Tinggalkan jejak anda ye~

Thursday 21 June 2012

Hidup dan Mati ku Kerana Allah..

Salam.
Alhamdulilah aku masih berpeluang untuk bernafas dan meraih bekalan untuk di akhirat sana. Impian ku hanya satu, untuk kembali ke sana dalam keadaan yang berpakaian dan mampu berdiri sendiri ketika di bangunkan untuk dihisab amal ibadat ku oleh Allah.

Dulu, bila aku baca kisah Nabi Muhammad S.A.W.. aku sendiri cuba berfikir, bagaimana nabi boleh mencintai Allah setulus nya?? Bagaimana baginda merasakan perasaan cinta itu? Kenapa aku tidak merasainya? Aku pun nak juga rasa cinta terhadap Ilahi walaupun aku tak nampak Allah dengan mata kasar aku sendiri.

Memang perjalanan hidup aku ni, memacam benda yang tak matang terjadi. Jika diminta pandangan teman2 ku yang sudah berpaling arah dari mahu berkawan dengan aku, berbagai persepsi yang akan mereka jelaskan tentang aku.. Kalau ikutkan hati memang aku sakit hati membacanya tapi aku cuba positif kan minda aku. Aku cuba ambil pengajaran daripada komen mereka. Sikap aku.. Varieties..

Ada yang minta aku berubah. Aku berubah pada yang mana aku mampu kerana perubahan yang drastik bukan boleh digarap dengan sekali gus. Tambahan lak aku ni jenis loading. Ambil masa nak faham situasi dan keadaan yang orang lain fikirkan.

Jika teman2 yang mengenali diri ini, aku mohon kan kemaafan jika aku dulu nya dalam hidup korang pernah menyakiti perasaan korang. AKu sedar sikap aku sangat2 lah teruk. Mulut aku ni pedas je nak menembak orang. Aku tak pandai nak menegur secara berhikmah dan aku berharap aku mampu menegur dalam keadaan berhikmah. Jika tidak mampu, aku hanya mampu diam dan berdoa moga Allah menjaga diri korang sebaik nya dan memberi hidayah untuk korang kembali ke pangkal jalan.

Aku kini sendirian. Sendirian dalam dunia yang fana ini. Andai ada yang menemani, hanyalah untuk kehidupan di bumi ini sahaja namun bukan untuk selama-lamanya. Yang kekal abadi yang akan menemani ku hanyalah Allah dan amal ibadat aku.

Aku terkesan dengan teguran kawan aku si P-kah.. Die ni kasar tapi bila die dah bukak suara atau bicara, aku pastinya akan ingat. Aku takkan nak ingat yang die cakap tak elok tapi aku ingat yang elok je. Die suruh aku berubah. Insyallah. teguran ko yang itu aku akan pastikan diri aku berubah.. Insyallah.

Jadi, kembali kepada menghayati merasai rasa cinta terhadap Allah. Selepas aku ditegur dan mengharungi kehidupan yang rasa pahit itu.. aku bersendirian dan berfikir. Kenapa aku begini? Kenapa aku macam tidak disukai oleh orang lain. Tiba-tiba, apa yang aku fikirkan di tentang oleh sebahagian diri aku yang berkata.."Ko ni memang tak rasa bersyukur. Tak kenang jasa baik Pencipta MU ! Pernah kah ko bersyukur atas kesihatan mu yang sekarang ini?? Pernah kah ko berfikir kenapa orang lain tak suka ko? Semuanya kerana gaya kau membalas cinta Allah. Hanya sambil lewa. Solat bukan selalu penuh. Kadang-kadang sampai kosong ! Beristighfar nya kurang.. Menghayati nasib orang yang tidak mendapat kesihatan yang sebaik ko pon tidak.. Apakah jenis manusia engkau ni HANI??? "

Macam kena tampar je ayat2 yang diri aku sendiri bercakap. Sedangkan diri sendiri pon berkata begitu. Jadi, baru-baru ni aku melihat gambar-gambar umat Islam di Palestin yang diseksa oleh orang Yahudi. Memang aku bayangkan kalau aku di sana memang tak lama ni.. Sebab aku tak sekuat mereka. Dalam lafaz mulut mereka hanya menyebut nama Allah.. Setiap saat mengingati Allah. Sedangkan aku di sini terbaring keseronokan.. Berjimba-jimba dengan kawan-kawan dan kekasih.

Aku fikirkan faedah aku ade pakwe.. Erm.. tak ada langsung. Hanya menghabiskan waktu, duit, dan menambahkan dosa.. Tue sebab Allah melarang kita mengadakan hubungan dengan lelaki tanpa ada jalinan yang sah. Kerana semuanya akan menjadi sia-sia jika sesuatu yang terlanjur terjadi. Adakah aku mampu menghadapinya di sana kelak di saat amal dan ibadat ku dihisab dan tiba-tiba hanya dosa sahaja yang menjadi berat utama ku..

Aku cuba membayangkan diri ku di saat meninggal nanti. Bagaimana keadaan aku ketika di dalam kubur nanti. Adakah aku berani menempuhnya? Apa yang aku tahu.. Hanya 3 perkara yang akan ikut kita bila kita dah mati iaitu, Amal ibadat, doa anak2 yang soleh dan pahala hasil kita sedekahkan pada orang yang mereka kekal gunakan utk kebaikan sampai bila-bila..

Jadi, aku cuba fikirkan pula tentang umurku. 21 tahun. Apa sahaja yang aku sudah buat untuk mengumpul bekalan ku di sana nanti? Hurm.. bagaikan tiada..

Aku teringatkan emak aku. Baba aku. Bagaimana roh mereka di sana. Kuat kah mereka..

Bila terkenangkan mereka, aku akan baca yasin. Dan inilah caranya untuk aku cuba merasai cinta Ilahi.. Iaitu dengan mengekalkan diri aku dalam mendoakan ibu dan baba aku yang sudah pergi ke rahmatullah.. Aku bacakan ayat-ayat Al-quran untuk mereka. Aku nak mereka merasakan nikmat yang aku bacakan ayat-ayat suci tersebut. Aku nak mereka tenang dan tidak diseksa di sana..

Dari situ aku sentiasa memohon kepada Allah.. Sentiasa berbicara dengan Allah sehingga sampai satu saat, aku mula rasa rindu jika tak bercakap dengan Allah. Aku dapat merasakan Allah membalas nya cinta ini andai aku bersama dengan keluarga aku. Aku rasa sangat2 bahagia bila bersama dengan abah, along, akak dan angah. Walaupun berbagai onak dan duri keluarga aku tempuh namun, aku tak rasakan kepedihan hidup dalam keadaan susah. Aku rasakan nikmat sangat2. Memang, kalau aku melihat orang yang kaya-kaya tue best jek dapat beli macam2 dalam hidup mereka tapi aku dapat sesuatu yang lebih daripada itu.. iaitu kebahagiaan memeluk abah, along angah dan akak. Jika mereka tahu yang aku ada masalah, mereka akan cuba tolong aku.. Akan cuba menasihati aku. Akan bersama aku.. Mereka tak pernah berjauhan dengan aku.. Aku hanya ade mereka.. Mereka lah kekasih aku.. Aku cintakan keluarga aku.. Aku berdoa moga keluarga aku tidak akan rasakan kepedihan seksa api neraka.. Aku sayang sangat kat mereka..

Barang boleh dibeli tapi keluarga ?? Mustahil sama sekali..

Dan dalam masa yang sama.. sambil teringatkan kisah2 Nabi Muhammad.. Aku berselawat.. Kerana aku juga berkeinginan nak berjumpa dengan Baginda nanti..

Aku terasa bersyukur kerana Allah memberi pinjaman kepada aku sesuatu yang sangat luar biasa.. aku sendiri tidak dapat membalas pinjaman Allah ini kembali. Hanya mampu menunaikan segala perintah-Nya dan menanti saat bersua dengan Allah. Adakah aku kuat?? Moga Allah beri aku kekuatan untuk berjumpa dengan Mu Ya Allah.. Tanpa Mu Ya Allah, aku takkan dapat hidup di sini. Semua nya kerana Mu Ya Allah. Hidup dan matiku kerana Mu Ya Allah... Astagfirullahalazim..



Tunjuki lah aku jalan yang lurus.. Ampunilah aku Ya Allah. Aku mahu kembali dalam keadaan aku lahir ke dunia ini.. Aku tidak mahu bertemu dengan Mu dalam keadaan yang sangat miskin amal ibadat nya.. Ampuni aku Ya Allah..

1 comment:

nurul syuhada said...

sesungguhnya cinta DIA adalah yg kekal abadi. menanggislah andai itu yg goleh buat kita tenang.bertaubatlah selagi ada waktu =(tabarakallah.