Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday 26 August 2012

Insan terpilih ^^

Salam ^^Gembira tak terkata bila akak kesayangan aku, kak noni sudi nak bawak aku ke rumah terbuka akak angkat aku iaitu kak ayu.. Lama giler aw aku nak plan gi umah kak ayu... Aku sorang je la yang nak pergi.. Sebab aku je yang nak sangat jumpe die.. Anyway, aku sayang sgt dgn kak Ayu.. Sebab die, walaupun die dah senang dan kiranya dalam golongan orang "berada" tapi die masih mahu beramah mesra dengan aku.. Sedangkan aku ni, kedudukan nya takde la dikatakan senang tapi bersederhana sahaja.. Cukup-cukup makan la orang katakan..

Aku kenal kak ayu ni pon melalui si dia.. Erm, masa dalam perjalanan nak ke rumah kak Ayu, aku tetap teringat dia.. Aku tetap ingat pada dia.. Entah die ingat ke tak pada aku.. Hopefully die ingat aku la.. Sebab sekarang kami takde pape da.. kami tak berhubung lagi da..Macam da jadi orang asing da.. Macam da tak kenal la kot.. Aku selalu mesej die pi die xmo balas pon.. erm xpe la..aku redha dan terima je.. Sebab tue semua hak die.. Aku tak memaksa lepas ni.. Sebab aku nak die bahagia... biarla die dengan dunia die..

ok sambung balik, Oh kak Ayu nye rumah terbuka sangat2 ok... ^^ tapi aku sampai lambat.. Dalam kul 5 petang baru aku sampai.. Die wat start dari kul 1 petang.. aku lam waktu yang average la kot.. sebab die ending majlis sampai kul 9 malam..

Aku sempat bergambar dengan akak ayu.. Ahahaha !!! Part2 kelakar, ade ke suami kak ayu merangkap abang si dia  iaitu abang kamal pergi snap byk2 gmbr aku tengah peluk kak ayu... segan meh !! ehehhe. anyway semuanya sporting.. Aku berpeluang jumpa kak Yin !! ya Allah die cntik sangat.. Terkedu akak nampak kak Yin.. Diowunk nye family memang fabolous weyh... aku ase aku dan akak aku kecik jek dalam majlis tue... waaaa ^^ hehehe

Ade satu ayat kak Ayu yg aku takkan sesekali lupe hehe..

" Hani ni banyak kasih sayang taw..die boleh bagi kasih sayang pada semua orang.. sesetengah orang pentingkan diri tapi die lain.."

Awww.... rasa nak nangis.. rupanya ade juga yang nampak betapa kalau aku da sayang, kasih sayang aku akan ku sebarkan pada orang lain.. Akak ayu antara akak dan insan yang sudi menghargai aku sebaiknya... Die juge tahu aku mempunyai kekurangan namun die masih sudi hargai aku.. ^^ Mungkin aku kehilangan orang yg aku sayang sangat baru2 ni tapi, Allah tetap kurniakan insan yang berhati mulia yg mahu menyayangi diri aku ni...Terima kasih Allah...

So di sini mahu nyatakan, 


Aku syg semua kengkwn aku even dicaci maki dan dihina dan 

dibnci kerana bukan atas kehendak aku untuk mereka membenci 

diri ini. Allah yg menggerakkan segala2 nya. Andai diri ini buruk 

pada mata mu, maafkan aku. Aku sndri bukan sempurna. Maafkan

 aku sebab aku bukan niat nak tentukan hidup orang pi berniat mahu

 menegur. Dan hey, kalau aku dah syg, aku anggap mcm adik 

beradik. dats all. But if u want to leave, go ahead. Aku redha 

menerimanya. :")

Pada yang pernah terluka, marah dan geram dengan diri aku yang berserabut ni, aku mintak maaf awal2.. aku tiada niat nak memburukkan korang, jika aku dah terkata benda2 tak baik ,maafkan aku kerana aku sendiri tak sedar, niat aku hanya nak meluahkan perasaan, bukan ajak mengumpat.. pi sesetengah orang menyalah tafsir niat aku bercerita dalam meluahkan perasaan.. Aku tetap sayangkan korang.. aku redha lau korang pergi jauh dalam hidup aku sebab aku sebenarnye bersyukur sebab, aku dapat juga kenal ngan korang dan, aku juga dapat peluang berkawan dengan korang.. Baik buruk korang, aku sentiasa maafkan.. if korang pernah beri kata2 kesat pada aku, aku maafkan, dan sekali lagi, aku mohon ampun dan maaf.. aku bukan perfect macam kriteria kawan yang korang mahukan... Im so sorry coz i've been a bad friend.. pi, apa yang aku da katakan dalam berkecil hati hanyalah mahu perhatian korang je.. if takde, xpe la.. thanx sebab sudi dan pernah menjadi kawan2 aku..

di sini sebahagian kenangan aku dengan akak Ayu... aku sayang die.. tak ketinggalan, akak kesygan aku, kak noni... da one and only person yg jdi akak dan mak aku skrg.. i have nobody to share love as u all share love to ur mom... 





Alhamdulilah atas kurniaan yang Allah da beri ini... bersyukur sangat..

Friday 17 August 2012

Monday 13 August 2012

Sahabat tiada pengganti

Salam.. ^^ Aku rasa sebak sangat. Rasa terharu pon ada.. Entah la.. Sahabat. Sahabat bagi aku, bila mereka tidak ada rasa BOSAN nak dengar luahan hati aku...yg tak pernah berhenti ntuk jadi pendengar aku.. Walaupun jarak membataskan pertemuan kami, tapi perhubungan melalui handset memberi ruang ntuk aku berkongsi perasaan.

Una, Feyra, Ruby, Wawa, Fiani, Farah (LIPIS), Nana (PNB), Laila(PNB), Ina(FB), Ika( Salak), Niza (Salak) dan Nazira... Sahabat yg orang kate, telinga TEBAL ! hahahaha... mana tak nye, mereka ni tahu mulut aku macam teeett... Memasing tahu garang dan pedasnya mulut aku. Tapi kesabaran mereka memang aku tabik. Terima kasih wahai teman ku tercinta. Kita bertemu lagi di akhirat kelak. Kan ku doakan kamu semua yg terbaik... Cinta ku terhadap kamu semua tidak dapat dibilang dengan bintang2 di langit.

Walaupun aku kehilangan beberapa sahabt yg aku sangat2 kasih, namun tidak mengapa kerana aku anggap itu ketentuan Allah.. Sebab memang dah takde jodoh mungkin. Keserasian hati pon mungkin.. Daripada terus melukai, baik aku mengundur diri.. Agar kebencian mereka tidak meluap2. Biar la mereka pergi dengan tenang..

Hey, Farah memang suke buat aku hepi sebenarnye .. Ruby pon..hehehe.. tapi Feyra... teman berkongsi kisah hati... UNA???? tidak kering gusi aku dibuat nyeee... Masih bersalutkan iman jika bersama Fiani, Nana, Laila dan Niza... Yang ranggi semacam seperti Wawa dan Ika adha serta Ina Fb sygku...Kes kahwin... one only iaitu Nazira.. hahaha ! Cinta... selamenyee

Saturday 11 August 2012

Jumpa Farah

Salam... Fuhh..ambil nafas bila aku dapat jumpe member aku yg kiranya dah kenal setahun lebih melalui....erm malas ar mention name die. Nanti aku sedih.

Banyak kali budak comel sorang ni ajak aku jumpe sampai aku termaki mamat ni..Huuuue~! Lantak la. Aku malas da nak jage perasaan die. Hehe. Pi perasaan budak comel ni aku jage jugak walaupun selalu gaduh. Hurm, die pernah temankan aku time aku sedih, kecewa,hancur dan sebagainya. Allah je tahu sejauh mane keikhlasan diri die berkawan dengan aku. Macam member aku yang dulu tu, erm.. entahla.. Bila aku jumpe, aku takde rasa nak peluk seeratnye .. pi dengan si comel ni.. mase mule2 terserempak, aku peluk die macam peluk si una dan feyra tahu x.. hehee.. feyra dan una best friend aku sampai ke akhirat. Orang kata sampai ke hati rasanya tue..sorilah aku terlbeyh meluahkan rasa hati.. Aku sedih sebenarnye jumpe die. Sebab dulu, waktu die sedih, die ngadu kat aku, macam mana die luahkan tue, macam aku rasa... hish... aku syg budak ni.

Ade jugak la kenangan yg aku kongsikan dengan die. Die pon suke je ambil gambar dengan aku.. Aku harap die bahagia dengan Man. Aku tengok Man pon jage die baik2... Lau die tinggalkan Man, memang rugi.. tue je :)



Ok kan... mase berpisah, aku ase sedih.. ermm.. moga ade peluang jumpa lagi :)

Wednesday 8 August 2012

Allah itu Maha Pemurah :)

Assalamualaikum... Aku ucapkan terima kasih kepada teman aku yg kiranya pernah memarahi diri ini kerana die pernah mendoakan aku supaya berubah ke arah kebaikan. Insyallah atas izin Allah kan... Aku pon mengharapkan benda yg sama.. Sentiasa mahu diri ni berada dalam keadaan yg lurus. Biar lah sedikit namun aku boleh praktikkan dalam kehidupan aku.

Dalam cuti Ramadhan atau cuti semester ni, sebahagian cuti ini diri aku berada dalam kesesatan yg tidak dapat digambarkan. Kesesatan yg bukan teruk sgt la cuma aku ade konflik dalam diri. Aku terlalu mencintai lelaki. Aku terlalu mengongkong hidupnya. Terlalu sibuk untuk tahu pasal dirinya. Hingga die pernah mengatakan bahawa aku ni merimaskan hidupnya dan aku ni mengharu birukan kehidupannya. Bila aku bace mesej2 nye, aku tidak la menangis tapi aku rasa terkedu jugak la. Eyh, orang yang paling aku syg cakap aku macam tue. Mulanya aku naik hangin satu badan tapi, difikirkan secara positif kan, ermm... mungkin betul apa yg die katakan. Maka, aku mengambil masa untuk terima pernyataan die.

Tahu tak aku jenis degil? Aku jenis sukar terima pendapat orang hingga aku fikirkan buat beberapa hari yg sangat lama. Orang kata aku ni loading. Aku tak peduli la ape orang nak kate asalkan aku berfikir dengan sebaiknye tentang pendapat orang lain melalui positif side nye. hurm... Aku mula start nangis.. Kenapa dengan aku ni.. Apa yg dah lain sangat dengan diri aku??

Aku minta pendapat kawan baik aku iaitu Ijal. Die kate aku dulu mesra alam. Mudah je bertegur sapa dan tidak sombong tapi kini aku berlawak kasar dan pedas serta sombong. Aku mula renungkan diri aku sendiri.. Oh rupanya aku begitu selama ini. Patut lah rasa diri ini kosong. Satu hal lagi, dalam aku enak bersama lelaki yg aku sayang sangat ni, serius aku sangat2 jauh daripada Allah. Aku tak salahkan lelaki itu tapi aku salahkan diri aku sebab, aku dah tahu benda tue salah, haram lagi.. yang aku menggatal buat kenapa kan?? Akhirnye lelaki tue yang buang aku dan aku pon merana dan menangis. So, tanggung la risiko nye. Macam mana pon kesedihan aku hanya sementara. *PESANAN BUAT MU LELAKI YG PERNAH BERKASIH DGN AKU* > aku harap kau maafkan aku sebab aku dah banyak menjerumuskan kau ke kehidupan yang mungkar. Aku pon sudah banyak menyusahkan diri ko. Membebankan fikiran ko. Aku harap, pemergian aku daripada hidup ko akan membuatkan ko tenang ye. Mir.

Ok. Settle dah. Selepas tue, Erm.. Along aku borak dengan aku. Memberi nasihat kepada aku. Satu nya istimewa keluarga aku (bukan bangga tapi mahu berkongsi), abah da along aku suka berkongsi cerita dengan aku secara baik. Maksudnye mereka sentiasa cakap dengan aku secara personal dengan baik tanpa memarahi aku dengan kasar untuk menegur kesilapan aku. Yes, aku memang banyak buat silap tapi, jika mahu tegur, cakap baik2.. insyallah aku cuba terima. Ni tidak, cakap ksar terus, kau ingat aku nak dengar??? Sorilah. Takkan punye. Aku dah la jenis baran, kau lak cakap macam tue, memang la aku reject awal2 kan. Harap maklum. Aku mungkin loading tapi aku ade akal nak nilai baik buruk. Jika aku buat silap, senang je, tegur lah aku secara berhikmah. dats all... ADE PAHAM?

Ok..So, dalam merawat diri, aku kembalikan diri menghadap Ilahi. Aku cuba berfikir apa perlu aku buat dalam keadaan aku kosong ni. Kekosongan hati sangat lah tidak baik. Syaitan mudah masuk dalam diri yg tidak ade apa2. Paling kurang kita kena baca zikrullah. Alhamdulilah, abah aku sentiasa mengingatkan aku supaya bebanyak selawat kepada Penghulu kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W..
Mu tahu tak tue sapa?? kalau tak tahu, memang ko datang dari planet lain la. Sedangkan orang BUKAN ISLAM KENAL BAGINDA TAHU TAK !. huhu.. bukan marah tapi amaran... tue manusia paling sempurna di muka bumi sayang oiii.. Kita wajib cintakan baginda.. Tuelah yg akan bantu berikan syafaat di saat kita di padang mahsyar.. Belum tentu lepas kita meninggal, bekalan amalan kita mampu menampung diri kita dalam menanti hari pembalasan... sila bersedia untuk mati !

Aku ambil masa perlahan2 ntuk bangun semula. Aku mulakan solat. Lepas solat baca yasin. Perkara pertama aku niatkan ialah sedekahkan utk arwah mak dan arwah baba.. serius, aku rindukan  mereka. Mesti mereka sedih bila melihat aku buat dosa.. maafkan adik mak..

Aku juga banyakkan mase aku melihat dan mendengar ceramah USTAZ DON DANIYAL. Ustaz ni sangat lembut budi bicaranya.. Aduh terpikat aku untuk mendengar setiap penyampaian yg diberikan. Inti pati ceritanya pula sangat2 asas. Asas dalam Islam. Di mana kita sering mengabaikan nye dan sebab mengabaikan nye, kita mendapat balasan dan seksaan daripada Allah jika tidak diperbetulkan. Jadi, baru aku sedar, aku patut buat sesuatu.. Mulakan waktu2 aku lapang ini untuk belajar agama... dengar video ceramah pon jadilah. Asalkan memberi manfaat. Jadi, bermula dari sini aku sudah leka dan tidak lagi nak rasa sedih2.. takde lagi nak memikirkan lagi pasal Mir. tue je la. Alhamdulilah.

Dalam aku diduga, Allah menurunkan aku satu cahaya akal ntuk keluar dari belenggu kesedihan ini. Bersyukur tidak terhingga sangat2 kawan2.. Payah tahu tak nak dapat keajaiban begini.. sangat2 sukar..so, kalau kiat ade kesuliatan, kembali ke pangkal jalan ok iaitu mengadu kepada Allah.. Sekian wasalam.