Tinggalkan jejak anda ye~

Friday 30 November 2012

Pada aku~

Assalamualaikum~
Kehangatan menyiapkan semakin membara membakar dalaman minda aku~ Tapi aku masih di takuk menanti~ entah ape yang aku tunggu kan~
Hurm.. hari ni aku mesej die. Aku rindu die sangat. Lau die tak nak balasa lantak la.. asalkan aku ade bagi tahu. Memang nampak what da....?? pi aku memang tak tahan en.. Memang betul kata2 falsafah remaja tue yg berbunyi..." Merindukan orang sangat menyeksakan. "

But my new life.. Single.. is more cool~ aku dah boleh terima keadaan luaran walaupun ada sesetengah orang fikir aku sombong dan bisu. Aku tak dapat jaga hati semua orang tapi aku cuba menjaga..Harap dimaafkan jika aku tidak sempurna..

Ada juge menyelak2 blog member.. Steady betul die update kai words2 rubish ni~ hurmm.. dulu ade fikir nak guna tapi sebab aku masih belajar nak matang..hurm better aku tak payah guna sebab dah kalau ikut hukum agama, talk rubbish is a sin~ Jangan cakap benda2 yg tak baik~ nak cakap sila pi luahkan di diari anda.. *Mesej for me*

Buat kamu semua, ikut korang sebab korang nye kemampuan nak menanggung dosa.. macam aku, aku msih berada di fasa belajar.. Sentiasa melakukan kesilapan dan tak mungkin lari buat orang sakit hati~ heheh.. dont ask why.. Maybe aku buat joke kasar kot..huhuh :p

One thing~ ! aku kuat terasa.. Masa hati panas memang tak perasan yg aku ni selfish pi bila dah cool, mak oi, rasa bersalah nak mampos aku nak terkejar2 mencari orang yg aku dah lukakan hati mereka.. Masih kelemahan aku.. Kelemahan ni aku masih dalam latihan~ sebab ade adik2 angkat dan akak2 angkat aku yang kekadang bercakap not bad pedasnye tapi kepedasan mereka berlaku kerana nak mengajar aku.. Kalau mereka nak jadi biadap tue, insyallah la akan ade yang balas perbuatan mereka balik.. ye la.. ingat baik ke cakap pedas2 ni?? Aku akui aku pon suka cakap pedas dan nanti esok lusa aku kena la balik~ hik hik hik.. itu realiti ok.. dalam hidup aku la..tak tahu la life korang semua mcm ne..pi mesti same sikit en :P

Tue je mahu aku bebelkan.. ~
#Takpe takde boyfriend sekarang. Semua lelaki best jadi kawan.. idea pemikiran mereka kekadang jadi inspirasi aku~ bagi gurls..aku suka kwn dgn gurls~ suka wat mereka tersenyum~

Tuesday 27 November 2012

Oh diri

Assalamualaikum~

Pengalaman mengajar kita.
Pengalaman mengejutkan kita.
Pengalaman membuka mata hati, mata fizikal dan akal fikiran kita.
Tapi kenapa sampai satu tahap tu,
kita jadi tak tahu nak mengucapkan apa-apa?
Kenapa jadi bisu setelah kita dah berusaha nak menjadi yang terbaik?
Kenapa jadi penat sedangkan belum habis lagi
perjuangan kehidupan sendiri di muka bumi ini.

Nikmat dosa tue sedap je.
tapi tak sangka itu yang membunuh hati nurani kita.
kerana nikmat itu kita sanggup buat benda yang memakan orang lain.

Kita sebenarnye sedar tapi kenapa kita tak mahu
marah diri kita sendiri?
Orang kata kita mampu tapi
adakah mereka ketahui kemampuan kita?
atau kita yang suka memotivasikan diri sendiri dengan
kata-kata "aku tak boleh, nak buat macam mana?"

Kekadang hadir syaitan laknatullah datang menghasut.. sedangkan sekarang pon
die ade..
Kesedaran sentiasa berlegar di dalam minda dan hati,
cuma perasaan was-was membantutkan atau menghalang diri
daripada terus istiqamah dalam mengiatkan usaha
mendekatkan diri dan menginsafi kesilapan lalu dan kini dan pada masa akan datang.
Moga hati ini kuat melawan segala gangguan bisikan yang jahat ini~


Sunday 25 November 2012

Hanya KepadaMu Ku Bermohon


#Luahan ini sangat menyamai dengan apa yg mahu aku luahkan..sedih..kerana diri ini tidak sempurna tambah pulak makin buta dosa tapi aku masih kalah juga nafsu diri sendiri..hurmm moga aku mampu kembali ke jalan benar dlm berjuang untuk meraih cinta Allah#
Ku renung pada langit yang kebiruan..Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina.
Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun, seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa. 
Ya Allah, aku merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri. Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi kepadaku.
Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?
Ku akui, amat susah untuk meninggalkan perkara yang sudah menjadi tabiat. Maksiat itu seakan sebati dengan diriku. Saat aku melakukannya, tiada rasa dosa dan bersalah di dalam diriku. Meskipun ia suatu kemungkaran, kerana sudah terbiasa.., ku fikirkan banyak lagi masa untuk bertaubat.
Hakikatnya aku sedar ya Allah... Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. sehinggakan pada suatu masa nanti.. sudah tidak mampu lagi untuk bertaubat kerana kesakitan menghadapi sakaratul maut. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.
Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal? Sedangkan peluang dan masa ku tiada lagi untukku. Aku tidak mahu ya Allah.. Sungguh aku tidak mampu menanggung seksa azab-MU kerana sakit yang kualami kini pun sudah tidak tertanggung sakitnya. Ini baru ujian di dunia. Apakah di akhirat nanti ku akan menerima azab yang lebih peritnya?
Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  betapa kerdilnya diri ini.
Wahai teman..
Apakah kau masih alpa seperti diri ini jua? Berubahlah.. kerana sahabatmu ini sayangkan dirimu. Dan kerana itulah, aku tidak mahu apa yang berlaku pada diriku, juga terjadi kepadamu. Gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada untuk mendekatkan dirimu kepada Allah.
Untuk diriku dan dirimu, ingatlah "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri". Saat ini, aku berusaha untuk mengubah diriku dan aku ingin membawa mu bersama-samaku. Ya, bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah.
Doakan aku teman...

Titik Kelemahan


Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan. 
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.
Seseorang indiviu yang diuji Allah dengan kekurangan harta, maka pada titik harta itulah Allah berterusan mengujinya. Allah uji dengan ketidakcukupan wang dan harta. Allah uji dengan kesempitan rezeki. Allah uji dengan pelbagai masalah yang membutuhkan wang yang banyak.
Seringkali kita tonton drama kehidupan manusia dalam drama-drama di kaca televisyen mahupun layar perak, babak-babak kehidupan manusia yang diuji dengan harta sering dipaparkan. Pelbagai drama ujian melanda seorang yang miskin, diuji dengan kesempitan wang, kemudian diuji pula dengan kehilangan pekerjaan, kemudian diuji pula dengan ahli keluarga yang sakit yang memerlukan belanja besar dan ujian-ujian susulan yang memerlukan wang yang banyak.
Seseorang individu yang lemah dalam perhubungannya sesama manusia, diuji oleh Allah dengan pelbagai masalah melibatkan hubungan sesame manusia. Ada yang diuji dengan penceraian antara suami isteri, ada pula yang diuji dengan pertelingkahan sesame ahli keluarga, ada yang berkelahi anta jiran tetangga ada pula sahabat baik yang diuji dengan perselisihan, dan ada juga yang dikeruhkan hubungan antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin. Malah, ada pula pasangan yang bercerai diuji pula dengan hubungan dengan anak-anak yang kian merenggang dan sebagainya. Dititik kelemahan itu Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang berat untuk ditanggung manusia.
Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.
Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain.  Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa.
Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Maka, ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita. Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut. Maka, Allah menguji kita pada titik yang lemah itu, agar dengan ujian itu, titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut. Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri, maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik. Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan, ia memerlukan masa dan konsistensi.
Seperti air bias memecahkan batu setelah sekian lama menghempapnya, begitu jugalah manusia, konsistensi melalui ujian tersebut adalah resipi untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan. Tidak mudah bukan untuk mengubah kelemahan diri. Bak kata pepatah inggeris " Sometimes we have to learn it the hard way"
Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji Rasulullah pada kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah. 
"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu syurga terbuka buat kalian.
Firman Allah yang bermaksud;
"... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
(Surah al-Furqan ayat 20)
Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa durjana. Kembalilah kepada Allah. Firman Allah,
" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
(Surah Al-Zumar ayat 53)
Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah. 
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)


Saturday 24 November 2012

durh

Assalamualaikum

Kehidupan yang sangat2 tenang tapi kekadang memberi impak yang sangat menggilakan aku. Siapa tahu hati aku. Mungkin ade yang kata, aku tahu die asyik fikir siapa je. Hurmm. ok fine betul la tuh tapi aku bukan nak gila2 kan dah tapi aku mahu berubah dan doakan la aku. Cuma jangan ade kenangan silam hadir kembali je. Aku dah hindarkan diri ni pon kira baik dah. Yang agak2 senget tue jangan kembali hadir.. Please, pernahkan merasa sangat2 ke "annoying" aku ni ~

Hurm, alhamdulilah aku masih ade kawan ala2 stephen chow.heheh.. Ika, she's totally like me when im a child.. Serius aku rindu zaman kecil ku. Tak perlu nak fikir cinta bagai.. Hurmm. 

Ok la.. i dont want to think stupid stuff.. bak kate seseorang tue.. "sye bukan pengemis, banyak benda lain lagi nak sye fikirkan. sori ok~"..<< ayat sombong nak mampos pi ko terkedek2 mencari gak en.~ durh~ ko dgn aku sme je samdol~

Cari bila perlu

Assalamualaikum ~
Bak kate member ku wani..SUMBAT ~ habis padat twitter aku. Mood dari normal naik ke tidak normal.. Stupid bila ada manusia mintak nombor si dia dan dia boleh nak sound aku.. Ko pehal lau dah nampak gaya aku malas nak layan, diam je la.. Ko tahu en aku kuat cemburu..Ko jgn jadi siot sangat la nak buat ayat2 ko yg siot tue sebab aku memang tak heran.. pi merayu2 mintak kat adik die. Aku nak tengok ko menelan bahasa2 kedap kasar adik die lak...

Jangan nak cari aku dah la.. aku bukan kawan sejati ko. ko cari bila perlu je.. Ape jenis kawan mcm tue?? Oh sori, kenapa perlu anggap kawan bila mana ko hanye ex kepada ex aku ooohhh please... so not kawan.~

Aku memang marah dan serius.. Ko hanya cari aku bila ko nak nombor die sedangkan pesial la ko nombor die ko padam selalu.. huh~

#aku malas dah nak kate ape2 dgn ko.. Kalau mcm tue gayanya ko minta dari aku.. ~ Panas hati

Friday 16 November 2012

14 tips miliki mental yang baik

1. Luahkan /kongsi masaalah dengan orang lain

2. Luaskan pergaulan

3. Bertemu semula dengan kawan-kawan lama

4. Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan dan kelab 

5. Membaca.Penuhi waktu sebaik-baiknya

6. Berkongsi hobi atau kegemeran dengan keluarga, sanak saudara,jiran dan kawan

7. Jaga kesihatan diri

8. Bersenam selalu

9. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang banyak

10. Lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.Eratkan ikatan kekeluargaan

11. Bersiar-siar, menonton wayang,makan di luar

12. pastikan diri sentiasa ceria/gembira

13. Berbincang mengenai permasalahan keluarga/isu-isu semasa

14. Bersikap realistik tentang perubahan di dalam pelbagai aspek

EMAK AKU INGIN NIKAH

Assalamualaikum semua. Entri kali ni aku kongsikan cerita teman faceboom aku iaitu Damar Penyuluh Kegelapan Hati . Die ni rajin kongsikan puisi2 yang berkait rapat dengan dakwah. Die rajin tag aku dan aku sangat2 menikmati membaca puitis2 nye. Dan hari ni aku baca puitis die paling terbaik. Ni kira mcm sketsa skit kot.. or dialog.. ~ Sangat2 memberi pengajaran buat kita semua.. Jom baca dan hayati dialog ini ^_^

♥ EMAK AKU INGIN NIKAH ♥


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

•♥°˜ .♥*☀ ♥♥

Suatu hari di sore yang indah datanglah seorang pemuda mendekati ibunya ,,akhirnya anak dan ibu ini berbual dan bercerita ,setelah sang anak merasa sudah waktu yang sesuai dia meminta izin ibunya akhirnya dia pun berkata :

Anak : mak aku ingin nikah dengan cewek itu

Emak : apa ? kamu mahu nikah dengan cewek ,,emak gak ngijinkan ,emak ingin kamu nikah dengan perempuan enggak dengan cewek .

Anak : (bengong dengan jawaban emaknya ) Emangnya apa beda cewek sama perempuan ?

Emak : Jelas beda anakku ,,kalau cewek itu yang selalu gentayangan dan keluyuran,kalau perempuan itu yang terjaga .

Anak : Tapi dia cantik mak ,,aku ingin nikah dengan cewek itu .

Emak : Cantik ,kamu kata ,,Sekarang lihat wajah emak ,emak dulu juga cantik ,putih mulus ,tapi lihat sekarang dah kempong peot kulit pun sudah keriputan,rambut juga putih .Kalau kamu suka sebab cantik kamu akan sengsara.

Anak : Dia suka aku emak ,,katanya aku ini pendiam .

Emak : Ya ,Justru emak yang tak suka pendiamnya kamu ,,sampai kedua tangan mu pun kamu diamkan ,tak mahu kerja asyik melayan sifat malasmu .kamu pikir nikah hanya modal suka sama suka ,,
Tidak anakku : Biarpun kamu hidup sesederhana apa pun masih tetap membutuhkan uang .Buang sifat malas kamu itu .

Anak : Tapi dia kata cinta aku bukan karena harta mak ?

Emak : Kamu itu masih mentah ,Bukankah lidah itu tak bertulang ,Justru ini yang emak tak suka kalau dia pandai bersilat lidah ,itu semua hanya pemanis mulut kata rayuan untuk menambat cinta .
emak tak suka perempuan yang terlalu berlebihan dalam bertutur kata .

Anak : Pokoknya aku mahu nikah sama dia mak .Dia punyai wajah cantik menawan .

Emak : Emak kata tidak tetap tidak ,Perlu kamu ketahui anakku .

Perempuan itu di ibaratkan rembulan juga matahari .
Perempuan akan jadi rembulan yang teduh di pandang menyejukkan pandangan bagi orang tuanya juga suaminya.

Perempuan harus jadi matahari saat orang lain yang bukan muhrim memandangnya.ia harus membuat orang lain silau dan segan .
Jadi perempuan yang baik bisa menempatkan dirinya sama ada dia harus jadi matahari apa rembulan .
Dengan menutup aurat dan perilaku yang baik orang akan segan padanya .

Anak : Jadi aku harus nunggu emak nyarikan ,,sampai kapan mak ?

Emak : Ya ,emak akan nyarikan kamu perempuan yang bisu ,tuli ,buta .

Anak : Apa mak bilang ,,apa saya tak salah dengar ? ( sambil bengong seribu derajat memandang emaknya )

Emak : Sabar anakku ,Itu hanya gambaran saja anakku ,yang emak maksud buta itu yang tidak pernah melihat yang haram,Tuli itu tidak pernah mendengar yang haram ,bisu maksudnya yang mulutnya senantiasa di jaga dari perkara yang haram contohnya ghibah ,mengumpat dan lain lain anakku .

Anak : oOOoo ,,itu yang emak maksudkan ,,emak aku ini pandai juga rupanya .

Emak : Emak sudah banyak makan garam kehidupan anakku ,,emak memandang bukan hanya pandangan lahir ,,mak akan menggunakan hati emak untuk memandang.
Yang sabar aja ya anakku : Ingatlah semua akan indah pada waktunya .

Anak : Tapi sampai kapan harus bersabar mak ?

Emak : Sampai kamu di pertemukan dengan jodohmu .emak akan berusaha mencarikan untukmu yang Mempunyai kecantikan sejati .
Ketahuilah anakku kecantikan sejati seorang perempuan bukan terletak pada paras rupanya yang cantik ataupun dari kulitnya yang putih mulus akan tetapi kecantikan sejati seorang perempuan terletak pada hati dan jiwanya .

Yang menjadikan malu karena ALLAH sebagai perona pipinya .
Yang menjadikan dzikir sebagai lipstiknya
Kaca matanya adalah pandangan yang terhindar dari maksiat
Yang menjadikan pendengaran yang baik sebagai anting antingnya
Yang menjadikan kesucian sebagai kalung perhiasanya
Yang seluruh tubuhnya di balut oleh hijab sebagai perisai kehormatanya.

Anak : Wah ,,banyak pelajaran yang saya dapat dari emak malam ini ,,terima kasih mak .
Aku akan berusaha dan bersabar mak .

Emak : Dah kewajiban sebagai orang tua anakku ,,memberi didikan dan pelajaran yang berguna untuk anaknya .

Anak : Sabar ,,sabar ,,sabar ,,!!!!
Semua akan indah pada waktunya

Semoga sedikit cerita ini bisa di ambil manfaatnya ,,aamiin

Salam ukhuwah sen^__^yum selalu






Tweetlimits plak

assalamualaikum.
Aku ni tak pernah kena tweetlimits. Sekali kena. Pergh memang aku rasa>>> "oh aku memang xpernah kena tweetlimits..~ deemm"..

Hehe..Ini semua gara-gara penggunaan Ask.fm yang sangat melekakan aku untuk menjawab soala2n yang die sediakan. Memang aku tengah boring dan aku memang tengah rindu orang tanya aku soalan. So bila wujudnye website tue, aku lepaskan kerinduan di situ je la.

Siang tadi aku main badminton. Baru je 2 hari aku main tapi terasa lenguh2 satu badan. Mungkin punca aku dah lama xbersenam mungkin. Huhu.. Tapi aku sangat2 teruja nak main badminton sebab tue sukan kegemaran aku. Aku memang addicted dengan badminton. Aku pernah main sampai bulu tangkis tue sampai 2 hancur bulunya sekali main. Hehhe.. takde la hebat mana pi nampak la aku bersemangat en. Tue semua dulu punya cerita meh heheh

Ok la tue je aku nak share.. Do take care ok readers <3

Thursday 15 November 2012

Harapan

Assalamualaikum.

Isu pasal Gaza teruk kan? Memang dari dulu lagi Yahudi dengki dengan orang Islam. Mereka mempercayai Allah sebenarnya tapi tak tahu kenapa mereka masih nak tentang Allah. Mungkin mereka menganggap mereka boleh mengangkat langit kot. Macam mana pon tetap tidak berhenti mohon bantuan daripada Allah supaya menurunkan bantuan kepada rakyat Palestin dan di mana jua negara Islam dihentam musuh Allah.

Sudah ternyata kekuasaan Allah. Sudah ternyata bencana2 yang telah diturunkan Al-quran. Apa sahaja yang dipesan Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W juga telah terjadi kini tapi mengapa masih ramai tidak mahu taat kepada Allah. Mungkin hidayah itu tidak sampai kepada mereka kerana masing2 mata hatinya tidak la secerah orang yang sedar akan kekuasaan Allah.

Sebagai umat Islam aku hanya mendoakan lagi ramai lagi umat Islam supaya bersatu padu untuk menunjukkan kecintaan terhadap Allah. Juga mahu sama2 memberi bantuan dan memberi tunjuk ajar yang baik tentang Islam..

Sesungguhnya bertuahlah mereka2 yang berpeluang untuk mempelajari mengenai Islam dengan lebih mendalam dan diharapnya mereka tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan orang lain. Teringin sangat nak belajar pasal agama dengan lebih mendalam dan insyallah aku akan cuba melibatkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat di sini. Kembalikan diri kepada asas agama. Jika kita pandai dengan asas agama, maka perkara seterusnya akan menjadi lebih mudah, Seperti mempelajari subjek matematik la. Step kira2 die kekadang sampai 4 cara pi kalau yang asas kita tak tahu, satu step pon kita tak boleh buat sebab kita tak tahu akar umbinya kan..

Kita mahu menghayati islam tapi kita kenalah mula hayati dan kenali sejarah bangunnya Islam itu sendiri. Islam itu cara hidup dan sentiasa diaplikasikan dalam hidup kita. Bukan agama semata2 tapi penerapan dalam hidup kita dan memberi kita sinar kebahagiaan bukan sahaja di dunia tapi di akhirat sana. Sentiasa mengingatkan diri bahawasanya dunia ini hanyalah persinggahan atau pelabuhan diri kita sebelum kita sampai ke destinasi. Dalam mengharungi ranjau kehidupan, pastinya banyak ujian yang bakal kita hadapi. Dan aku harap sangat ujian2 yg Allah turunkan buat ku, mudah aku harungi dan tabah dalam menghadapinya kerana proses nak menghadapinya itu kekadang menyebabkan diri ini wujud perasaan putus asa. Semoga hati ini semakin tabah dan aku sentiasa bersyukur dilahirkan sebagai umat Islam. ^_^

Kenali hati anda.


Assalamualaikum. Aku mahu kongsikan cerita pasal hati. Penerangan hati ni perlu diketahui kerana kita tidak hati kita menjadi kotor hitam dan busuk kerana dosa yang telah banyak kita dah lakukan. Mari sama2 kita bersihkan hati kita dan kembalikan diri ke jalan yang benar.. :) Artikel ni aku perolehi dari blog ini ye : http://nurmujahiddahsolehah.blogspot.com/2012/11/sebab-sebab-hati-terhijab.html .. banyak isi cerita yang bermanfaat buat kita semua ^_^



Bila hati sudah buta, atau sudah dikunci mati oleh Allah SWT, maka hati tidak dapat lagi mengenal Allah. Begitulah hati orang-orang kafir dan munafik yang menyebabkan mereka menolak kebenaran. 

Firman Allah yg bermaksud: Mereka itulah orang-orang yang hatinya, pendengarannya dan penglihatannya telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai. (An-Nahl: 108)

Dari Umar Al Khattab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Cap penutup hati tergantung di kaki arasy. Bila seseorang melanggar larangan Allah (menghalalkan yang diharamkan oleh Allah) maka Allah akan menutup hati mereka dengan cap penutup hati tersebut." 

Namun bukan hanya hati orang kafir dan munafik saja yang sudah buta, kita sebagai umat Islam pun masih banyak yang hatinya buta. Buktinya adalah kita masih sering membuat dosa (kecil atau besar). Orang yang masih membuat dosa adalah orang yang tidak takut pada Allah. Orang yang tidak takut pada Allah adalah orang yang tidak kenal siapa Allah. Jika tidak kenal Allah menandakan bahwa hati telah buta
.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: "Sesungguhnya seorang mukmin apabila ia melakukan dosa maka terjadilah satu bintik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat dan berusaha membuangnya (bintik hitam tersebut) maka akan selamatlah hatinya. Kalau dosanya bertambah maka hatinya akan semakin terkunci."

Kalau mata kita buta, maka kita tidak dapat melihat, tidak dapat mengenal bahkan tidak dapat berjalan lagi. Begitulah kalau hati kita buta, kita tidak dapat mengenal Allah dan tidak dapat menempuh jalan syariatNya lagi. Kita tidak takut, tidak redha, tidak tawakal, tidak yakin, tidak berharap kepada Allah, tidak cinta, tidak yakin dengan janji2-Nya yaitu Syurga, Neraka, Hari Hisab, siksa kubur, dan lain-lain lagi. Bila perasaan tersebut sudah tidak ada di hati kita maka datanglah penyakit hati. 

Firman Allah yg bermaksud: “Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allahpenyakitnya dan bagi mereka siksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.”
 (Al Baqarah : 10)

Penyakit hati yang Allah maksudkan itu diantaranya ialah iri dengki, dendam, buruk sangka, serakah, cinta dunia, bakhil, pemarah, penakut, riya', ujub dan sombong.

Apakah yang menyebabkan hati-hati kita terhijab?

a.     Memakan makanan haram dan makanan syubhat, sama ada sedar atau tidak
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Hati itu dibina dengan apa yang dimakan."
 
Hati kita adalah segumpal darah yang mengandung sel-sel darah merah dan zat-zat besi. Sel dan zat-zat itu berasal dari makanan yang kita makan. Kalau makanan kita bersih (halal mengikut syariat Islam) maka sel dan zat itu juga bersih sehingga hati kita juga akan bersih. Sebaliknya kalau makanan yang kita makan itu kotor (haram dan syubhat) baik benda itu haram atau uang yang digunakan untuk membelinya haram, maka sel dan zat-zat besi, atau zat-zat yang membina hati kita itu kotor, busuk dan gelap.

Hati seperti wadah yang terbuka. Hati yang kotor tidak akan menerima taufik dari Allah sebab Allah tidak akan memberi taufik dan hidayah kepada hati yang kotor. Sama halnya kita tidak akan memasukkan makanan ke dalam piring yang kotor. Apalagi taufik dan hidayah dari Allah itu sangat tinggi harganya.
Bila hati tidak bisa melihat kebenaran maka tidak akan terasa kebesaran, kehebatan, kasih sayang dan didikan dari Allah, tidak terasa anugerah, penjagaan, pengawasan dan pembelaan Allah. Kalau hati tidak mendapat hidayah dan taufik lagi maka kita akan menjadi orang yang sesat dan selalu terlibat melakukan maksiat dan mungkar.

Bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
Dalam diri anak Adam itu ada segumpal daging. Bila baik daging itu baiklah seluruh anggota dan seluruh jasad. Bila jahat dan busuk daging itu jahatlah seluruh jasad. Ketahuilah, itulah hati.” (Riwayat Al Bukhari & Muslim)

Firman Allah yg bermkasud: “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya.” (Al Maidah : 88)

Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan sedar bahawa benda yang kita makan itu haram maka kita akan berdosa dan hati kita akan gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubhat itu kita makan, tanpa diketahui bahawa benda itu haram dan syubhat maka kita tidak berdosa tetapi hati kita yang dibina dari makanan itu tetap akan gelap.

Atas dasar itulah Sayidina Abu Bakar As Siddiq mengorek kembali makanan yang telah ditelannya hingga muntah, setelah dia mengetahui bahawa makanan itu sumbernya adalah syubhat. Amirul Mukminin itu merasa cukup takut bila makanan itu akan membutakan hatinya. Setelah mengorek makanan itu, dengan rasa bimbang bila saja ada sisa-sisa makanan tersebut yang masih ada dalam perutnya, maka beliau pun berdoa, "Ya Allah, jangan Engkau bertindak kepadaku akan apa yang telah jadi darah dagingku"

Begitulah Sayidina Abu Bakar menjaga hatinya. Sebab itu hatinya menjadi bersih. Jadi, tidak hairanlah kalau keyakinan beliau cukup kuat dengan Allah.
Rasulullah SAW pun memuji beliau dengan sabda baginda: “Kalau dibandingkan iman Abu Bakar dengan iman seluruh manusia kecuali Nabi dan Rasul niscaya imannya masih lebih baik.”

Mari kita mengubati hati kita dengan menghindar dari makanan yang haram. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari makanan yang haram di antaranya ialah :
1.        Jangan memakan makanan yang zatnya jelas haram seperti arak atau makanan yang dicampur arak atau daging yang tidak disembelih.
2.        Jangan memakan makanan yang bernajis baik sifatnya najis (kerana dibuat dari bahan yang tidak halal) atau kerana cara mencucinya tidak betul atau tidak menurut syariat, sehingga tetap najis (tetap tidak halal).
3.        Jangan memakan daging yang disembelih secara tidak halal dan membersihkannya tidak menurut syariat.
4.        Jangan memakan makanan yang dibeli dengan wang yang haram (sekalipun makanan itu halal). Wang yang haram contohnya  rasuah, riba, duit hasil curian dan penipuan. 

Makanan syubhat ialah makanan yang kita ragukan halal atau haram dan wang syubhat ialah wang yang sumbernya kita ragukan halal atau haram. Makanan dan wang yang syubhat itu wajib dielakkan supaya kita berpeluang memperoleh kejernihan batin untuk mengenal Allah dengan pengenalan yg sebenarnya. 

Sekarang ini banyak makanan di restoran yang menyalahgunakan perkataan 'HALAL' dan 'ISLAM' sebagai tanda perniagaan mereka. Kita harus berhati-hati juga sebab musuh Islam telah menyalahgunakan kata-kata 'HALAL' dan 'ISLAM' itu untuk keuntungan perut dan kantong mereka saja. Mereka sama sekali tidak takut pada Allah.
Makan makanan yang halal tetapi berlebihan juga menjadi satu faktor penentu kepada corak hati kita.

Rasulullullah SAW bersabda yg bermkasud: “Wadah yang paling dibenci oleh Allah adalah perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Sabda Rasulullah SAW : “ Allah benci kepada perut yang penuh dengan makanan sebab perut yang penuh itu akan melemahkan kegiatan hati sehingga tidak kuat untuk memandang pada alam gaib.”

Bila hati lemah maka manusia menjadi lalai dan malas. Malas beribadah dan mudah terjebak dalam maksiat. Atas dasar itulah para salafussoleh mengurangi pola makan mereka.
Rasulullah SAW selalu melatih perutnya untuk berada dalam keadaan lapar. Baginda pernah meletakkan batu di perut dan kemudian mengikat perutnya dengan kain agar tidak terasa kekosongan perut yang memang kosong. Baginda jarang berada dalam keadaan kenyang. Jika satu hari kenyang, maka tiga hari lapar. Baginda selalu berpuasa satu hari, kemudian satu hari lagi berbuka.
Mari kita ubati hati kita dengan cara mengurangi makan. Langkah-langkah yang mesti diambil untuk mengurangi makan di antaranya ialah :
  1. Hidangan makanan kita janganlah lebih dari dua jenis lauk. Itulah amalan Sayidina Umar. Beliau tidak makan dengan lebih dari dua jenis lauk. Sebab bila jenis lauk sudah bermacam-macam nafsu kita bertambah besar untuk merasakan semua jenis lauk.
  2. Makanan itu sebaiknya sederhana, jangan terlalu enak. Sebab kalau terlalu enak, kita tidak mampu mengawal nafsu untuk makan berlebihan.
  3. Jangan menyimpan berbagai kelebihan makanan dalam rumah, sebab bila makanan tersedia maka kita sentiasa berfikir untuk makan. Sebaliknya kalau tidak ada simpanan makanan, nafsu tidak akan mengajak kita berfikir untuk makan.
  4. Perbanyakkan puasa sunat seperti di hari Isnin dan Khamis atau paling kurang tiga hari dalam sebulan.
b. Pandangan dan Pendengaran yang Haram 

"Dari mata turun ke hati." Ertinya hasil dari pandangan (termasuk pendengaran) bukan sekadar terasa di mata dan telinga tetapi akan bersambung dan berkesan di hati. Kalau apa yang kita pandang dan dengar itu baik, maka hati kita akan menerima kebaikannya. Sebaliknya kalau yang kita pandang dan dengar itu maksiat dan mungkar (haram), maka hati kita akan berisi kejahatan dan kemungkaran itu. 

Hati yang sentiasa menerima pandangan dan pendengaran yang mungkar akan menjadi hati yang gelap dan pekat, buta dari melihat keagungan Allah. Hati itu tidak lagi merasa takut pada Allah, bahkan cinta dan rindu pada Allah SWT akan hilang.
Kalau setiap hari hati kita terisi dengan zikrullah, bacaan Al Quran, puasa, shalat sunat, membaca kitab dan mendengar pengajian agama, hati kita akan lembut, terasa indah dalam beribadah kepada Allah, rindu kepada kebaikan, benci dan takut kepada dosa.

Tetapi kalau setiap hari hati kita diisi dengan program TV, berkata-kata kosong, mengumpat dan mencaci, membaca majalah hiburan yang penuh maksiat, mendengar lagu-lagu lagha, maka kita akan menjadi malas beribadah, memandang kecil tentang cara hidup sunnah, tidak ada rasa takut dengan Allah, tidak membesarkan Allah apalagi untuk rindu pada-Nya, tidak suka pada ulama2 agama dan lupa pada Akhirat. Hati kita menjadi cinta kepada dunia dengan segala hiburannya. Hati selalu ingin lepas, bebas tanpa disekat oleh hukum Islam, malas berjuang dan berangan-angan, serta ingin hidup lebih lama lagi. Itulah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa tindakan lahir, pendengaran dan penglihatan yang haram akan membuat hati kita buta kepada kebenaran. 

Allah berfirman yg bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercantum (benih) yang akan Kami mengujinya (dengan perintah dan larangan) karena itu Kami menjadikan dia mendengar dan melihat.”                   
 (Al Insaan : 2) 

Tujuan Allah memberi kita mata dan telinga adalah untuk mencari dan mengenal pencipta kita iaitu Allah SWT. Selain itu supaya kita sedar untuk berbakti dan menuruti segala perintah-Nya. Firman-Nya lagi: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.” (Adz Dzaariyat : 56)

Mari kita ubati hati kita dengan menjaga pandangan dan pendengaran hanya kepada yang dapat mengingatkan kita kepada Allah, merasa takut pada-Nya dan untuk berbakti pada-Nya.

1.  Banyakkan membaca Al Quran dan terjemahannya, hadist dan kitab-kitab serta buku-buku agama termasuk majalah dan risalah yang berunsur dakwah. Dalam waktu yang sama, elakkan dari membaca buku-buku komik, maja2lah hiburan dan berita-berita yang jauh dari kebenaran.
2.    Selalu mengunjungi masjid, tempat pengajian agama, majlis ilmu dan mengelak dari tempat-tempat maksiat, acara-acara yang liar (pergaulan bebas) dan keluar rumah tanpa tujuan, sebab di luar banyak pandangan dan pendengaran yang membawa kepada maksiat. Juga kita mengelak dari bergaul dengan kawan yang mengajak kita kepada maksiat.
3.  Mendatangi orang-orang soleh, sebab dengan melihat mereka, dapat memberi Kekuatan.
4.     Ingat mati, kerana selalu mengingati mati akan melembutkan hati.
5.    Elakkan dari menonton program TV yang tidak berfaedah. Sekali kita biarkan mata dan telinga kita memandang dan mendengar perkara yang dibenci oleh Allah, maka selama itu kita biarkan nafsu menjadi raja di hati kita sehingga kita lalai dan tidak takut kepada penglihatan dan pengawasan Allah. Lebih baik kita tidur daripada menonton TV sampai larut malam. Hasilnya kita dapat bangun dengan segar untuk menyembah Allah dan mendekatkan hati pada-Nya. Kalau hati kita merasa sama saja antara melihat maksiat atau tidak, itu tandanya hati kita sudah rosak dan jauh dari Allah.

  
Itulah di antaranya langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga hati dari terhijab. Perlu diingat bahawa langkah-langkah itu mesti diperjuangkan sungguh-sungguh dan terus menerus.

Antara Tanda Penyakit Hati dalam Diri Manusia

  1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan. Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan "sengaja' tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa. Jika buat sekalipun tidak khusyuk dan ada kesungguhan. Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah at-Taubah ayat 54). 
  2. Tidak tersentuh ayat Al-Quran. Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya. Sedangkan Allah memperingatkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancaman-Ku." (Surah Qaaf ayat 45).
  3. Tidak tersentuh dengan perkara yang terjadi. Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud: "Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan".
  4. Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat . Semangat dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia . 
  5. Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat. Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat. 
  6. Kemaksiatan yang berterusan. Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya. 
  7. Meremehkan dosa kecil. Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara yang kita perlu faham, dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis hujan. 
  8. Tidak peduli sumber makanan. Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dikira sedap dan enak. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting sedap dan enak. Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya.

Langkah mendekatkan diri kepada Allah


Assalamualaikum. Terbaca mengenai bagaimana mahu kita mendekatkan diri dengan Allah. Aku mahu share ini. Moga perkongsian ini menambah lagi pahala buat si penulis dan merahmati kita semua yang membaca. Sudah pon dinyatakan di dalam Al-quran dan dihuraikan lagi maksudnya. Jadi moga kita sama2 memulakan langkah mengingati Allah sebelum terlambat. 



1. Solat wajib tepat waktu
Selalu berdoa dan berzikir kepada Allah. Dengan solat , berdoa dan berzikir kepada Allah, insya Allah hati menjadi tenang, damai dan semakin dekat denganNya.

"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".(QS. ar-Raad 13: 28)

2. Solat Tahajjud
Dengan solat tahajjud insya Allah cenderung mendapatkan perasaan tenang. Hal ini dimungkinkan karena di tengah kesunyian malam didapatkan kondisi keheningan dan ketenangan suasana,yang tentu saja semua itu hanya dapat terjadi atas izin-Nya. Pada malam hari, diri ini tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyu' saat menghadap kepada-Nya.

"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (QS. 17:79)

3. Mengingat kematian yang dapat datang setiap saat
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (QS Ali Imran: 185).

4. Membayangkan tidur di dalam kubur.
Membayangkan tidur dalam kuburan yang sempit , gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.

5. Membayangkan kedahsyatan seksa neraka.
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi larangan-Nya dan tidak mengikuti perintah-Nya. Ya Allah jauhkanlah kami dari siksa neraka-Mu, karena kami sangat takut akan seksa neraka-Mu.Ya Allah bimbinglah kami agar dapat memanfaatkan sisa hidup kami untuk selalu dijalan-Mu.……

“Bagi mereka lapisan-lapisan dari api di atas mereka dan di bawah mereka pun lapisan-lapisan (dari api). Demikianlah Allah Subhanahu wata’ala mempertakuti hamba-hamba-Nya dengan azab itu. Maka bertakwalah kepada-Ku hai hamba-hamba-Ku.” (QS. Az Zumar: 16)

6. Membayangkan syurga-Nya.
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu. Semoga kita dapat selalu mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan Insya Allah diizinkan untuk meraih Syurga-Nya. Amin….. 

" Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar"
(QS.At-Taubah:72)

7. Mengikuti tausyiah atau mengikuti pengajian secara rutin seminggu satu kali (minimal), dua kali atau lebih. Insya Allah... dengan mendengar tausyiah atau mengikuti pengajian, akan meningkatkan keimanan karena selalu diingatkan kembali utk selalu dekat kpd Allah SWT. Perlu dicatat kerana iman boleh turun atau naik, maka harus dijaga agar iman tetap stabil pada keadaan tinggi/ kuat dengan mengikuti tausyiah, pengajian dsb.

7a. Bergaul dengan orang-orang soleh.
Seperti sudah dijelaskan di atas bahawa tingkat keimanan kita bisa turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Berada disekeliling orang-orang yg dekat dengan Allah SWT, Insya Allah juga akan membawa kita untuk semakin dekat kepada-Nya.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar(jujur)." 
(QS. At Taubah: 119)

8. Membaca Al Qur'an dan maknanya (maksudnya dari setiap ayat yang dibaca), Insya Allah dengan membaca Al Qur'an dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat dengan-Nya.

"Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka Itulah orang-orang yang beruntung". (QS. Al-A'raf: 157)

9. Menambah pengetahuan keislaman dengan berbagai cara, antara lain dengan : membaca buku, membaca di internet (tentang pengetahuan Islam, artikel Islam, tausyiah dsb), melihat video Islami yang dapat meningkatkan keimanan kita.

10. Merasakan kebesaran Allah SWT, atas semua ciptaan-Nya seperti Alam Semesta beserta semua isinya.

11. Merenung atas semua kejadian alam yang terjadi di sekeliling kita(Kisah tsunami, gunung berapi meletus, gempa bumi dsb). Dimana semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat kepada-Nya/ mengikuti perintah-Nya. Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang oleh-Nya. Na'uzubillaminzalik..

“Ya Allah kami mohon bimbingan-Mu agar kami dapat selalu muhasabah atas semua kesalahan yang kami perbuat, meninggalkan larangan-Mu dan kembali ke jalan-Mu ya Allah.”

12. Mensyukuri nikmat yang sudah diberikan oleh Allah SWT 
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah. Begitu banyak nikmat yang diberikan oleh-Nya. Saat ini kita masih dapat bernafas, makan, minum, masih mempunyai keluarga, masih mempunyai apa yang kita miliki saat ini,masih mempunyai panca indera mata, hidung, telinga dan...masih boleh bernafas (masih diberi kesempatan hidup). Masih wajarkah kita tidak bersyukur dan tidak berterimakasih pada-Nya. 

“ Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan. “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Dan Musa berkata: “Jika kamu dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya mengingkari (nikmat Allah) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”. (QS: Ibrahim:7-8)

Sama2 bermuhasabah diri....  
Saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran

Sumber : http://nurmujahiddahsolehah.blogspot.com/2012/05/beberapa-cara-mendekatkan-diri-kpd.html

Manfaatkan kemudahan sebaiknya ^_^


Assalamualaikum. Artikel yg aku baca kali memberi mesej yg sangat berharga. Kita semua sebenarnye dah sedar. Cuma aplikasi dalam diri tue masih belum 100% dalam kawalan kerana nafsu dan godaan syaitan. Aku juga tak lari utk tidak berhenti melayari laman maya ini namun aku cuba mengubah sedikit demi sedikit. Aku mahu cuba menggunakan manfaat laman maya ini ke arah yg lebih baik. Mengurangkan update dan melebihkan membaca. Memahami fakta dan auta dan cuba membezakan antara dua benda tersebut. Aku harap perkongsian artikel ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Ada pro dan kontranya tapi ambillah ke arah yang lebih positif ok. ^_^  berterima kasih sangat kepada penulis kerana memberi peringatan sebegini dan tidak lupa kepada orang2 tua ku yang kerap menasihatkan aku tentang manfaat penggunaan alam maya ini. Gunakanlah untuk ke arah positif bukan ke arah yang lebih melalaikan insyallah ^_^

Kemudahan Yang Menyusahkan


Facebook, Blog, Handphone 3g, dan seumpamanya adalah bentuk-bentuk kemudahan yang dihasilkan oleh manusia untuk mengindahkan dan memudahkan lagi kehidupan seharian kita di abad ini. Banyak perkara menjadi pantas dan segera dengan adanya pelbagai gadjet yang ada di pasaran.
Walaupun kedudukan seorang berada di selatan, beribu batu jaraknya dan seorang laginya berada di utara, dengan kecanggihan yang ada kedua-duanya dapat berhubung dengan mudah tanpa perlu bersusah payah menempah tiket untuk sebuah pertemuan. Murah dan cepat! 
Alhamdulillah, pada mereka yang memilihnya sebagai ruang berdakwah kepada manusia lain, meluaskan hubungan dan jaringan (network), merapatkan ukhwah yang jauh dan berkasih sayang sesama manusia. Namun , adalah amat mengecewakan apabila kecanggihan teknologi ini lebih menjadikan penggunanya banyak membuang masa, chatting yang tiada hadnya dengan isi perbincangan yang lebih ke arah 'merapuh' dan sia-sia. Hanya 'borak kosong' sebagai kesimpulan dan point ceritanya. Hal ini, sebenarnya  meragut nilai-nilai murni dan kesedaran sivik pengguna yang mejotirinya banyak berlaku di kalangan anak-anak muda. 
Di sebalik kebaikan padanya juga ada keburukan. Semuanya terletak pada diri pengguna itu sendiri sejauh mana ianya digunakan. Teknologi ini adakalanya membunuh fitrah manusia, kerana semakin ianya mudah untuk menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain, maka semakin besarlah cabaran yang tersedia. 
Dengan kemudahan komunikasi yang semakin meluas, ianya juga seakan memberi ruang kepada 'syaitan' untuk menyelinap di hati, membakar-bakar emosi dan nafsu yang pada mereka yang suka mencuba. Daripada cubaan 'berkenal-kenalan' sehinggalah cubaan ke fasa yang lebih menyeronokkan. Pada mulanya 'bersendirian' dan apabila adanya 'pertemuan' demi 'pertemuan', maka tidak mustahil akan ada pula adengan yang mungkin sahaja lebih 'berani' dilakukan.
Lihat dialog pelajar perempuan yang membungakan hawa nafsu kepada pasangannya tatkala usia belum mencecah 12 tahun.
" I sayang Bb"
" Rindu sangat Mmmmmmuah".
" I lap U & miss u So Much"
Bagi yang mempunyai laman sosial facebook, dialog dialog ini tidak berhenti di sini. Dihiasi dengan pameran kemesraan yang diterjemahkan dalam gambar intim berdua sebagai tanda kesaksian percintaan mereka untuk dikongsi bersama dengan kenalan-kenalan facebook yang ada. Laman sosial yang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara yang baik dan perkongsian ilmu lebih digunakan sebagai 'mewarwarkan' kemesraan dan keintiman bagi pasangan belum ada apa-apa ikatan menghalalkannya.
Selain itu, ada juga yang menjadi model-model yang tidak dibayar oleh mana-mana syarikatmodeling . Menjadi model pada photographer tidak bertauliah dengan memberikan aksi-aksi istimewa untuk paparan umum. Pelbagai gaya manja, cantik, senyuman menggoda dari pelbagai sudut di paparkan tanpa batasan di uploadkan tanpa sekelumit perasaan sedangkan ianya hanyalah merugikan diri sendiri dan menjadi asbab bertambahnya dosa dan noda mazmumah dalam diri. Rasanya kalau ditonton pada keluarga mesti ada yang mengucap panjang.
Umumnya,  aurat itu di dalam bahasa arab membawa maksud  'aib' atau 'malu' iaitu lebih merujuk kepasa sesuatu yang memalukan. Sesuatu yang 'aib' fitrahnya melibatkan perkara-perkara yang membawa maksud kepada 'kekurangan', 'kelemahan' dan sesuatu perkara yang boleh 'memalukan' seseorang.
Maka, memperlihatkan 'aurat' di kalayak ramai walaupun secara maya samalah seolah-olah dengan rela hati memperlihatkan ' kelemahan' dan 'kekurangan' diri sendiri yang mana ianya boleh memalukan diri sendiri. Walaupun, adakalanya dengan sepuluh orang yang memuji/ likegaya gedik mereka, membuatkan mereka terasa di awang-awangan, namun tanpa mereka sedari seribu orang malah lebih pula yang merasa geli dan jijik dengan tingkah mereka. 
Semua ini tidak mungkin terjadi jika iman mendahului emosi. Ya, tanpa pengawasan ibu bapa juga , kalian sewenang-wenangnya menekan keyboard tanpa berfikir akan membawa imej keluarga dan agama bersama. Namun segala-galanya bermula dari hati sendiri. Hati yang bersih akan menterjemahkan perilaku yang bersih. Demikianlah dinding-dinding facebook yang ada sebagai 'petunjuk' kepada diri seseorang itu. Andai imannya mendahului emosi, sudah pastilah dinding-dinding (wall) itu dipenuhi dengan perkongsian yang bermanfaat.
Rasulullah SAW bersabda;
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain "
(Hadis Riwayat Ahmad,Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)
Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan kemudahan yang ada. Manfaatkanlah kebaikan di ruang maya supaya dapat memberikan kebaikan berterusan pada diri kita dan kepada orang yang membacanya. Hiasilah akhlak  dengan perasaan malu untuk memelihara tingkah laku mahupun aurat kerana hanya orang tertentu sahaja layak melihatnya.
Firman Allah yang berbunyi;
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka..."
(Surah an-Nur ayat 31)
Ayuh! Sama-sama kita manfaatkan kemudahan ke arah yang lebih baik demi maruah agama dan keluarga, ke arah menjadi mukmin yang berjaya! Ketika azan berkumandang, tinggalkanlah dahulu 'kemudahan-kemudahan' dunia yang mengasyikkan kerana ianya hanyalah bersifat sementara.
Jangan hanya kemudahan itu dapat memberikan kemudahan untuk kita di dunia sahaja, tetapi 'menyusahkan' diri kita apabila berada di alam yang lebih abadi nanti asbab diri kita sendiri yang 'kurang bijak' menggunakannya. 
"Telah nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu' mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka menghindarkannya"
(Surah al-Mukminun ayat 1-3)