagi dah kena bangun. Memang masa mula gerak aku mula mengantuk. Tapi bila dah nampak bandar KL, terus segar.. Hehehe.. Pagi tue kami minum di kedai mamak sahaja.. Lepas minum, terkejar2 cari kedai gambar. Nazira (calon audition RTM) tak cuci gambar lagi. Hehehe. Memang berasap la kan mencari kedai di Pasar Seni. Dah la hari ahad. Alhamdulilah la seleps tue memang ada kedai yang bukak.

Lagilah dipermudahkan apabila sampai je di sana (RTM), tak ramai pesertanya. Lega jantung tembam aku taw. Hehehehe.. So faster la kawan aku masuk test nyanyi. Die sekali nyanyi je terus boleh la kan.. Yang lain kena ulang dua kali. Huhuh.. 

Lepas dah audition, kitorang pergi Times Square. Sampai sana masa mula2 memang aku tak heran  seperti aku dah nyatakan dalam entry yang sebelum ni kan heheh), lepas suap KFC baru nafsu shopping datang. Hehehe.. namum begitu, aku tak shopping havoc2 sgt sebab mahu berjimat juge yee.. Waa.. takut takde duit nak makan kat kolej nanti. Hehehe. Beli mana yang penting saje.. Heheh..

Kat bawah ni, warna2 kehidupan ku pada 1 April 2012. Cuaca memang baik dan aku tak leh stop tersenyum dan ketawa. Terima kasih kepada abang Ijat tembam, sebab dia dah banyak sumbangkan idea lawak di Raja. Dia sangat sengal kerana lontaran lawaknya ketika kami (warga perempuan) tengah makan. Mahu tercekik tahu tak.. HAhahahahahahaha !!!

Enjoy da sight ok....












2 comments:

aLiAh said...

waa.. nnt bile nazira dah jd penyanyijgn lpe aq tw.. hihihi...

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

Hehehee.. ko doa la si nazira dapat masok :)