Tinggalkan jejak anda ye~

Saturday 29 September 2012

Detik-detik terakhir Rasulullah SAW menghadapi sakaratulmaut

Salam... dalam kelajuan aku membaca entry2 teman ku yg berdakwah utk menyelamatkan diri ini supaya tidak leka dengan khayalan duniawi, aku terbaca kisah tentang detik-detik terakhir Rasulullah SAW menghadapi sakaratulmaut. Baginda masih nak dengarkan pasal umatnya sedangkan baginda sendiri sedang dilanda kesakitan yang kita sendiri tidak dapat bayangkan. Sedangkan malaikat sudah menyatakan yang perbuatan mencabut nyawa Nabi lah paling lembut dia buat.. Tetapi nabi menyatakan yang ianya menyakitkan. Apatah lagi jika nyawa kita diregut dengan ksarnya?? tidak dapat aku bayangkan jika aku mati nanti..moga aku berpeluang mati dalam keadaan yang beriman..begitu juga kamu semua..
disini aku sisipkan kisah Rasulullah SAW ketika ingin meninggalkan kita semua..hayatilah wahai umat Nabi Muhammad SAW..

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cintakasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabatkala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialahyang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kataRasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “BadanRasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?”
“Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Nikmatnye Perpisahan insan bercouple


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

Friday 28 September 2012

Semangat dibina sendiri

Sibuk betul die aku lihat. Hurm, masih lagi tak dapat melupakan die. Sungguh xbersyukur betul aku ni kerana masih mengenangkan orang yg sudah pastinya bukan milik aku. Erm, ramai yg mengimpikan utk hidup dengan dia tapi percayalah, di hatinya masih ade lagi cinta lamanya. Aku cukup kesiankan die tapi die..erm.. aku tak tahu nak cakap macam mana. Hanya biarkan die begitu sahaja sambil aku di sini mendoakan keadaan die.

Dulu aku cukup banyak kali terasa dengan sikap die yg memang tak mahukan aku. Bila aku cuba fikirkan kembali, mungkin ketamakan aku ni lah yg buat die xberkenan dengan aku malah, die pon memang tak pernah terima aku mungkin. Lama juge aku nak sedarkan diri ni. Masih sedih sebenarnye sebab.. hurmm..hanya Allah yg tahu sebak di hati.. Puas aku luahkan semuanya pada die dan die diamkan diri sahaja. Bila datang marahnya sahaja die akan berlaku jujur..Hurm, tue pon salah aku sebab aku punca die jadi marah. Memang banyak buruk diri aku terhadap die.

Dah lame2 tue aku makin sedar, mungkin die bukan milik aku. Dan jika aku yg terluka, ianya datang dari aku. Kesilapan aku yg gelojoh dan tak mahu bersabar. Akhirnya menjerat diri aku sendiri. Nak jadi sedih pon tak jadi sebab dah tue kesilapan diri sendiri. Pasni kenalah berubah kan. Berubah utk tak pentingkan diri. Berubah utk sedar, kehadiran seseorang itu dalam hidup aku kerana atas kehendak Allah. Jika benda buruk berlaku, itu semua datang daripada aku.

Lagi satu, aku masih orang lain kena difikirkan selain die. Dan aku rasa die pon tahu. Aku perlu berjasa dengan keluarga aku yg dah pon banyak berkorban utk aku yg memandangkan aku ni anak bongsu..Harus cekal.. Nilah rezeki hidup aku. Ade susahnya tapi aku masih mahu bersyukur kerana, sebenarnye ade masih susah daripada aku... dan ade yg masih derita lagi teruk daripada aku.. bersyukur sangat kerana insyallah aku masih mampu bangkitkan semangat dalam diri aku dengan sendirinya. Aku memang perlukan teman-teman tapi aku dulu lah yg perlu bangkitkan semangat diri agar tidak hilang pedoman hidup.. ^^sekian

Thursday 27 September 2012

Lubang kekurangan diri masih banyak

Air mata macam nak mengalir je bila dengar kata2 kasar dia. Rupanya begituelah aku di saat aku menengking orang lain. Erm, maaflah aku bukan nak cari keburukan mu teman cuma menegur sahaja. Jika tak mahu terima takpela. Aku pon bukan terima semua teguran orang sebab aku sendiri tak rasa puas. Macam ne pon move on je la..

Mungkin bila nak berubah, kita kena berdepan dengan diri kita dulu melalui orang lain, barulah kita boleh disahkan lulus atau tidak.. Sabar lah wahai hati.. mungkin Allah mahu membawa pengajaran yg kukuh dalam hati ini. Hapuskan la air mata mu itu. Itu baru sahaja sedikit.. Kau perlu tahu, semuanya ini luas dan tak terjangkau dek pemikiran kecil mu itu untuk membuat orang berubah. Dats all.

Dulu, ko baran, ko bergaduh dengan ramai orang sampai ade yg pergi dengan perasaan yg sgt benci.. ko kena sedar, tanpa mereka, ko xkan kenal erti hidup. Ko takkan kenal manusia.. yg mana mempunyai perasaan yg halus dan sensitif. Janganlah ikut dan ko nak keluarkan kata2 kasar ko sampai ko fikir ko seorang sahaja betul. Nak tegur2 orang. Boleh tapi jika keadaan dah xboleh mengizinkan, berhenti dan biarlah ia tenang setenang air di lautan yg dalam..

Please, ko kena banyak jadi diam. Kurangkan la bercakap. Banyak la istighfar.. ko perlu insaf. Mati sedang menghampiri ko...sekian

Wednesday 26 September 2012

Makin sedar kekurangan diri

Kekuatan ini makin teguh. Insyallah. Cuma tak dapat dinafikan yang air mata kekadang akan mengalir deras tanpa sekatan arahan akal fikiran. Kenangan suka dan duka mustahil dapat dipadam begitu sahaja tapi bagi aku, ianya mampu diambil sambil lewa sebentar. Dulu tak berjaya tapi lama kelamaan aku berjaya walaupun aku kelihatan masih nampak berharap. Sifat berharap masih ada tapi aku cuba pudarkan semangat berharap agar tidak goyah lagi untuk yg lebih bermanfaat dalm hidup ku.

Kehadiran keluarga tercinta dan teman2 sejati menguatkan batin dan kudrat ku untuk berdiri lagi teguh. Susah nak gambarkan perasaan bila kita sedih. Aku cuma tampal kesedihan ni dengan riang ria bersama kawan2.Aku cuba menebus segala silap aku pada kawan yg dahulu terhadap kawan yg baru. Kawan yg dulu sudah pergi jauh kerana luka parah dengan sikap aku. Mereka memang memaafkan tapi luka mana boleh hilang kan. Parut mesti ada. Sampai mati mereka ingat kesalahan aku. Aku pun begitu. Cuma aku kalau boleh nak fikirkan kebaikan mereka. Sebab mereka pernah berjasa dalam hidup aku walaupun sekejap.

Gembiranya aku, semangat menuntut ilmu tue kuat kehadiran nya di dalam kelas tadi. Kelas rekod. Aku sudah jatuh cinta dengan rekod. Perkongsian ilmu dengan student post diploma menaikkan bara api aku untuk melonjakkan diri dalam kelas. Hehehe. Aku berjaya menarik perhatian lecturer. Maklumlah aku memang loading dan aku jenis nak faham sebetul2 nya..Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Memang takdir aku ke arah bidang ini. Bidang yang lebih kepada pengurusan maklumat. Bukan semua orang mampu handle maklumat sesebuah organisasi dengan smart dan efektif an.. tue kelebihan ilmu yg aku raih di sini... sambil tue aku kongsikan sedikit..^^

P/s : Serius, makin banyak benda aku belajar, makin aku rasa, hinanya diri sebab aku xbanyak ilmu rupanya

Sunday 23 September 2012

Semuanya lain

Assalamualaikum.
Alhamdulilah masih boleh berjuang untuk meraih kasih Allah. ^^ Masuk je Sem 3 kali ni memang kejap naik turun nafas aku. Maklumlah, dunia berubah-rubah kan. Masuk kelas pon aku rasa macam seram je. Hehe. Bukan ape, subjek makin lame makin mencabar. Aku rasa kekadang macam, "adakah diri ini mampu untuk subjek ini?". Takut jugak aku semasa meneliti subjek2 tue.

Baru-baru ni aku keluar dengan kengkawan aku. Punye la lame stay kat kolej ni, barulah dapat spend mase dengan kengkawan. Rindu nak melepas rindu dekat kengkawan aku. Diowunk semuanya temankan aku beli beg. Beg aku koyak2 dah. Kesian beg aku tue. Mane2 aku pergi, aku bawak la die.. Kini sudah masanya untuk die rehat. Hehehe...Cakap macam bende tue hidup je an aku ni.. Keh keh keh..

Sekarang ni, aku rasa sangat2 ok. Dari segi nak tension2 pasal benda yg remeh temeh tue la.. Lega rasanya. Aku belajar untuk tak rasa stress sangat demi bende2 gitue.

Dan Aku berimpikan sangat nak naikkan pointer aku.. Doakan aku ye,..insyallah ^^

Friday 7 September 2012

Pengaruh artikel Islamik

Assalamualaikum.
^_^ Alhamdulilah masih dapat berada di muka bumi ciptaan Ilahi. Segala Rahmant-Nya yang tiada bandingan sentiasa dilimpahkan kepada hamba-hamban-Nya tidak kira bangsa dan agama. Ada laknat dan ada yang taat. Allah tidak pernah berlaku tidak adil kepada hamba-hamban_nya malah hamba-hamba_nya pula yang ingkar akan perintah-Nya.

Semakin hari, semakin tenang rasa hati. Kadang-kadang terselit nafsu jahat menyapad diri tapi aku sentiasa kenangkan artikel islamik yang mengajak diri ini dekat kepada Allah. Syukur sangat kerana hadir teman-teman yang mahukan kita melakukan kebaikan. Malah ada yang mahu mengajak kita masuk ke Syurga. Sentiasa mengingatkan perkara yang dilarang dan diperintah Allah..

Mula-mula bila kita dengar memang hati rasa nak marah tapi perasan tak?Yang buat kita marah tue sebenarnye syaitan lakhnatullah. Dia membisikkan ntah apa-apa dalam hati kita. Dah la macam tue, mengutuk lak kita tentang orang yang mengajak melakukan kebaikan. Ish tak baik begitu.

Bagi kawan-kawan yang pernah mendoakan aku supaya berubah, aku ucapkan terima kasih. Tak kisah la kan berubah macam mana tapi asalkan ke arah kebaikan, alangkah beruntung nya la kan..

p/s : aku tertarik dengan pengajaran Al-quran dengan lagi mendalam... moga aku mempunyai peluang itu insyallah.

Thursday 6 September 2012

Bagaimana Untuk Istiqamah?


Ya Allah...
Aku sangat cemburu apabila melihat sahabat-sahabat mampu berterusan atau dengan kata lainnya, istiqamah turun ke masjid/surau untuk solat fardu secara berjemaah.
Aku menjadi cemburu melihat sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dalam pembacaan al-Mathurat selepas subuh dan selepas asar.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mereka mampu istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.
Aku cemburu kepada sahabat-sahabat yang mampu istiqamah dan maintain kan hafazan Al-Quran mereka malahan dapat menambahkan lagi ayat-ayat dan surah-surah hafazan bagi mereka yang belum habis menghafaz.
Aku merasa cemburu kepada sahabat-sahabat yang dapat istiqamah dalam mengamalkan solat sunat Dhuha tiap-tiap hari dan juga bagi mereka yang dapat istiqamah dalam solat sunat hajat. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang dapat mengamalkan solat sunat rawatib.
Cemburu dengan sahabat-sahabat yang sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulillah SAW. Selawat dan salam ke atas baginda. Dan juga sahabat-sahabat yang sentiasa beristighfar kepada Allah SWT dan sentiasa berzikir mengingati Allah SWT.
Sangat cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam belajar ilmu agama (Tolabul Ilmi).
Aku terlalu cemburu kepada sahabat-sahabat yang istiqamah dalam membina kekuatan rohani iaitu qiamullail di waktu 2/3 malam.
Hadis nabi yang bermaksud:-
Daripada Syufyan Ibn Abdillah As-Saqafi berkata, Aku berkata, "Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau. Baginda bersabda, "Katakanlah, "Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang)." 
(Hadis Riwayat Muslim)
Istiqamah merupakan satu perkara yang sangat payah untuk dilakukan. Kadang-kadang terasakaslan (malas), kadang-kadang terasa nak menangguh, terkadang masa tak mencukupi. Hendak melakukan sesuatu amalan secara istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil tetapi sesuatu perkara yang cukup mencabar keimanan seseorang muslim. Sebagaimana yang kita tahu, amalan yang sedikit tetapi kita istiqamah dalam melakukannya lebih baik daripada kita melakukan banyak amalan tetapi tidak secara istiqamah.
Namun jangan pula diambil mafhum ayat di atas dengan mengatakan
"aku nak pilih amalan yang sedikit je la, lagi senang kan...."
Betulkanlah kefahaman kita. Sesungguhnya bukanlah istiqamah di sini hanya sekadar cukup dengan amalan yang sedikit namun Rasulullah lebih mendidik kita agar lebih mengutamakan kualiti daripada kuantiti. Selagi mana kita mampu beramal dan beristiqamah dengan amalan kita, teruskan. Dan sekiranya kita mampu lagi untuk menambahkan amalan kita dan dapat beristiqamah dengannya, maka teruskanlah. Setelah yakin dapat istiqamah dengan amalan itu, maka tingkatkanlah dengan amalan lain pula.  Itu yang seelok-eloknya.
Ingat Ya Ikhwan... Manusia yang bodoh ialah manusia yang hari ini sama dengan hari semalam manakala manusia yang pandai dan berjaya ialah manusia yang hari ini lebih baik dan ada peningkatan daripada hari semalam.
Teringatkan pada kata seorang teman ,
"Payah ke istiqamah? Tengok aku, istiqamah je main game FIFA/PES."
Saya hanya ketawa tanpa berkata apa-apa dan hanya berfikir itu hanyalah gurauan semata walaupun sebenarnya kata-kata itu menyedarkan saya tentang sesuatu iaitu istiqamah!. Hati saya terdetik, mungkin Allah mahu memberitahu saya - "Jika kita mahu mengekalkan dan istiqamah dalam melakukan sesuatu, kita mesti punya minat dalam melakukan ia. Dan dari sudut lain, perlu ada kesedaran betapa bermaknanya sesuatu itu. Memaknakan sesuatu yang bermakna! 
 Justeru, minat, kecintaan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara juga perlu untuk disebatikan di dalam diri. Demikianlah para  ulama' yang sentiasa  istiqamah di dalam ibadah yang dilakukan. Di dalam hati mereka hanya ada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lantas mereka dapat merasakan kekusyukan dan kemanisan dalam beribadat kepada yang Maha Esa. Lantaran didikan Rasulullah itu lah, mereka sentiasa istiqamah dan menjadi hamba yang punya kualiti di dalam ibadahnya, punya taqwa yang tinggi di dalam hatinya. Kita?
"Ya Allah, jauhnya darjat ku ni berbanding dengan mereka ini. Semoga aku dapat bersama dengan mereka beristiqamah dalam agama islam. Insya Allah..."
"Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" 
(Surah Hud ayat 11)
Ambillah pedoman daripada cerita sang Abid, Barsisa yang tekun beribadat selamat 70 tahun, namun kecundang dengan tipudaya syaitan. Berakhir dengan sujud kepada syaitan dan kufur kepada Allah. Menunjukkan betapa hebatnya cabaran dan susahnya untuk istiqamah dalam beribadah kepada Allah. Kita sering kali gagal untuk terus istiqamah kerana pujuk rayu syaitan yang menggiurkan.
Berhubung dengan ini,  Allah SWT menyatakan di dalam firmanNya yang berbunyi:-
"Dan ketika syaitan mencantikkan bagi mereka perbuatan mereka, dan dia berkata, 'Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah pelindungmu." 
(Surah Al-Anfaal ayat 48)
Semoga Allah jauhkan kita daripada perkara-perkara yang menyebabkan manusia tergelincir dari jalan islam dan tergolong dari mutasaqitun (golongan yang tercicir).

"Ya Allah. Istiqamahkan kami dalam ketaatan kepada-Mu dan tetapkan langkah kami dalam memperjuangkan agama-Mu. Amin Ya Rabbal 'Alamin."

Oh NO!

Salam. Aduh, sedikit rasa kesal di hati kerana meluahkan perasaan aku. Kenapa la dengan diri aku ni pergi meluahkan perasaan ni pada dia. Aku betul-betul tak belajar daripada pengajaran. Hurm, aku kena fokus !.. Fokus untuk sentiasa meletakkan diri aku dalam meraih kasih Allah..

Mungkin sebelum die ok la dengan aku pi.. mana la tahu kan die sibuk dan sebagainya. Aku kena kekal dengan situasi tiada sesiapa. Aku kena kuat ! Mati nanti aku sorang-sorang jugak. Jadi, tolong la weyh, aku kene biasa kan diri.



Wednesday 5 September 2012

Salam. Tinggal beberapa hari lagi mahu pulang ke London..Eyh3.. silap, silap.. pulang ke Puncak Perdana, Shah Alam.. Sempat lagi an aku berangan jauh. Ada angan-angan deyh mahu belajar jauh-jauh sedangkan ke Shah Alam pon aku rindukan abah bagai nak gila. Aku anak manja dan sangat sayangkan abah. Abah pengganti mak setelah mak pergi menyambut panggilan Ilahi. Moga mak tenang di sana.

Barang-barang semuanya tak dikemas lagi. Sebenarnye aku biarkan je baju2 kolej aku dalam beg tu sebab aku tak pakai sangat semua tue bila dah duduk kat rumah. Balik-balik ulang pakai baju yang sama hingga koyak rabak. Bila dah nampak seksi baru nak bukak beg tu cari yang elok sikit.

Hurm, aku baru nak baca novel Sebarkan Cinta-Mu hasil nukilan Fatimah Syarha. Novel tauhid dei betul2 mencuri perasaan aku. Bila aku nak buat benda jahat, mesti terkenang bait-bait dalam novel tue. Bagaikan Fatimah Syarha berpesan pulak dengan aku . Kira bagus lah kan. Ade yang berbicara dalam hati.

Alhamdulilah beribu kali kerana usaha aku melepaskan dan merelakan dan menlenyapkan dia dalam jiwa aku untuk beberapa percent sudah pon berjalan dengan lancar. Apa yang aku tahu pasal die, die tenang dan mungkin bahagia, mungkin tidak. Aku doakan moga die kuat. (Si dia ialah azmir ).. Hurm, ramai sayangkan die. Cemburu aku dengan die tapi tidak mengapalah sebab itu rezeki die. Makin bertuah, semua yang mendekati die bijak-bijak belaka. Harap die bijak menghargai yang mendekatinya.

Maaflah, aku masih tak berhenti bicara tentang die. Ngee.

Ok. Hurm, Aku sekarang perbanyakkan membaca artikel islamiah. Sebab bila aku baca artikel2 tue, hati aku tenang dan ilmu terisi. Lagipon bila membaca ni otak jadi ligat bekerja untuk berfikir an.Aku tak nak otak aku jadi lembap. hurmmm. Sedangkan aku sememangnya makin loading.. T_T

Ok la..tue je nak cerita ^^

Tuesday 4 September 2012

KESAN NIKMAT ITU PERLIHATKANLAH!


Apa yang ada di dalam hati dan fikiran akan terserlah melalui lisan, penampilan dan perbuatan. Jika hati dan fikiran baik, maka baiklah segala-galanya, dan begitulah juga jika sebaliknya.
Justeru, Sayidina Uthman Ibn Affan, seorang sahabat yang utama telah menegaskan,”Tidaklah seseorang merahsiakan sesuatu, kecuali Allah akan mengungkapnya melalui raut wajah dan lisannya.”
Maksudnya, air muka dan perkataan kita adalah cerminan apa yang ada di dalam hati kita.
Jika iman yang tersemat di dalam dada kukuh, maka indahlah wajah. Jika ilmu yang terpasak di dalam minda mantap, maka lancar dan sopan jualah pertuturan. Imam Ibnul Jauzi berkata,”Para salafussoleh menilai seorang hamba yang soleh itu dari penampilan dan sikapnya, bukan kerana ilmunya. Ini kerana buah daripada ilmu yang benar ialah penampilan dan sikap yang baik.”
Islam sangat mementingkan nilai estetika. Kamal (sempurna), Jalal (keagungan) dan Jamal (keindahan) adalah antara sifat-sifat kebesaran Allah. Kita sebagai hambaNya, mesti berusaha agar sifat-sifat kebesaran itu diyakini bukan sahaja oleh diri sendiri tetapi juga oleh orang lain. Bagaimanakah caranya?
Paparkanlah kesan nikmat dari Allah yang Maha Agung itu melalui diri kita. Tampilkanlah karakter atau keperibadian yang cantik, indah dan kemas menggunakan seluruh nikmat Allah yang telah diberikannya kepada diri kita. Jadikanlah diri kita sebagai bukti keindahan ciptaan Allah. Semoga dengan itu diri kita dan manusia lain akan merasai betapa Pencipta itu jauh lebih indah daripada segala ciptaan-Nya.   
Langkah inilah yang selalu diingatkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya. Auf bin Malik menceritakan, “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW dengan berpakaian yang sudah lama dan lusuh.” Rasulullah SAW bertanya, “Adakah kamu mempunyai harta?” Aku menjawab, “Ya”. Rasulullah SAW kemudian bertanya lagi,”Dari mana sumber harta yang kau miliki itu?” Aku menjawab,”Allah memberikan pada ku melalui unta, kambing, keldai dan tepung.” Lantas Rasulullah SAW berkata, “ Jika engkau telah diberi harta oleh Allah, perlihatkanlah kesan nikmat Allah dan kemuliaan yang telah Allah berikan itu kepada mu.”
Dalam konteks yang sama pernah Rasulullah SAW melihat seorang pemuda yang kusut dan rambutnya pun tidak terurus, lalu baginda bersabda,”Apakah orang ini tidak mempunyai sesuatu yang membolehkannya merapikan rambutnya?” Rasulullah SAW juga pernah melihat seorang sahabatnya mengenakan pakaian yang kotor, lantas baginda menegur,”Apakah orang ini tidak memiliki air untuk mencuci pakaiannya?”
Ternyata Rasulullah SAW adalah orang yang paling menjaga penampilannya. Bersih, kemas dan cantik adalah citra diri yang sentiasa sinonim dengan Rasulullah SAW. Baginda adalah “Al Quran hidup” yang begitu indah bila dilihat, apalagi bagi yang bergaul bersamanya. Dari Jabir bin Samrah  RA, diriwayatkan,”Aku melihat SAW pada suatu malam terang bulan, aku melihat antara Rasulullah SAW dan bulan.” Jabir menyambung.” Ternyata Rasulullah SAW bagi ku lebih indah daripada rembulan.”
Untuk tampil indah tidak semestinya dengan kekayaan tetapi cukup dengan kebersihan dan kekemasan. Ertinya, sikaya dan simiskin mampu untuk tampil indah, kemas dan memikat. Bukan untuk berbangga tetapi sebagai kaedah untuk membuktikan betapa besarnya kesan nikmat Allah kepada kita. Juga sebagai manifestasi keindahan Islam yang kita anuti dan perjuangkan. Bukan diri kita yang hendak dibesarkan, tetapi kebesaran Alah dan keindahan Islam.
Itulah juga tradisi dan ‘life style’ para Salafus soleh. Imam Ahmad Ibnu Hanbal rhm misalnya, terkenal dengan penampilannya yang kemas dan indah walaupun beliau bukan seorang yang kaya. Beliau adalah seorang anak yatim dan berasal daripada keluarga yang miskin. Bukan sahaja ketinggian ilmu dan keindahannya yang memikat, bahkan penampilan fizikalnya turut menyejukkan hati.
Tentang penampilan Imam Ahmad bin Hanbal itu, seorang sahabat karibnya Al Maimuni telah berkata,”Aku tidak pernah melihat ada seseorang yang memakai pakaian lebih bersih dari Imam Ahmad rhm. Belum pernah aku melihat ada orang yang merapikan janggut dan rambutnya hingga kacak badannya melebihi Imam Ahmad rhm. Bahkan aku belum pernah melihat baju yang lebih putih seperti  yang dipakai oleh Imam Ahmad.”
Inilah jalan yang ditempuh oleh para Salafus soleh untuk meneladani jalan Rasulullah saw dan inilah juga jalan kita. Hiasilah diri kita agar sentiasa tampil anggun dan menawan. Ingat, wajah, lisan, pakaian dan luaran kita adalah terjemahan apa yang ada di dalam hati kita!

Salam. Sunyi sepi. Dalam hati. Menjerit terlolong bagaimana pun, ianya sudah hilang dari dunia yang sangat hina. Terima kasih buat teman yag sudi berkongsi cara untuk menyibuk hati. Alhamdulilah. Walaupun masih dalam bercuti, aku mampu melawan dunia sepi aku dengan membaca buku2 yang aku beli baru-baru ni. Sungguh, aku pun seperti gadis lain yang terbaring kesedihan, menangis dan sebagainya. Siap dengar lagu yang pilu-pilu. Melayang-layang dalam dunia kenangan yang takkan kembali. Semuanya satu pembaziran.

Untung lah si dia, sibuk dengan pelbagai aktiviti yang tak henti kunjung tibanya. Aku puji kesungguhan dia dalam cuba melupakan segala-galanya. Namun aku sangat-sangat mengerti yang dia tetap takkan melupakan. aku doakan die kuat. Aku doakan yang die sentiasa ingat Allah. ^^

Untuk aku, aku sudah pun melepaskan yang membatalkan iman ku. Pergilah. Aku cuba menyendiri. mungkin takdir untuk seorang. tidak mengapa kerana dikubur nanti pun seorang juga. Yang hanya ada adalah amalan ku di dunia. Aku sering terbayang bagaimana keadaan diri ku jika berada dalam kubur. Terbaring lama di katil pun aku dah mula rasa rimas. Inikan pula terbaring kaku. Yang mampu bergerak dari kepala sampai ke dada. Ya Allah. Jika itu berlaku sekarang. memang tak dan la keadaan aku.

Di kesempatan ini. aku mengucapkan syukur kerana Allah izinkan ku untuk mendekatkan diri aku kepada-Nya. Dosa aku bertimbun-timbun. Hanya beberapa orang sahaj kenal diri aku 100%. Ada yang pergi jauh, ada yang diamkan diri dan ada yang tidak putus asa untuk memberi semangat. Bersyukur juga kerana ramai insan yang bersabar menjadi teman baik ku.

CUKUP HANYA SEKALI!


 “Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik… didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi ‘siapa kita’ ketika melihatnya!”  Maksudnya, kita akan menilai seseorang dengan fikiran, hati dan perasaan kita. InsyaAllah, jika kita dapat melihat sisi baik pada diri seseorang itu petanda fikiran, hati dan perasaan kita juga baik. Syukurlah. Namun, jika sebaliknya, berhati-hatilah… itu petunjuk akan kejahatan diri kita bukan orang yang kita lihat.
Begitulah dalam hidup ini, kita mesti memulakan kebaikan daripada diri kita sendiri. Caranya? Bermula dengan sangka baik. Lihat yang baik-baik. InsyaAllah, lama-kelamaan kita akan jadi baik dan mendapat kebaikan. Pernah diceritakan bagaimana pada suatu ketika Nabi Isa AS melalui seekor bangkai kambing bersama-sama para pengikutnya. Ketika para pengikutnya, memalingkan muka dan menutup hidup kerana jijik dan terhidu bau busuk, Nabi Isa sebaliknya berkata, “aku lihat bangkai kambing ini mempunyai gigi yang putih.”
Mengapa penting kita bersangka baik dalam hidup? Ini kerana itu akan menentukan bagaimana kita melihat atau menilai sesuatu perkara, seseorang atau kejadian.  Dan bagaimana kita melihat akan sesuatu atau seseorang, akan menentukan apa yang akan kita dapat daripadanya. Ungkapan terkenal dalam bahasa Inggeris, “ what you see, is what you get – apa yang kita lihat, itu yang akan kita dapat.”
Jika kita ingin kebaikan dalam interaksi dan komunikasi daripada seseorang, bermulalah dengan bersangka baik kepadanya. Mana mungkin kita akan mendapat apa yang baik-baik daripada jika kita mula dan terus bersangka buruk kepadanya. Jangan ‘menghukum’nya awal-awal lagi. Itulah préjudis. Satu sikap yang negatif yang merosakkan perhubungan yang baru bermula atau yang telah lama terjalin. Tidak sewajarnya kita merasa tidak suka akan seseorang tanpa asas yang kukuh dan jelas.
Orang yang sibuk ‘menghukum’ tidak akan sempat memberi kasih sayang. Begitulah yang pernah diungkapkan oleh orang yang bijak pandai. Kekadang, belum pun mula berkenalan, apalagi bercakap-cakap… baru melihat wajahnya sahaja, terus hati terdetik akan keburukan dan kelemahannya. Acapkali kita menghukum orang lain dengan ‘fail’ lama, sedangkan mungkin dia telah berubah. Mahukah kita kalau dihukum dengan kesalahan yang kita telah kita perbaiki berkali-kali?
Ya Allah, jahatnya hati kita. Siapa kita? Hamba, tuan atau Tuhan? Dengan ilmu dan maklumat yang sangat terbatas kita berani melampaui batas seorang hamba Allah, yang kaya dengan kelemahan dan kejahilan. Tuhan yang Maha Sempurna itupun pun tidak kejam. Allah Maha Adil, Maha Sayang… sentiasa membuka ruang untuk hambaNya memperbaiki diri dan membuka ‘fail’ baru. Bukankah selepas Ramadan yang Mubarak, Haji yang Mabrur… seseorang dijanjikan bersih dari segala dosanya yang lampau lalu menjadikannya seperti seorang  bayi yang baru dilahirkan?
Justeru, Allah SWT dengan tegas melarang kita bersangka buruk sesama manusia.  Dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 12, Allah menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
Ada orang yang sering mengeluh, malah mengutuk nasib dirinya yang malang, “mengapa yang buruk-buruk, sedih, gagal dan malang sering menimpa hidupku?” Lalu sibuklah dia menyalahkan sipolan dan sipolan, itu dan ini… semuanya tidak kena. Padahal, yang tidak kena itu acap kali dirinya sendiri. Dia yang memandang gelap, buruk dan busuk dalam hidup… lalu dia terpaksa menuai apa yang disemai!
Saya teringat satu cerita lucu bagaimana seorang perompak yang telah merompak  sebuah rumah. Kejadian itu disedari oleh tuan punya rumah yang tidur di tingkat atas. Walaupun begitu dia tidak berani melawan kerana perompak itu bersenjata. Cuma sebelum perompak itu keluar dengan barang-barang rompakannya, tuan rumah berkata, “ sebelum kamu pergi jenguklah isteri saya yang berada di tingkat  atas… dia telah menunggu kamu selama 15 Tahun.”
Apa maksudnya lelaki itu? Maksud lelaki itu, selama 15 tahun isterinya dalam keadaan bimbang, takut dan sentiasa bersangka buruk yang rumah mereka akan dirompak. Dan kali ini apa yang disangkanya itu telah benar-benar telah terjadi. Ya, walaupun itu sekadar sebuah cerita… tetapi realitinya memang berlaku dalam hidup ini.
Allah mengingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi: “Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).”
Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan. Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil, ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.
Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.
Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang  sama dua kali atau berkali-kali. Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”

SEORANG ISTERI YANG DIUJI

Suaranya sungguh tenang. Walaupun masalahnya agak berat juga tetapi segala-galanya disuarakan begitu teratur.
“Ustaz, semuanya bermula apabila suami saya berpoligami,” luahnya perlahan.
“Sudah lama?”
“Baru sahaja… Sejak dua bulan yang lalu,” katanya.
“Puan rasa kecewa, marah?”
“Tidak. Insya-Allah, tidak. Saya boleh menerima segala-galanya dengan baik.”
“Jadi apa masalahnya?” tanya saya terkejut. Selalunya, punca masalah berlaku apabila isteri pertama tidak boleh menerima hakikat dia telah dimadukan.
“Masalahnya ialah ibu-bapa saya dan ipar-duai saya. Semuanya menentang. Mereka beranggapan saya telah dizalimi oleh suami. Mereka desak saya bertindak.”
“Puan bertindak?”
“Tidak. Saya tetap dengan pendirian saya. Saya ingin hadapi semua ini dengan tabah.”
“Alhamdulillah, kalau begitu… Jadi, apa masalahnya lagi?”
“Bila saya tidak mahu bertindak, mereka tuduh saya pula turut bersyubahat dengan suami. Mereka marahkan saya. Akibatnya hubungan saya dengan mereka renggang. Tegur sapa dan ziarah menziarahi tidak semeriah dulu lagi. Saya sedih diperlakukan begini.”
Saya diam. InsyaAllah itu akan memberi ruang untuknya menarik nafas dan mengatur semula perasaan. Percayalah, acap kali mereka yang mengadu bermasalah… kekadang tidak bermasalah langsung. Mereka hanya ingin ‘didengari’. Teringat apa yang sering ditegaskan oleh pakar psikologi, manusia peru didengar luahan dan rintihannya sama seperti mereka perlukan makanan.
“Puan, kunci keharmonian dalam poligami ini, insya-Allah, terletak di tangan puan dan suami, bukan di tangan ibu-bapa puan, ibu-bapa suami, apalagi oleh ipar-duai puan,” akhirnya saya bersuara. Perlahan-lahan. Satu-satu. Mengikut rentak suaranya.
Di hujung talian, saya dapat rasakan dia sedang sayu. Lalu saya teruskan,”Jika puan tabah, tenang dan kelihatan ‘steady’, orang lain tidak akan berani berbuat apa-apa. Mereka hanya akan ‘bising’ seketika sahaja. Kemudian, ketabahan puan itulah yang akan memadamkan segala-galanya. Apa rasa puan berpoligami?”
“Saya telah bersedia sejak suami menyatakan hasratnya. Ini sudah rezeki saya,” ujarnya.
Dalam diam, saya menyanjung sikap wanita ini. Dia menggunakan istilah ‘rezeki’. Ya, rezeki itu sinonim dengan kebaikan dan keberkatan. Ertinya, dia telah bersedia untuk menerima segala-galanya dengan tabah sejak awal lagi.
“Apa yang mendorong puan bertindak begitu?” tanya saya mendorong dia meluahkan segala isi hatinya. Dengan meluahkan segala niat, azam dan segala yang terpendam dalam jiwanya, insya-Allah dia akan lebih tabah dan yakin.
“Ustaz, suami saya baik. Bertanggung jawab. Saya yakin dia tidak bertindak sembarangan. Bukan kerana suka-suka. Saya yakin dia boleh bertanggung jawab dengan baik terhadap dua orang wanita.”
Sekarang giliran saya pula terdiam. Saya ingin belajar… Ingin belajar erti tabah daripada seorang isteri untuk menghargai isteri sendiri.
“Sejak awal lagi rumah tangga kami dibena atas cita-cita ingin mencari keredaan Allah. Dia jawapan istikharah saya, dan saya jawapan istiharah dia. Sebelas tahun berlalu, telah bermacam-macam-macam ujian kami lalui. Istikharah itu pun diujikan? Begitu yang saya baca dalam tulisan ustaz. Istikharah itu pun perlukan mujahadah. Alhamdulillah, segala-galanya dapat kami harungi bersama. Sekarang… ujian poligami.”
“Puan tidak rasa dieksploitasi?”
“Oh, tidak, “jawabnya dengan tegas, “ tidak sekali-kali ustaz. Memang ada lelaki yang ditakdirkan untuk memimpin lebih daripada seorang isteri…”
“Dan ada wanita yang ditakdirkan mampu menerima wanita lain berkongsi kebahagiaan bersama dengan suaminya,” pintas saya.
“Mengapa ibu-bapa dan ipar-duai saya bersikap begitu? Sedangkan saya yang menanggung segala-galanya?” Dia kembali kepada permasalahan asalnya.
“Itulah trauma masyarakat Melayu kita. Persepsi terhadap poligami terlalu negatif. Poligami disinonimkan dengan penzaliman dan penganiyaan. Padahal, poligami itu adalah satu perkongsian dan pembelaan.”
“Mungkin kerana pelaksanaan poligami yang begitu pincang selama ini,” balasnya.
“Kalau begitu, perkahwinan yang monogami pun bermasalah. Statistik terkini menunjukkan setiap 15 minit penceraian terjadi… apakah penyebabnya poligami?”
“Masyarakat kita hanya mengikut sentimen. Bukan berdasarkan ilmu dan fakta, ustaz.”
“Saya tidak nafikan, ada juga yang lelaki zalim yang berpoligami hanya untuk berseronok-seronok, mengikis harta, berbangga-bangga, hanya cuba-cuba,  dan sebab-sebab lain yang tidak syar’ie. Mereka ini bukan sahaja menzalimi isteri-isteri mereka  tetapi turut mencemarkan kesucian hukum Islam!”
“Jadi saya perlu biarkan sahaja sikap negatif ibu-bapa, mertua dan ipar-duai saya?”
“Selagi puan tabah, selagi suami puan berlaku adil dan bijak mengemudikan rumah tangga, insyaAllah semuanya akan reda dengan sendirinya.”
“Sunyi juga. Terasa kehilangan.”
“Inilah hikmah besar poligami puan. Supaya kita kukuh dan teguh meletakkan cinta pertama dan utama kita kepada Allah. Ini jalan yang ditakdirkan untuk puan untuk akrab dengan Allah. Kadangkala kehilangan akan menemukan kita kepada suatu yang lebih mulia dan berharga!”
“Saya akan kehilangan cinta suami?”
“Tidak. Dengan mencintai Allah, puan akan lebih mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Doakan agar suami puan mencintai Allah.”
“Saya tidak pandai ustaz. Saya bukan ustazah. Hanya seorang suri rumah biasa. Tapi saya terus belajar dan mendengar. Saya ‘pelajar’ yang sedang bermujahadah!”
Itulah kunci segala-galanya. Cinta Allah itu diraih dengan mujahadah. Jangan cepat mendakwa bahagia jika usia perkahwinan baru memasuki tahun ke lima, ke enam atau kurang daripada itu. Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh al Quran dan Al Hadis. Atau oleh sajak dan ungkapan yang indah dan puitis. Bukan. Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah, pengorbanan perasaan dan sikap memberi yang tiada batasan… Jangan mengaku beriman jika belum diuji. Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita… kerana bahagia itu ditempa oleh derita!
“Kekadang datang juga rasa cemburu… bagaimana?” kembali suara itu mengocak lamunan saya.
“Cemburu itu fitrah. Itu tanda ada cinta. Selagi dalam batas-batas syariat, selagi itulah cemburu itu selamat. Puan punya banyak masa sekarang?”
“Begitulah ustaz. Ketika bukan giliran saya, ada banyak masa untuk melaksanakan amalan-amalan sunat, membaca Quran,  dan buku-buku yang tangguhkan membacanya sejak dulu.”
“Itulah hikmahnya. Ada masa untuk membina dan memperbaiki diri sendiri kerana walau bagaimana baik sekalipun pendidikan yang diberikan oleh suami, isteri tetap perlu mendidik dirinya sendiri,” dorong saya.
“Seperti mana perkahwinan pertama dahulu diuji, begitulah perkahwinan kedua ini, pasti diuji. Iman itu bahagia. Iman itu diuji. Justeru, bahagia itu bila diuji,” ujar saya perlahan.
“InsyaAllah ustaz, doakan saya tabah. Bukankah selalu ustaz pesankan… jangan pinta hidup yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
Saya sebak. Kata-kata yang selalu saya luahkan itu menusuk hati sendiri. Seolah-olah buat pertama kali mendengarnya. Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini?

Sumber : http://genta-rasa.com/2012/08/06/seorang-isteri-yang-diuji/

Monday 3 September 2012

Renungan diri

Merenung kisah yang lalu.Sejak aku kecil hingga kini. Melihat pula ranjau kehidupan. Saudara seislam yang semakin dihimpit penyeksaan musuh-musuh Allah serta dibelenggu dengan rancangan jahanam Israel. Sedikit demi sedikit aku cuba mendapatkan waktu untuk mengetahui isu-isu saudara seislam ku di Palestin, Syria, Iraq, Myammar, Thailand dan banyak lagi. Kenapa mereka teruk ditindas. Mereka tidak punya kesilapan tapi diseksa sebgitu teruk.

Allahurabbi. Aku berasa syukur kerana dilahirkan mak dan abah di tanah yang aman makmur. Walaupun mak sudah pun tiada tapi mak masih tersemat di hati. Moga mak berada di tempat para soleh solehah. Abah pula merupakan ketua keluarga yang sangat baik. Lembutnya hati nya mendidik kami semua. Tidak akan kubiarkan abah dan mak berada dalam seksaan dosa yang lalu. orang kata, doa anak-anak tiada hijab nya. Aku cuba menjadikan kata-kata itu sebagai semangat aku untuk mendoakan mak abah serta semua umat Islam yang telah meninggal ataupun masih hidup.

Ramai umat Nabi Muhammad S.A.W tergelincir di dunia yang menyesatkan diri mereka. Ada yang tidak tahu apa-apa pon tentang ilmu agama Islam. Aku berharap makin ramai yang mahu menggerakkan misi menyebarkan dakwah. Tidak salah bukan. jangan la para pengusaha dakwah ini dicerca kerana tanpa mereka kita tidak akan sedar untuk berubah. Kita sebenar nye bukan yang hitam di mana kotor iblis yng sedang meresap ke dalam jiwa kita ini. Kita kain putih yang suci bersih. Kini kita perlu corakkan kain putih ini dengan corak ke arah meraih cinta Allah..

akhir kata, aku mahu menjadi yang lebih baik. Aku mahu berubah. Para sahabat dan para pembaca, doakan aku ya (^_^)


Mencari Jalan Kembali


Abdullah Umar memandang jam di dinding biliknya. Ahh ...sudah jam 3.45 petang. Terkocoh-kocoh dia bangun menuju ke bilik air lalu mengambil wudhu' untuk solat Zuhur. Leka benar dia dengan permainan Counter Strike di komputer. Sudah menjadi kebiasaan Abdullah bersolat pada akhir waktu. Padanya, tiada salahnya melewatkan solat. Solatnya masih sah sementelah ia masih dalam had waktu yang dibenarkan untuk menunaikan solat.
Abdullah tahu bahawa lebih afdal untuk menunaikan solat pada awal waktu namun dia kurang mengambil perhatian akan itu. Dia juga tahu bahawa solat adalah amalan manusia yang pertama akan dihisab oleh Allah SWT di Padang Mahsyar kelak namun Abdullah tetap begitu. Dia tetap liat untuk solat.
Dalam solat, kerap benar fikiran Abdullah menerawang hinggakan dia terlupa sudah berapa rakaat telah disempurnakannya. Abdullah asyik memikirkan permainan komputer yang dimainkannya sebentar tadi. Solatnya tidak khusyuk. Kerap kali begitu. Sukarnya untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat! Ahh ...solat atau tidak sama sahaja. Tiada kesan pada Abdullah.
Abdullah berdoa ringkas. Doa dipanjatkan untuk ibu bapa dan dirinya. Tidak pula dia mendoakan saudara seIslam yang lain. Abdullah sangat mengetahui akan penderitaan dan penindasan yang berlaku kepada umat Islam di Syria, Palestin dan Myanmar serta umat Islam yang lain namun Abdullah tidak mendoakan keselamatan dan keamanan untuk mereka. Sebaliknya, Abdullah berasa beruntung sendiri kerana berada di negara yang aman.
Sekiranya Abdullah berada di tempat mereka, pastilah Abdullah mendambakan doa-doa daripada saudara seagama yang prihatin. Paling tidak, Allah mendengar doa dan insya-Allah, Allah akan makbulkan doanya. Maka, berkuranganlah perit derita yang mereka lalui. Umat Islam diibaratkan sebagai satu anggota badan. Apabila peha kanan dicubit, peha kiri turut terasa. Derita mereka sepatutnya menjadi derita Abdullah juga.
Abdullah juga seperti remaja lain yang mempunyai rasa ingin dicintai wanita. Sudah lama Abdullah berpasangan dengan Zila. Perkenalan yang membahagiakan itu terjadi ketika Abdullah dan Zila berada dalam semester dua peringkat pengajian diploma. Setiap hari mereka menghabiskan masa berjam lamanya untuk berbual sama ada melalui pesanan ringkas ataupun panggilan telefon.
Walaupun mereka sering bertemu, rindu antara mereka tidak pernah surut. Kerap kali mereka keluar berdua untuk makan bersama, menonton wayang dan membeli-belah. Dalam pelajaran pula, mereka berdua merupakan pelajar cemerlang di kolej mereka. Kebiasaannya pada setiap semester, CGPA mereka pasti di atas 3.50. Ramai rakan-rakan yang mencemburui kepintaran mereka, namun itulah rezeki yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah SWT yang sentiasa memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang gigih berusaha tanpa mengira tahap keimanan seseorang itu kepadaNya.
Walaupun begitu, jauh di sudut hati Abdullah ada terselit satu perasaan tidak tenteram. Solat dan Al-Quran tidak berjaya menegahnya daripada melakukan maksiat. Kadang-kala Abdullah mempersoalkan, jika solat menegah manusia daripada melakukan kemungkaran namun mengapa dia masih melakukan dosa dan maksiat. Di mana silapnya? Abdullah juga sering berzikir dan beristighfar namun Abdullah tidak menemui ketenangan daripadanya.
Abdullah cuba mencari makna di sebalik firman Allah SWT iaitu dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang namun mengapa Abdullah masih jauh daripada ketenangan? Dek kerana mencari ketenangan, Abdullah mengunjungi pusat karaoke, pusat snuker dan pernah sekali Abdullah ke kelab malam. Kunjungan Abdullah ke sana menimbulkan amarah bapanya. Bukan sahaja gagal menemui ketenangan yang dicari malah dirotan pula. Bapanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak sulungnya itu yang sepatutnya menjadi contoh dan pelindung kepada adik-adiknya mengunjungi kelab malam!
Satu hari ketika Abdullah di kedai buku, Abdullah terdengar sebuah lagu merdu yang didendangkan di radio. Abdullah segera mendekati corong suara untuk mendengar dengan lebih jelas lagi.
"Jalan pulang bukannya mudah, Musuh nafsu ajak menyerah,
Mohon taufik mohon hidayah, Agar selamat dari fitnah"
Bait-bait lagu tersebut menyentuh hati Abdullah. Rasa sayu menggayut hati. Entah apa istimewanya lagu itu namun ia hampir-hampir mengalirkan air mata Abdullah. Pulang ke rumah, Abdullah bermuhasabah diri. Dia merasakan hidupnya selama ini banyak diluangkan untuk perkara sia-sia. Dia sepatutnya menjadi khalifah Allah yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW namun banyak hal berkaitan Islam yang Abdullah abaikan.
Jauh benar beza dirinya dengan pemuda pada zaman Rasulullah SAW. Pemuda seperti Saidina Ali RA sanggup menawarkan nyawa sebagai galang ganti kepada nyawa Rasulullah SAW yang ingin dibunuh oleh Musyrikin Mekah. Betapa teguhnya iman Saidina Ali RA!
Mengenangkan betapa lemahnya iman, air mata Abdullah mengalir tanpa tertahan lagi. Segera, sejadah dicapai dan solat sunat taubat dilakukan. Lama Abdullah bersujud sambil diiringi air mata yang deras mengalir. Pada Allah ampunan diharapkan. Dalam doanya, "Saksikanlah Ya Allah, hari ini Abdullah Umar datang menyerah diri dan mengakui segala dosa. Ya Allah, ampunkan aku. Sungguh, aku sangat menzalimi diriku sendiri."
Abdullah memutuskan untuk bertemu Ustaz Hanafi, guru agama di sekolahnya dulu. Abdullah tahu, Ustaz Hanafi pasti bersedia membantunya. Apabila disoal tentang hidayah yang datang melalui lagu, kata Ustaz Hanafi, "Jika lagu tersebut mengajak kepada keesaan Allah dan mendatangkan keinsafan kepada kita, maka itulah hidayah daripada Allah. Abdullah, bersyukurlah Allah mengurniakanmu hidayah. Hargailah ...takut-takut ini hidayah yang terakhir."
Abdullah pulang dengan hati penuh penyesalan. Abdullah bertekad untuk memelihara hidayah yang diperolehinya. Ibu dan bapa Abdullah sangat menyenangi perubahan Abdullah. Dinamakan Abdullah Umar sempena Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang soleh. Sudah tentu ibu bapanya mendambakan zuriat mereka itu juga soleh.
Kini Abdullah fahami, kebaikan dan dosa tidak boleh dicampurkan. Berpasangan dan melakukan perkara yang sia-sia yang lain menambahkan lalai di hati Abdullah. Ia membuatkan Abdullah semakin jauh daripada cinta Allah. Abdullah juga tidak merasakan kemanisan beribadah kepada Allah. Dia belajar untuk bersyukur dan menghayati setiap bait zikir yang dilafazkannya.
Abdullah berazam untuk meninggalkan jalan-jalan maksiat. Hubungannya dengan Zila banyak menambahkan saham dosa Abdullah. Mengingati, merindui dan memandang Zila sering membawa kepada zina fikiran dan hati. Abdullah khuatir hatinya bertambah gelap dengan dosa. Oleh itu, Abdullah terpaksa bertegas dengan kemahuan nafsunya. Cukup sukar untuk Abdullah melakukannya namun Abdullah ikhlaskan hati. Semuanya demi mengejar cinta yang agung. Matlamat Abdullah semakin jelas kini. Hanya redha Allah yang akan dicari. Abdullah mengharapkan penghijrahan kali ini hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah SWT meredhai usaha Abdullah dalam mencari jalan kembali.

Selawat

Sala..marilah kita lepaskan rindu kita pada baginda Rasulullah S.A.W dengan berselawat (^_^)

Sunday 2 September 2012

Misi dalam hidup

Salam.. lame jugak aku nak dapat ilham untuk entry terbaru ni.Maklumlah, bukan selalu aku buat entry sekarang. Tambah pulak, blog ni jenis new punye, so kemalasan diri aku semakin menjadi-jadi.Ilham yang aku dapat ni pasal "kahwin" dan "perasaan siapa perlu dijage?"

Hurm. Pendapat aku pasal kahwin senang je. Sejak azali Allah dah tetapkan siapa dan bagaimana jodoh kita itu. Jadi, tidak perlu bimbang ( macam mana pun kita kena usaha untuk memelihara diri untuk mendapatkan jodoh itu hadir ke dalam hidup kita). Memelihara diri bukan lah bermaksud cantik semata-mata tapi keikhlasan diri dan budi pekerti kita serta tutur bicara kita. Jika muka cantik, tapi budi bicara atau tutur kata macam bom meletup, tak tentu lagi disukai ramai kan... Jika muka buruk, tapi budi bicara atau tutur kata sungguh indah, belom tentu lagi tidak diterima orang.. Jadi, seimbang kan diri.. Jika muka tue orang kata nampak tak senonoh atau tak kemas, diperkemaskan la..jika perbualan kita kasar, ubahlah sedikit untuk penerimaan orang lain.. Boleh terus terang tapi perlu pada tempatnya kerana, belum tentu kita mampu menerima cakap "direct" orang kan.. begitu juge kita...Kena saling menjaga..tue je la kan...

P/s : Aku respek pada insan yg mampu menegur saudara seislam nye secara berhikmah.. orang yg hebat, ape pon tohmahan yg diberi, die mampu bersabar dan tersenyum dengan tenangnya.. Kita pon mampu kan ^^

Bagi isu perasaan.. kawan aku dok sedih pasal pakwe nye buat hal.. Haish... aku da selalu kena..dulu aku selalu tergelincir pasal pakwe.. Pakwe dok cari perempuan laen.. layan perempuan laen... Lupakan kita bila happy, bila susah cari dan seangkatan dengannya.. Perempuan memang lau dah cemburu, memang akan terjadi tsunami dan porak peranda.. Bagi lelaki, korang, kalau tak mampu adil, janganlah poyo sangat nak pasang ramai.. Nak berkawan pon an, jangan la sampai orang kate melebih2 pulak.. Macam couple orang kate.. Tak salah ntuk berkawan pi kalau dah nama lelaki dan perempuan berkawan konfem la ade wujudnye perasaan SAYANG DAN CINTA...dok paham lagi ka?? So, better taya couple.. tue jela.. lau kawan, biase2 aje... tayah la nak special segala.. takkan ke mana lau ikutkan nafsu sangat..Nanti memacam benda yg tak diingini terjadi seperti MAKSIAT BERLELUASA TANPA BATAS TERJADI WEYH... MAKSIAT ADE BANYAK JENIS... tahu kan?? ade belajar kat sekolah an?? Ustazah ade cerita an... heee ^^

Jadi, kita ni, utamakan lah dulu benda yang patut kita kena buat... Cari misi kita dalam setiapa fasa hidup kita sejak dari lahir hingga ke tua.. Sebab semua nya akan dikira di akhirat kelak... ^^ Jom la kita sama2 memelihara diri dan buat amal kebaikan sebanyak mungkin.. wassalam