Tinggalkan jejak anda ye~

Thursday 11 October 2012

Tidak secepat yang disangka

Pemadam memori silam tak ada. Kekadang, pemadam yang automatik tue wujud sendiri pulak untuk membantu aku tapi aku kena bersyarat kalau nak begitu. Hehe. Kena semula jadi tenang dan gembira. Alhamdulilah. Setakat ini semuanya indah dan nikmat dalam hidup ku. Sedikit-sedikit aku mampu membuang yang batal dan masih lagi dalam cubaan memperbaiki diri. Tak semuanya mampu berubah dengan cepat. Jika dibuat penilaian, aku masih dalam gred E kot. Hurm..

Sangat sedih juga bila datang amarah syaitan aku, aku akan termarah semua yg pernah menyakitkan hati ni. Lahir jugak rasa benci pada mereka dek silam yg menyakitkan hati. Kalau ikut hati nak mengutuk sekutuk2 nya tapi aku perlu sedar, itu yang pilih dulu. So, memang salah aku. apa yg diorang buat semuanya dek nak menjaga diri mereka dan mereka sendiri perlukan privacy dan life sendiri.. Jika aku tak dihargai kerana aku sendiri tak menghargai orang yang sangat sygkan aku.. Tue je..Sedarlah Hani ko mempunyai banyak kesilapan dlm hidup.. Andai mahu menangisi atas luka yang orang buat pada ko, baik berhenti dan ingatkan diri kepada kesilapan ko pada Allah dan insan2 yang DIa turunkan buat ko.. Sedarkah ko mereka sangat menyayangi ko sangat2.. hurmm.malangnya ko tak nampak kan Hani.. please realise it from now ok

Semangat baru hadir.. Hadir lah lagi sayang kerana aku mahukan kamu utk aku teruskan hidup ini. Aku sangat2 bersyukur kerana aku diberi peluang oleh Allah untuk bangun daripada tidur yang lena.. aku tak nak jadi manusia yang tak reti bersyukur.. doakan aku ya teman2 dan pembaca semua..

Kesedihan yang lalu masih terpahat tapi aku harap akan segera di tanggalkan dari situ .. insyallah (^_^)


No comments: