Tinggalkan jejak anda ye~

Monday 30 April 2012

Madah cinta 2


Ku luangkan waktu untuk menceriakan hati perit ini. Terubat serba sedikit perit ini. Alhamdulilah. tambah pula ini sebahagian assignment ku. Moga dapat ku apply dalam presentation ku ^_^.

A, Aku benci ko, Aku cinta ko. Ko paham x? Ehem, ko xpham sebab Allah tak buka hati mu untuk ku. Namun, moga Allah memberi sinar kebahagiaan dan kekuatan buatmu sayang.

madah cinta

Hurm, kehancuran. Tak dapat aku bayangkan. Siapa? Aku mampu simpati daripada jauh. Sebelum simpati kepada mereka, terlebih dahulu ku cuba pelihara diri ini. Aku rasa sedih kerana pernah suatu saat ku telah merosakkan dirimu itu sayang. Aku menjauhkan diri ini lagi kerana mahu kau terpelihara daripada api neraka. Aku benci, aku sayang. Kuatnya hati ini hanya Allah yg tahu.

Kepada teman ku. Aku cinta kamu semua kerana sangat sabar mendengar luahan ku yg tidak berubah. Moga Allah merahmati kamu semua di akhirat kelak. 

Aku kini rindu die. RIndu sangat2.. cintanya... Tapi adakah die mahu mengerti? Adakah die hanya orang lain mengerti perasaan lukanya itu? Aku sudah rasai konflik itu. Sangat berat. Die memang kuat. Aku kuat separuh jek kot. Hehehe. Bukan gurauan mungkin :)

Andai kamu yg jadi temannya mengenali nya, aku jua sama. :) Oh, aku masih sygkan die. Sampaikan syg ku ini kepadanya wahai angin sygg

Saturday 28 April 2012

Sekilas melihat abah

Oh malasnya aku mahu pulang ke kolej. Tapi aku kena berusaha pulang dan meneruskan perjuangan. Cukup sahaja melihat titik pleuh abah menitik-nitik ke pipi. Kesiannya abah. Mengapa aku pentingkan diri ni. Jangan lah hani. Ko dah lama pentingkan diri dengan cinta. Tak ke mana semua nya itu. Berusaha untuk abah dan adik beradik. Berjuang untuk memberi cinta suci kepada mereka. Belajar untuk mereka. Aku akan pastika result Sem 2 ni terbaik. Aku akan cuba menyiapkan projek aku dengan baik. Maaf rakan, yang melalaikan terpaksa aku stop sebentar untuk aku berjuang demi keluarga tercinta. 

Aku bahagia jika keluarga aku bahagia. Aku bahagia jika rakan2 ku bahagia. Aku kena abaikan semua nya. Sekian.

Bisanya cinta.


Ditagihkan cinta yang tiada balasan. Lukanya hati terasa. Bagaikan ditusuk duri berbisa berkali-kali. Andai dirungkai hati ini, tercurah-curah darah kesedihan ke bumi. Namun, kepada Allah ku serahkan redha ku agar Allah mengubati luka parah ku ini. Aku tahu Allah memberi ujian untuk menguatkan hati hambanya. Die menguji hambanya dengan cinta yang mengkhayalkan. Aku bersedih namun masih mahu bersyukur kerana dalam khayalan mencintai seseorang itu, hati ini masih melafazkan nama Allah dan Rasul. Kuatkah hati ini untuk menghadapi ancaman dunia yang semakin zalim. Zaman semakin jahil barangkali. 
Allah pasti ada yang lagi baik untukku. Dahulu ku hampiri si dia namun tiada apa makna yang ku perolehi. Cemburu sangat. Sangat-sangat kerana balasan cinta tidak pernah dirasai. Cemburunya. Tapi ingat, cemburu itu sifat syaitan laknatullah. Lagi dilayan, lagi bergolak rasa gembira sang iblis. Jadi, bersabar lah wahai manusia yang lemah kerana kekuatan mu hanyalah Allah. Cinta manusia tidak kekal namun cinta Allah dan Rasul sudah pasti. 
Ku belek puisi2 indah. Fatimah Syarha yang ku nampak. Berseri nya dia. Model muslimah yang sangat aku sukai. Terpatri rasa kekaguman ku terhadapnya serta karya yang sentiasa diselitkan pengajaran murni. 
Puisi cinta buat remaja yang sedang membesar. Moga dijadikan kata-kata semangat buat semua. 
ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...
Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota,
takutkan Ilahi.
Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.
(Al-An'am: 116).
Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.
Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.
Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

Friday 27 April 2012

Takkan hilang

Aktiviti hari ni, keluar dengan kawan2 dan akak aku. Pergi makan burger, teman kawan shopping kat pasar malam dan tengok wayang. Banyak kan aktiviti? Semua tue konfem ko leka sangat2 tapi, aku sangat mengharapkan perasaan leka dari dunia tue. Teringat kata2 DJ radio sinar.fm, kalau ingat masalah tue memang hati rasa sakit, jadi baik kita jadi ceria supaya kita tak terasa bebanan itu.

YEah, aku ceria tapi aku pastinya tak dapat melupakan perasaan yang aku selalu kongsi dengan manusia tue. Hurm, hampir semua perasaan die dah berada di jiwa aku. Maaf la, aku jahat wataknye dalam hidup ko. Aku yakin ko sudah pon mengganggap aku ORANG dalam hidup ko. Tak apa, kerana jika aku jadi ko pon aku fed up dengan perangai tue. Huh, tak suka di kong2. Biar kan je la. Tapi kan, aku nak cakap something. 

Dendam. Aku dah dapat dan rasai dendam mu. Sungguh menusuk kalbu. Aku rasai dan hayati bagaimana perasaan mu disakiti dahulu. Aku rasai kini. Tapi, adakah ko puas? Apa ko dapat lepas melihat orang yang tergila2 kan ko seksa menangis kerana luka yang ko dah buat. Oh, konfem ko kata bukan ko buat pi ko pyscho. Bermain2 dengan perasaan. Semua sayang ko. Semua nye rindu kan ko. Termasuk aku. Ada yang kalah dengan ego mereka. Aku selalu kalah. Sebab aku sayangkan ko. Orang lain dah boleh kata aku ni lemah.    Tapi aku tak lemah sebenarnye. Insyallah aku masih mampu bertahan. Ini semua dugaan. AKu juga salah kerana kadang2 menyeksa diri sendiri. Aku bagaikan mengabaikan diri sendiri. Tapi satu jek jawapan aku, walaupon aku begini, hati aku tetap mengingati YANG SATU. ALLAH. 

Bagi yang kenal aku, kalau korang nak kata apa pon terhadap aku, cakap la. Tue hak korang nak komen. Mana yang ok aku cuba perbaiki. Ada juga yang aku menjauhkan diri daripada korang. Mungkin ada yang salah faham daripada perbuatan begitu kan, anggap je la aku ingin menyendiri. Aku tak nak tersasar jauh ke dunia yang menenggelamkan aku ke kangcah nafsu dan hasutan syaitan.  

Aku doakan manusia itu kuat. Tapi, aku takkan lupa perbuatan nya melukakan hati aku sampai bila2. Tue semua pengajaran buat diri ku dan generasi aku yang akan datang.

Wednesday 25 April 2012

Berangan pasal orang kondem perempuan. Pergh !

Aku dengan akak tadi pergi cari tiket nak tengok The Avengers. Pergh, kecoh dah pasal movie tue. Aku dan adik beradik semua berkejar-kejaran la ke Alamanda Putrajaya untuk mendapatkan tiket movie yg sedang hangat giler tue. Plan kitorang nak tengok Khamis malam Jumaat.. sampai ke kaunter, minah kaunter tue terus cakap, kak, malam tue lagi sikit nak full dah.. tangan die dah tunjuk skrin. Aku memang dari jauh tengok skrin komputer dengan perasaan penuh jam beb.. Haiyak... plan sehari selepas tayang pon dah penuh even datang book sebelum tayang???? Memang dah kaya la kan pengarah dan produksi die kan. Cemburu ni. Kena jadi pengarah ni. Hahahah.. Sori, mak tak hingin. Better aku berkarya sempoi dalam dunia blog ni. Lapang sikit dada.

Ok2. Sambung2.. aku dgn akak pon order je la. Dengan perasaa sedikit hambar kerana duduk kat tepi belah kanan sekali. Haishhh... macam tak bersyukur kan. Memang mula2 tue rasa kecewa gaban la tapi bila aku kenangkan perasaan orang yang susah2 tue nak tengok wayang pon xdapat kan. Jadi aku bersyukur je la. Syukur alhamdulilah...

Lepas balik aku terjah kedai buku MPH. Erm... kumbah je la buku2 yang ada. Aku ni suka terjah buku2 yang berkaitan agama dulu berbanding novel. Sebab nya aku memang tak suka baca novel sejak dah belajar erti pedih putus cinta ni. Korang pon dah baca kan bagaimana aku luahkan isi hati aku time frust tertonggeng2 pas kena main,. Mentang2 la kita ni tak cantik, gemuk dan sebagainya, kena main tue senang jek bagi lelaki.

Ha, aku ade jumpe seorang insan ni aw. . Die ni suke kondem kaum hawa. Kaum kita la kan (perempuan). Din yang aku jumpe aku ni lelaki. So, die ni siap kondem perempuan ni macam ada satu sumpahan.. Hahaha.,. sumpahan tak boleh nampak cermin. Pergh, bagi perempuan yang sensitif, memang rasa tercabar. Apa pulak kami ni dikata ade sumpahan??? Lelaki pon ape kurang kan?? Sama je.. Die nak kata perempuan pantang pandang cermin mesti nak berhenti dan touch up2 sikit muke ni. Lelaki ni tak. Just tengok muka dan blah. Kekadang tak singgah pon. Kesimpulan nya, perempuan ni cerewet, lelaki ni simple. From head to the toe  gitue ! Orang kalau dah pakai kondem2 ni nampak sangat pernah putus cinta tak pon fobia sebab kesan daripada sesuatu kisah dalam hidup orang lain.

Bagi pendapat aku la kan, tak payah nak kondem2 sangat la kaum adam dan hawa sebab dalam keluarga kita ade kaum2 tue. Kalau dah kondem perempuan bermaksud ko kondem mak ko la kan?? Ape ade tak ko fikir bagaimana jasa nya seorang perempuan ni sebelum, semasa dan selepas. Kalau di tunjukkan macam mana bentuknye mak ko lahirkan ko, kot ko melalak pulak kan. Seksa nak lahirkan ko tahu tak. Perempuan tue yang lahirkan. Bukan lelaki. Bagi lelaki pulak, jangan la kondem sangat sebab memang lumrah lelaki macam tue. Jika ada lelaki yang cerewet, ko kena tahu itu lelaki yang berjiwa sensitif. Bisa mulutnye bersebab. Berani jawab, kalau tak jangan sebab lelaki ni akal die banyak kan. Perempuan lain la, banyak nafsu. Ini semua dah tertulis sejak azali. Jangan nak melawan. Ko just belajar dan terima dengan seadanya. Andai terjadi kes putus cinta atau kes keluarga, ingat lah, bukan semua begitu. That's it !

huhu.. ni lah hasilnya bila tadi berangan sebentar kan.. Terkenang macam2.. Sampai sini je la coretan comel ku. Maaf lah jika terasa... Wasalam.




Tuesday 24 April 2012

Lembap?

Aku terasa makin hari makin lembap.. Aduhai, kenapa ek? Kena cari sesuatu yg menguatkan minda ni. Mungkin fikiran ni selalu melayang pasal masalah diri je kot. Takpe2.. relaks and steady je k hani. Dugaan untuk menguatkan hati dan perasaan ko kan.. Hurm..Dulu nak exam pon selalu mcm ni kan. Hahaha.. nakal2.. ;p

Hari ni aku baru dapat bukak nota. Kertas2 nota semuanya tertinggal kat Umah Puncak aku. Takpe la. Nasib baik ade soft copy. Masih boleh baca lagi ni. huhu

Semalam seronok betul member2 aku pergi ke Pantai Batu Burok kat Terengganu tue. Cemburu? Tak kot sebab duit lam poket tak banyak.. Hehehe.. Sengal toi aku ni. Konfem la aku cmburu sebab seronok main kat pantai. Din da ruby memang. Nak kena gigit budak 2 orang ni. Saje je buat aku dan wawa cemburu. Hahaha

Aku tak nafikan, sumber senyuman dan tawa ku berasal dari kurniaan Allah ni iaitu Din,Wawa, RUby dan Din sagittarius. HEhehe. Dua lelaki name din dan nak membezakan tue kena letak nama macam tue la kan.. hehehe.. RIndu nye pada mereka. Mereka lah kekuatan aku sekarang ni. Allah paling utama, abah kedua, dan seterusnye mereka yang close dengan aku la kan.

ok2.. tue je nak cakap. Aku nak sambung study :) chow Salam

Pemulihan luka yg berdarah2. ;p

Lawak Ke Der. Show yg buat kat Istana Budaya tue je la yg mampu buat aku ketawa. Tengok 100 kali pon aku masih boleh layan. Ubat sedih aku ni pula ditambah dengan ramuan usikan along dan abah.. Hahaha. Memang aku ketawa la. Pertamanya aku suka balik rumah sebab dapat buat lawak dengan abah dan along. Aku memang manje giler dengan along dan abah. Memang aku sangat2 bersyukur kerana Allah meminjamkan aku mereka dalam hidupku. Suatu ketika dahulu pula ade arwah mak dan arwah baba. Mereka ni garang tapi bijak diselang selikan dengan lawak. Barulah rasa tak spoil mood kena marah. Marah2 pon berisi ilmu yg berharga aw.. Sebahagian perasaan aku sedih baba pergi dulu ni ialah die ade banyak ilmu aw. Memacam. Memasak, menjahit, bertukang, menjala... Pergh ! Memang baba terbaik ! Rugi tak kenal die weyh !Orang kate, 1001 manusia je ade mcm die. Bukan ilmu dunia semata2 ye. Ilmu akhirat pon ade. Alhamdulilah kerana Allah juga temukan aku dengan baba.. Kau hade ke?? Takde kan?? Kau mesti jumpe orang yang sama mungkin lain kan.... ikot kau ler sebab Allah beri takdir yg berlainan pada kita kan.. Masing2 punye rezeki kan.. Bersyukur je la kerana kita peminjam sahaja. Jangan sombong sudah..

Cuti sem ni sepatut takde keje yang kena selitkan tapi dalam banyak group kan, group aku la yang paling relaks sebab kami lebih kepada kerja sistem.. Harap jangan jeles.. Hahaha. Ok2.. Tapi cuti ni group aku di beri pengisian assignment dan sebagainya.  Test pon ade aw. Jam aku doe. Bukan aku je, hampir seluruh bebudak ni jam. Hahaha. pi takpe kami mampu lakukan nya. Malas tue letak belakang untuk buat mak ayah bangga kan.. ^_^

Gembira? Alhamdulilah la... takde la gembira sangat tapi ceria tue dalam diri aku la. Bukan mudah untuk mendapatkan keceriaan ni ok. Bisa kesedihan masih terpahat dalam diri cuma masa je banyak membantu aku. Walaupun aku tak boleh solat sekarang namun dalam hati ni sentiasa berbicara dengan Allah. Nak kata alim sangat tue tak la tapi mengingat pada Yang Berkuasa tue masih ada lagi. Aku berserah je kat Allah. Apa2 balasan ke hidayah ke dan sebagainya aku serah pada Allah. Aku nak dendam tue aku fikir aku ni siapa. Semua kejadian yang berlaku atas Kehendak-NYA. Dulu2 aku nakal. Buat apa pon tak fikir. Kalau marah uh, memang macam singa hilang anak aw. Pernah tengok singa hilang anak tak? Ala, kornag bukak ar National Geography uh. Mesti ada babak singa hilang anak pastu mengamuk kan. Macam tue la . huhuhu.

Erm, aku tak nafikan yang aku rindukan diri die kadang2 tapi kalau aku ingatkan pompuan tue yg buat aku makin sedih dan kecewa. Kalau seorang takpe lagi aw tapi ni ramai weyh. Salah sorang pompuan uh dah ade balak lak pi masih main tarik tali. Bisa aku baca kembali.Arghh,, lantak ar korang. Kekal kan sampai mati pon tak ape. Sebab tue dunia hiburan korang. Menyakitkan hati orang. Dosa tue bukan satu persoalan tapi satu kemestian kan. Jadi buat ar.. !

Aku, jangan berlembut lagi dengan manusia yang tak ikhlas langsung nak kawan dengan ko. Jdi orang tengah. Diorang memang nak bercinta lagi. Haih, kesian siapa kenal manusia yg satu tue.. haih !

Sunday 22 April 2012

abah

Laskar Pelangi. Sebuah tayangan Indonesia yang betul2 memberi pengajaran yang amat besar bagi keluarga ku. Tambah lak keturunan ku berasal dari Jawa. Bila kelembutan watak2 tue dilakonkan, aku terasa sebak. Salah satu watak tue aku nampak muka die macam abah aku. Aku serius la ase nak nangis. Abah aku lak baru je balik  masa aku tengok cerita tue.

Pelakon tue tua, kurus serta kecil je. Aku terasa di dalam hati, macam mana lah kalau abah takde nanti. Kat siapa lah aku nak bermanja? Dulu baba. Bila baba dah takde, terasa sangat weyh..Baba adalah insan paling terbaik dalam hidup aku. Macam mana besar masalah yg keluarga aku harungi tapi kami mampu senyum dan bergembira... 

Abah pula bukan setakat pengembira keluarga malah penjaga dan seorang ayah yang paling TERBAIK ! Die orang paling penyabar beb. Die relaks je tengok kami. MEndidik kami dengan sebaiknya weyh. 

Jadi, aku nak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Membaca ayat2 al-qurang sebanyak yg boleh untuk mereka... 

Saturday 21 April 2012

pedihnye

Sebak sangat hati aku bila adik die tegur aku tadi. Adik die ade jugak hati nak melayan aku pi die.. Hurm, aku da block da pon, lepas ni die rasa bebas la sebab aku dah takde dalam hidup die. Mungkin pada die, perangai aku makin teruk dan sebagainya. Begitu juga pada aku. Aku rasa terseksa sangat merindukan die yg tade perasaan tue. Die sejak dah banyak kali kena main memang kosong je jiwa die. Die memang ada perasaan. Die memang mcm dulu tapi die bukan yg dlu. Die sayang pada orang lain sebab mungkin orang lain tue baik daripada aku. Aku ni pernah kong2 hidup die dan menyakitkan hati die. Aku memaksa die. Die benci dan xsuke orang pakse die.

Tapi persoalannya, kenapa melayan aku macam kekasih? Kenapa buat aku mengharap? Apa perasaan die bila orang yg die giler2 kan buat die mengharap sedangkan orang tue tak ingin die langsung? Die pernah kena tapi bagi kat aku lak. Haih, ko betul2 tak sayang kawan ko.

Aku dan ko memang bukan kawan lagi kan. Tue sebab ko bagi semuanya kat aku sebab aku orang pi bukan sahabat. Aku terluka ok. Sakit sangat.

Sampai bila2 aku takkan lupakan luka yg ni. Kau dah ubah aku. Tue yg pasti.

Tuesday 17 April 2012

Suara Hati yg Terpendam

Perkenalan kita atas dasar yang tidak baik. Aku cuba perbetulkan keadaan tapi masih tidak berubah. Satu2 nya cara ialah menghindarkan diri agar aku tidak lagi mengenalimu dan tidak mengacau diri mu. Engkau dan engkau. Aku tak kisah dah korang berdua nak kata apa sekalipun sebab pemikiran korang sama. Aku kenal engkau orang berdua dan aku malas dah nak ambil tahu. Masing2 sudah besar dan tindakan aku bukan kerana tidak matang tapi hanyalah untuk mengubati hati aku sendiri. Benci pada aku? Takpe la. Aku tak paksa korang suka aku sebab sejak awal berkawan korang dah memang tak suka.

Aku tak mahu tahan lebih lama kerana tak mahu sedut bisa yang lama lagi. Cukup aku tahu sampai tahap begini kerana aku tak nak meletup sampai terbongkar pelbagai benda dan menyebabkan akibat yang tidak baik. Aku sendiri bukan sebaik mana. Andai dapat aku lembutkan hati ini lagi, insyallah aku akan sendiri lembutkan tapi kini dan sekarang, maaf, sedikit pon tak boleh nak rasa apa dah. Aku hanya ada marah, cemburu, rasa dikhianati dan sebagainya. Mungkin pada diri ko, mudah saje tapi untuk diri aku, tidak lagi mudah setelah 4 tahun aku tanggung dan 2 tahun lebih aku tanggung buat engkau yang aku baru kenal ni.

Aku tahu korang berdua tak terdetik pon nak kata sayangkan aku. Aku sendiri je yang syok sendiri selalu bagi sokongan padu kat korang sedangkan korang buat relaks je. Buat dek je. Maklumlah, aku ni siapa kan. Muka xcntik tapi beb, aku ada perasaan aw. Korang berdua ni bila ada masalah, masa tue ada dengan aku. Kalau tak, batang hidung pon aku tak nampak. Time happy, aku agak name aku pon tak terlintas dalam fikiran korang. Aku tahan lagi tapi bila baca chat dan email korang dan sebagainya..sedikit demi sedikit, musnah taw. Mungkin engkau nak kata aku pon pernah buat, tapi aku buat selepas korang dah buat. Dan kini aku betul2 berhenti tapi korang ada nak berhenti? Berhenti menzalimi kawan sendiri?

Aku anggap ini semua balasan diri aku dan aku anggap korang tak pernah wujud dalam hidup aku. Terima kasih kerana memberi aku rasa bagaimana dikhianti dan mengkhianati. Moga korang semua bahagia dan wait, moga korang bakal rasai pula perasaan aku ini suatu hari nanti. Insyallah... Sekian

Monday 16 April 2012

Ragam

Lepas aku bangun dari tidur tengah hari tadi, aku pisat2 melihat member bilik aku tengah nak siap pergi kelas.. Hehehe..Name die Wawa. Die rapat jugak dengan aku dan Ruby. Geng tembam ! oh yeah ! hahah.. Ok2.. Die ni suka make up taw. Kalau bersiap tue, setengah jam sebelum nak gerak dah siap sedia barang make up maa.. comel gitue. Ada sekali kitorang nak keluar sekali, aku dan Ruby mintak die pakaikan kitorang make up sikit. Ala, mintak pakaikan foundation je. Hehe.. geram tengok bedak2 foundation die, banyak dan cantik2 botolnya. Itu semua membuatkan aku nak cuba satu demi satu. Tapi tak boleh la kan nanti takut muka aku tumbuh cerawat lak sebab bercampur aduk  produk yang dipakai.

Masa dia siap2 nak pakai make up segala, aku pulak start nak on laptop. Ha, ni dia, laptop manje aku buat hal tadi. Laptop ni tadi tak hidup2 bila aku dah mula picit kat bahagian powernya. Haish... kepala aku dah mula panas.. kesabaran ku tak tahu tahap mana. Yang aku pikirkan ialah kesabaran along aku masa nak baiki lappy ni dulu. Tue je. Sebab lappy ni aku nak guna untuk belajar jugak kan. Projek dah nak kena mula pulak. Parah la kan. Jadi, masa aku picit2 button power tue, tiba-tiba Wawa cakap, "Dia kan suka sangat bau baju orang tau hani. Sebab kat baju orang kan pakai pelembut Downy.. hehe". Oh sweet nye bila aku dengar. Alertnya kekasih wawa ni kan.

Bagi pendapat aku la kan, korang kalau nak tahu sangat kekasih korang tue nak sangat memiliki korang, mula2 die kena memiliki kepercayan keluarga. Lepas die cuba untuk mengetahui semuanya pasal kita. Kalau die tak tunjuk pon, die akan tunjuk masa dah ujung2 pergaduhan nanti. Tak Percaya? Korang cuba la nanti. Melainkan kekasih korang tue kisah tak kisah je.. Tue baik buat lupa je la.. Buang masa luangkan waktu untuk manusia begitu kerana hatinya belum untuk kita tapi untuk masa depan die. Die terlampau ZALIM kerana menggantung hubungan kita ni kan. Bodoh namenya ! takde hati perasaan.

Aku pon pernah mengalami manisnya di sayangi seseorang. Sehingga kini dia masih setia mahu mengambil tahu tentang diri aku. Namun, sebelum tue die banyak kali mainkan perasaan aku hingga manis cintaku bertukar jadi tawar leweh ! Sekarang die tengah berusaha menambahkan perisa baru dalam rasa cinta ku. Aku pulak tengah kecewa dengan hubungan persahabatan aku. Tapi aku tolak tepi sebab aku rasa buat apa hayati sangat perasaan sedih tue sebab aku tak dapat nikmati nikmat yang Allah kurniakan kepada iaitu teman sebilik dan sekelas yang sungguh ceria. Abaikan je la manusia tak guna tue. Moga die dapat pembalasan yang setimpal dan sedar diri. Kembalikan lah die kepada hidayah Mu Allah. Moga die sedar dari tidur mati die tuh !

Dan sekarang, aku harap aku mampu menjadi anak yang berjasa kepada mak dan abah aku.. berjasa kepada teman dan adik beradik tercinta yang tidak berhenti2 mengambil berat tentang pelajaran ku. Aku sayang sangat keluarga aku. Terima kasih kerana kurniakan mereka kepada ku Ya Allah

Sunday 15 April 2012

sepintas lalu

Kenapa mahu tengok lagi? Soalan yang terhentak2 dalam kepala otak aku ni buat tambah bisul saje. Pedih lak tue rasanya. Aku nya salah semua ni. Semua  ni rasa sakit sebab dek sikap aku. Dulu gatal sangat nak kawan "baik" la konon. Ha hambek bisa yang die bagi. Bukan calang2 manusia beb. Syaitan pun Tak buat kot. Kot la sebab fasilitator nye syaitan. Haih.. Konfem2 la syaitan buat lagi advance nye step daripada die kan sebab dia hanya manusia yang lemah !

Marah2 kutuk die lagi kan hani ? hahaha,.. stupid.

ok. Biarkan je la. ...tetttt>> RUBY, " Ko tue cakap je 'biarkan je la' tapi sebenarnya dalam hati dok pikir lagi.. huh, ponat aku dengar.. " Huhuhu.. What can i do Ruby? Sayang jadi baja syaitan untuk aku lemah tapi alhamdulilah kini aku makin kuat menepis semua ini. Aku makin kuat kerana ada teman seperti mu Ruby yang sentiasa kuat menghadapi situasi yang STREES NAK MAMPOS. Aku suka tengok gaya ko menangani nya seperti menyanyi dan buat orang lain ketawa. Ruby strong sangat2. "Engkau hade???Engkau takde kan??hahah " Tui kata2 si Ruby yang selalu wat telinga aku kejap kembang kejap kuncup.. Hahaha.,sabar je la dengan dia. Kekadang die ketawa berubah-rubah sampai aku naik jam. hehe

Hari ni aku teman Ruby beli barang kat Jalan Tunku Abdul Rahman (Jln TAR) dan SOGO. Aku belum pernah jejakkan kaki ke Sogo. Jadi, aku ambil peluang keluar dengan Ruby pergi ke Sogo. Agak lenggang.. Hehehe.. Takde ramai orang. Serius. Mungkin sebab pertengahan bulan kot. Tue bermakna orang ramai tengah ikat perut. Mase aku keluar dengan Ruby, aku ade beli beberapa benda yang aku kerap pakai. Antaranya Kasut Crocodile, pin tudung, tudung bawal 3 tone dan biskut coklat oat. Terasa banyak duit mengalir deras tapi aku penjam2 kan mata ni untuk keperluan hidup.. HUhuhu.. Belasah je asalkan masih ade duit untuk makan. Sebelum tue aku ada mintak izin along kesayangan aku. Along kasi ! Hehehe.. Die kata kalau kasut tue barang yang tahan lama die sokong sangat aku beli. Maklum la, sebelum ni kasut aku selalu betul rosak terutamanya bahagian tapaknya, pergh, menyirap hati ni tengok. Baru 2 minggu pakai aw. Ni jenama BATA la ni.. haih.. sabar je la..

Lepas tue baru kami balik. Aku memang ajak RUby balik awal sebab tengok cuaca macam tak mengizinkan kami shopping lame2.. Hehehe.. bagi jimat kot.. hehe.. Jadi, balik la kami ke rumah tapi, Ya Ampunn... Komuter slow giler babing dan bas ke kolej aku pulak bapak la lambat.. Mahu melecet punggung aku menunggu. Tapi aku tetap sabar sebab semua yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya... Muhasabah diri. Allah dah bagi kesenangan sebelum ni kan. Dia bagi yang payah sikit, mahu melihat kuatnya iman kami. Harapnya aku lulus la kan test nya itu.. amin...

Kalau rancangan awal, Ahad ni sepatutnya keluar dengan LELAKI tue tapi.... hambar.. Aku nak kata sedih, nasi sudah jadi bubur lame da sebenarnya tapi reaksi aku bagi lambat sangat sebab alasan nak bagi peluang memanjang kat manusia ZALIM tue. Tapi tak berubah. Masih pentingkan diri. Ikot ko la. Hidup ko. Ko buat orang, orang buat ko balik. Kalau dah kena, jangan kata BOSAN HIDUP MACAM NI sebab semua tue engkau yang mintak. Mungkin pada fahaman diri ko, aku ada salah. Yes, aku mengaku aku ade buat banyak salah tapi... haih, kalau dah masuk sampai persahabatan kita jadi korban, maaf lah, aku dah tutup pintu maaf. Aku kecewa, hampa, dan segala2nya kerana aku lagi sayangkan hubungan persahabatan berbanding hubungan kekasih tapi ini yang aku dapat. Mungkin tak layak lagi aku untuk jadi sahabat ko. Jadi, anggap la aku tak pernah wujud dalam hidup ko.

Ruby, thanx sangat sebab ko selalu cuba buat aku tersenyum. Ko selalu kata aku cantik sedangkan aku rasa takde cantik pun. Terima kasih sangat mewarnai hidupku dengan kegembiraan.. ^_^ Kau ubati kesedihan dalaman ku. Mungkin aku hilang seorang sahabat tapi aku makin dapat ramai sahabat yang lagi 10 kali ganda baik hatinya berbanding yang sebelum ni. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani terhadap hamba2-Nya. Cuma hamba2-Nya yang terlampau jahil dalam menghargai DIRI-NYA.. Waallahualam...

Saturday 14 April 2012

Movie+Shopping

Assalamualaikum.
Haiyaa.. minggu ni aku wat check list barang2 bilik aku, hampir semua bekalan habis. Jadi, kena rancang untuk membeli belahlah nampaknya ni kan. Hehehe.. Tak suka?? Siapa kata aku tak suka shopping? Aku lah orang yang paling suka shopping IF duit ada.. ^_^. Kalau dalam poket kosong, alamatnya duduk dalam rumah diam2 la kan. Takde makne aku nak keluar saja2. Cari nahas je kan. Huhu

Teman untuk shopping sudah ada. Tinggal nak siap dan jalan sahaja. Memandangkan member aku si Ruby memang ade rancang nak pergi tengok wayang, aku pun pulak dah syok je baca status pasal Battleship sedap memanjang, jadi kami terus buat keputusan untuk tengok tayangan itu ! Oh yeah ! ngeh3... sekali sekala kan.. Bila lagi.. Hehehehe..

Masa tengok wayang tadi, pergh ! damn crazy mak meh.. hahaha.. melatah dan segala2nya keluar daripada mulut aku.. Kah kah kah kah... Bukan apa, cerita ni die selitkan sense humor skit. Jadi, takdelah nak serius sangat. Ade lah jugak jenaka jadi, penonton senang faham kan. Eceyh, macam aku jadi pengkritik pulak. Tapi memang tue pendapat aku la kan... 

Semangat tengok movie ni !
Tambah pulak pengarah cerita ni ialah pengarah Transformers, lagi lah galak diri mahu menonton.. Mahu melihat kecanggihan robot yang dicipta. Watak baru yang daring gitu menonjol2 buat mak geram.. euw !!! geli kan dengar.. hahaha.. Hero die serius mantap ! bukan mantap ape ye. Mantap dalam pembawakan watak. Boleh nampak la kelicikan die jadi nakal dan jadi serius bila dah kena serang dengan alien yang begitu asing. Alien die buat rupa ala2 manusia sikit cuma cacat tang jari dan fungsi mata dia. Mata dia tak boleh lihat matahari. Dah nampak dah kan kelemahannya di situ kan. Dah boleh rancang strategi nak serang balik kan.. 

Kalau tengok gaya lawan, memang syok... !!!!! Tue baru tengok biasa je tue, dah nampak havoc gile2... Kalau tengok 3D...?? Lagi la ko pon melompat2 nak elak alien uh serang kan.. Siap menggigil2 lagi kan.. Hehehehe... tapi memang cayalah pengarah die kan. Berjaya buat impak yang besar kepada penonton. 

Lepas tengok cerita tue, kami pergi Giant. Ala, yang dekat dengan Stadium Shah Alam tue la. Aku mahu beli barang bilik aku. Mahu  refill bekalan aku. Hehehe.. Sabun basuh, mandi dan biskut... Ngeee.. Tak banyak kan?? Sebab aku tak banyak kerenah kot.. Konon ! hahahhaa... 

Muke lepas tengok movie. ;p tunggu bas sambil merapu2 cabut rumput.. ;p jahat.. hahaha

Aku konon dalam movie ni kan.. Hehehe

Aku with my Ruby sayang.. Hehehe
Ok2.. Esok pon ade misi baru gak ni.. Next week ade test... MAsak la mak macam ni kan.. Hehehe.. anyway, thanx for read this ok.. mwuah ! sayang my beloved readers. :)

Friday 13 April 2012

Kesimpulan daripada sebuah kehidupan

Kita ini hanyalah bilangan hari dan waktu. Apabila sebahagian bilangan itu pergi, pergilah sebahagian dari kita ini.
Setiap bilah hari yang meninggalkan kita, membawa bersamanya pelbagai coretan, kenangan, rahsia, cerita, derita, bahagia dan segala rupa warna dan rasa.
Sebahagian yang tinggal menunggu giliran untuk melalui peristiwa yang sama.
Mungkin berbeza nama hari, bulan dan tahun, tetapi tetap sama pada keadaan dan peranan.
Ia akan membawa lagi sebahagian dari kita pergi meninggalkan kehidupan dunia ini. Sehinggalah pada saat tamatnya bilangan terakhir, maka ketika itu berakhirlah kehidupan kita di dunia ini.
Walaupun saban waktu dan hari bilangan itu pergi tidak kembali lagi, tetapi ia tetap meninggalkan kesan pada bilangan yang masih ada.
Kenangan, peristiwa, pengajaran dan bekalan yang dikutip oleh hari-hari semalam ditinggalkan untuk hari-hari mendatang. Adakala ia pahit, adakala manis, adakala kita membencinya, adakala kita menangisi kehilangannya dan adakala kita ingin melupai dan mengharapkan supaya bilangan itu tidak pernah wujud dalam diari kehidupan kita. Bilangan yang pergi dan datang jua menyimpan pelbagai rahsia setiap kita.
Bukan semua babak lakonan setiap insan diketahui oleh orang lain. Sebahagian besarnya adalah rahsia kehidupan, hanya dia dan Tuhan. Beruntunglah insan yang rahsianya di sisi Yang Maha Esa lebih baik dari apa yang disangka oleh manusia.
Ramai yang seakan merasa segala kezaliman dan kekejamannya ke atas orang lain berakhir dengan berlalunya hari-hari dirinya dan orang lain. Segalanya dilupa.
Tapi, kesan kesakitan dan luka yang ditinggalkan oleh hari-hari semalam tidak semestinya dilupai oleh yang dizalimi. Hari-hari yang pergi mewarisi luka-luka yang terpalit dalam memori.
Si mangsa tidak lupa. Allah juga tidak lupa, akan hari pembalasanNYA. Samada pembalasan itu hadir dalam baki hari-hari duniawi yang masih tertinggal ataupun pada Hari Pembalasan yang sangat agung.
Ataupun, pembalasan itu akan tiba dalam dua alam; dunia yang fana ini dan akhirat yang kekal abadi. Ataupun, Allah mengampunkannya atas ilmuNYA yang DIA Maha Tahu.
Hari yang pergi, jika ia kejelekan dan kotor hitam, kita diberi peluang untuk mengindahkan dan memutihkannya pada hari-hari yang masih berbaki. Adakala kejelekan itu tidak boleh diindahkan kembali melainkan melalui proses yang panjang. Adakala kekotoran dan kehitaman itu tidak boleh dicuci dan diputihkan dengan mudah. Mengambil masa yang lama dan memerlukan bahan pembersih yang banyak.
Ada kalanya pula, kita telah benar-benar membersihkannya namun oleh kerana warna hitam semalam terlalu kuat mempengaruhi pemikiran sebahagian orang, lantas mereka tetap menafikan warna putih, ataupun kain yang sudah kita bersih pada hari-hari yang berbaki. Mungkin mereka tahu hakikatnya telah suci, tapi masih ingin menafi atas sifat rakus insani. Ataupun, memang rupa jelek atau warna hitam semalam telah benar-benar membutakan mata dari melihat warna murni hari ini.
Namun, kita perlu yakin tanpa syak bahawa Allah benar-benar mengetahui segalanya. Dia Maha Mengetahui antara yang hitam dan putih, antara yang bersih dan kotor. Dia Mengetahui siapa hambaNYA yang bertaubat, siapa pula hambaNYA yang keras jantung hati. Penilaian Tuhan sentiasa adil tanpa kekurangan.
Hari-hari yang baki memberi peluang insan membaiki diri. Bahkan dengan keikhlasan kepada Tuhan, kebaikan hari ini dapat memadamkan keburukan hari semalam.
Sebahagian manusia pula menyangka bahawa kemanisan hari-hari yang pergi akan terus diwarisi tanpa siapa yang dapat menghalangi.
Tiba-tiba dia sedar, bahawa hari-hari yang berbaki tidak semestinya menjejaki warna-warna indah, ceria dan bahagia yang telah pergi meninggalkannya.
Duka mengambil tempat suka, derita merampas hari-hari bahagia. Sekali lagi diingatkan agar insan sentiasa bersyukur atas apa yang telah diberikan dan memohonkan dikekalkan nikmat kurniaan. Disuruh kita membunuh rasa bongkak dan takabur atas kurnia nikmat, kerana segalanya mungkin saja bertukar.
Senggara itu boleh menjelma dalam pelbagai rupa. Walaupun sang raja masih hidup di istana mewahnya, namun senggara boleh masuk dan mencabut gembira dan bahagia sekalipun dia masih berada atas singgahsana empuknya.
Kepada Allah juga pengharapan dalam setiap detik kehidupan. Dia Yang Memberikan segala kurnia sebagai ujian untuk sebahagian hamba-hambaNYA.
Hari-hari yang pergi dengan penuh dengan tangisan dan kesedihan tidak semestinya mewarisi airmata derita dan wajah duka untuk hari-hari yang menjelma selepasnya.
Tangisan dari sepasang mata mungkin terus mengalir pada hari yang berbaki, tetapi disebabkan gembira dan bahagia. Bukan lagi disebabkan sengsara. Hari-hari yang datang, tidak semestinya mencontohi lagi hari semalam. Bahkan derita semalam, memuncakkan kenikmatan apabila kebahgiaan menjelma pada hari ini.
Siapakah penentu segalanya? Allah. Allah. Allah tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Menguasai segalanya. Maka jangan hairan wahai teman, jika anda melihat yang miskin bertukar menjadi kaya, yang sengsara bertukar bahagia. Juga jangan hairan, jika berlaku hal yang sebaliknya. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, akan dibukakan baginya pelbagai keajaiban yang tidak disangka.
Akhirnya kita akui bahawa, kita hanya bilangan hari. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan detik dan waktu. Kita semua akan sampai pada saat bilangan detik yang terakhir.
Di kala itu tamatlah segala drama dan babak-babaknya yang kita lalui di atas pentas dunia yang fana. Menunggu saat perhitungan Tuhan atas segala cerita yang kita lakonkan.
Segala lenggang lenggok watak dan gaya kita, telah tamat dengan berakhirnya bilah terakhir yang pergi dan tiada yang datang lagi. Tiada subsidi waktu dan hari yang mampu diberikan oleh sesiapa pun.
Segalanya kenangan bagi semua drama kehidupan. Tiada lagi teman, tiada lagi harta dan tiada lagi senyum tawa. Derita dan derita. Atau pun, tiada lagi derita, tiada lagi sengsara. Bahagia dan bahagia.
Di kala itu kita akan hidup dalam bilangan hari yang tiada kesudahan, dan waktu yang tiada berbaki. Ya Allah! Ampunilah kami ini.

Nafas baru

Assalamualaikum

Semalam, aku dapat pedih disakiti. Semalam dan semalam lagi juga, aku bersabar dengan setinggi-tinggi nya untuk mendapat keredhaan Yang Maha Esa.. Usia remaja yang masih bertatih dalam dunia kehidupan ini memerlukan kekuatan double triple sangat2 kerana remaja masih belum tahu apa yang bakal dihadapinya. Tambah pulak takde pengalaman lagi kan. Try and Error je la kan.

Apa pengalaman yang aku dapat daripada semalam ialah pengalaman mencintai insan yang tak tahu menghargai cinta kita. Bukan cinta kekasih semata-mata tapi lebih kepada cinta sahabat. Sedalamnya dan sejujurnya aku sungguh terluka kerana dalam perhubungan sahabat kami, dia banyak menabur virus sakit hati dalam hati aku. Dia selfish tapi aku bersyukur sangat2 hari ni kerana  jika tidak ada dia, aku tak rasa bagaimana terlukanya hati seorang sahabat yang dipermainkan. Aku belajar berkawan dengan berhati-hati. Tak kira perempuan ataupun lelaki.

Aku mahu mulakan hari aku pada hari ni dengan tenaga dan semangat yang baru.. Moga aku sentiasa mengingati Allah dan Rasul di mana jua aku pergi... ^_^

selintas lalu

Pernah suatu ketika aku menganggap aku pasti keseorangan di dunia ini tanpa teman kerana seorang demi seorang pergi jauh dari ku sama ada dengan sengaja ataupun tidak. Namun, anggapan ku salah sama sekali kerana perginya seorang teman, akan hadir teman yang lain. Kadang-kadang Allah akan hadirkan insan yang sengaja menyakiti kita kerana Dia mahu melihat kekuatan iman dan ketabahan hati kita. Buat masa ini aku belum lepas dengan baik lagi dalam ujian-Nya. Moga ujian seterusnya aku mampu mengharungi dengan sebaiknya...

Supaya Engkau Menjadi Wanita Tercantik

♥ Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh♥
Sahabatku serta adik-adikku..
Kepada calon- calon bidadari penghuni syurga,Wahai calon- calon istri sholehah kebanggaan Islam,
Wahai kaum hawa yang didadanya telah tertanam bunga bunga iman....Mari sejenak menyelami samudera hikmah dan kebijaksanaan... meneguk sejuknya untaian nasehat-nasehat yang akan menghilangkan dahaga iman. Semoga dengan sedikit nasehat ini, bagai terasa ditengah ganasnya gurun pasir kehidupan... yang bersumber dari Al-Qur'an dan Sunnah, serta lisan-lisan yang jujur...
~♥♥♥~
Allah berfirman:
"Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang-orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Qs. Al-Ahzab: 59).
Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang artinya: "Ada dua golongan ahli neraka yang tidak pernah aku lihat sebelumnya; sekelompok orang yang memegang cambuk seperti ekor sapi yang dipakai untuk mencambuk manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka berjalan melenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak bisa mencium aromanya. Sesungguhnya aroma jannah tercium dari jarak sekian dan sekian." (HR. Muslim)
"Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu, dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti model berhias dan bertingkah lakunya orang-orang jahiliyah dahulu (tabarruj model jahiliyah)." (Qs. Al-Ahzab: 33)
Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Dan tidaklah patut bagi mukmin dan tidak (pula) bagi mukminah, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mempunyai pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya. Maka sungguhlah dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata." (Qs. Al-Ahzab: 36)
"... dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya," (Qs. An-Nuur: 31)
Saudariku...
Wanita muslimah laksana bunga yang menawan, wanita muslimah yang sholehah bagaikan sebuah perhiasan yang tiada ternilai harganya. Begitu indah, begitu berkilau dan menyejukkan setiap mata yang memandang...
Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut... Namun tentunya... tak sembarang orang berhak meraihnya... menghirup sarinya... hanya yang dia yang benar-benar terpilihlah... yang dapat memetiknya... meraih pesonanya...
Wanita muslimah adalah ibarat permata yang sangat berharga. Dan islam menyuruh memperlakukan wanita sepeti permata yang sangat berharga. Yaitu permata yang tidak boleh disentuh oleh siapapun selain pemiliknya. Seandainya permata-permata itu berpindah tangan, niscaya ia akan kehilangan nilainya.
♥♥ Saudariku...
Muslimah Sejati, adalah mereka yang pandangan matanya selalu menunduk dan mampu menundukan mata-mata lelaki yang mencoba menaklukannya.
♥♥ Saudariku...
Tidak semua wanita berjilbab itu sholehah, tapi wanita sholehah itu pasti berjilbab. Jika hidup ini pilihan pilihan, kenapa hanya sedikit wanita yang memilih untuk menjadi wanita sholehah yang hidupnya dikagumi dunia dan di nanti syurga? Jika Allah Ta'ala menjadikan Islam itu mudah. Bukan berarti hal Wajib boleh menjadi Sunnah. Dan jika, Berjilbab itu wajib. Bukan berarti wanita boleh sesuka hatinya pamer aurat dan mengatakan aku belum siap. Wajib tetap harus dilaksanakan dan dosa tetap ditulis. Dan ini Ketetapan Allah.
♥♥ Saudariku...
Tidaklah sama antara wanita mukminah dan wanita kafir. Wanita mukminah adalah perempuan yang beriman, dermawan, berpuasa, memakai hijab. Takut pada Tuhannya, ramah terhadap tetangganya, taat pada suaminya dan sayang pada anak-anaknya. Dia mendapatkan pahala yang besar, ketentraman, dan keridaan-Nya. Sedangkan perempuan kafir, suka memamerkan kecantikannya, jahiliyah, naïf, suka memamerkan pakaiannya bagai barang dagangan, komoditi murahan yang dijajakan di banyak tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa kehormatan, tanpa kemuliaan dan kehilangan keserian.
♥♥ Wahai Saudariku... Agar engkau menjadi wanita terelok di dunia
Engkau dengan segala yang engkau miliki lebih baik dari jutaan wanita lain. Dengan Kecantikanmu, engkau lebih elok daripada matahari. Dengan akhlakmu, engkau lebih wangi daripada harum minyak kesturi. Dengan rendah hatimu, engkau lebih tinggi daripada rembulan. Dan dengan kelembutanmu, engkau lebih halus daripada rintik hujan. Maka jagalah kecantikanmu dengan keimanan, kerelaanmu dengan puas diri, dan harga dirimu dengan jilbab. Hingga engkau menjadi wanita terelok di dunia.
Ketahuilah bahwa perhiasanmu bukanlah emas atau perak, tetapi dua rakaat menjelang subuh, dahagamu ditengah hari yang panas kerana puasa, dermamu yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat dan sujudmu dikeheningan malam. Emasmu adalah agamamu, perhiasanmu adalah budi pekertimu, dan hartamu adalah sopan santunmu. Pakailah pakaian takwa, niscaya engkau akan menjadi wanita tercantik didunia
♥♥ Saudariku... Jadilah engkau seperti kupu-kupu
Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung kepada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga lain, dari satu taman ke taman lain. Lihatlah... dia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar, tapi dalam hidupnya yang begitu singkat dia telah menebarkan keindahan dan membuat orang yang melihatnya senang. Atau jadilah engkau seperti lebah yang selalu makan sesuatu yang baik dan menghasilkan yang baik pula, jika ia hinggap diatas tangkai tidak mematahkan, menyentuh nektar tapi tidak merosaknya, mengeluarkan madu, terbang dengan rasa cinta dan hinggap dengan tali kasih. Itulah ibarat wanita yang lembut, perempuan sejati, yang kehadiran dan kedatangannya membawa keindahan dan sejuta manfaat, tidak ada yang tersakiti orang lain melalui perbuatan maupun lisannya.
♥♥ Saudariku...
Semoga engkau menjadi permata yang berkilauan. Yang tidak mudah disentuh kecuali oleh yang berhak. Yang menyadari kemuliannya. Yang menundukkan pandangannya, memelihara auratnya. Yang teguh menjaga kehormatan dan kesuciannya.
♥♥ Saudariku... Kerana...
Ibnul Qayyim dalam bukunya 'Taman orang-orang jatuh cinta & memendam rindu' menulis bahwa
"Allah menjadikan penyebab kesenangan adalah keberadaan istri." Andaikata penyebab tumbuhnya cinta adalah rupa yang elok, tentunya (wanita) yang tidak memiliki keelokan tidak akan dianggap baik sama sekali. Kadangkala kita mendapatkan orang yang lebih elok rupanya memilih pasangan yang lebih buruk rupanya, padahal dia juga mengakui nilai keelokan (wanita) yang lain. Meski begitu, tidak ada keburukan apa-apa dalam hatinya. Kerana kejernihan akhlaq merupakan sesuatu yang paling disukai manusia, dengan begitu kita tahu bahwa inilah yang paling penting dari segalanya. Memang boleh saja cinta tubuh kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi cinta itu akan cepat lenyap, dengan lenyapnya sebab.'
Kalau bahasa ringkasnya, 'kecantikan wajah terletak di hati seseorang. Jauh lebih penting dari kecantikan wajah adalah kesejukan wajah Anda ketika suami memandang.'
Dalam sebuah hadits Rasullullah mengatakan... nikahilah seorang wanita kerana agamanya. Sebab, seorang budak wanita yang sholehah meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama."
Wanita yang (akhlaknya) buruk adalah untuk laki-laki yang (akhlaknya) buruk, dan laki-laki yang (akhlaknya) buruk untuk wanita yang (akhlaknya) buruk pula. Wanita yang baik-baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik-baik untuk wanita yang baik-baik pula. (Qs. An-Nur: 26).
Wahai saudariku muslimah, wanita adalah kunci kebaikan suatu umat. Wanita bagaikan batu bata, ia adalah pembangun generasi manusia. Maka jika kaum wanita baik, maka baiklah suatu generasi. Namun sebaliknya, jika kaum wanita itu rusak, maka akan rosak pulalah generasi tersebut.
Maka, engkaulah wahai saudariku... engkaulah pemikul amanah pembangun generasi umat ini. Jadilah engkau wanita muslimah yang sejati, wanita yang senantiasa menjaga kehormatannya. Yang menjunjung tinggi hak Rabb-nya. Yang setia menjalankan sunnah Rasul-Nya.
♥♥ Saudariku... Wanita sholehah adalah Bidadari Dunia
Allah telah dengan begitu Indahnya mengibaratkan, bahwa salah satu ciri bidadari adalah tidak pernah disentuh, kesuciannya terjaga dan sopan.
Wanita sholehah bukan hanya mereka yang berwajah cantik namun juga wanita yang kecantikannya terpancar dari aura hatinya, matanya terjaga dari hal-hal yang diharamkan syari'at, pandangannya menyejukan mata sang suami, tidak pernah membantah suami yang menuntunnya menapaki jejak-jejak Assunnah dan patuh terhadap Al-Qur'an. Menjadi penyuntik semangat dikala suami kalah dan lelah.
Berdiri tegak mendampingi suami dalam masa masa sulit, berada disisinya disetiap suasana. Menjadi penghibur dikala gelisah, dan menjadi alarm dikala lelapnya fajar membuai, mengingatkan suami tercinta dengan percikan air wudhu di wajahnya. Sungguh Kebahagiaan Memiliki wanita sholehah,,, hingga manusia menggambarkannya sebagai bidadari.
- Artikel iluvislam.com