Tinggalkan jejak anda ye~

Saturday 23 February 2013

Sunyi itu rindu

Assalamualaikum~
Sunyi. Namun itu bukan satu keluhan dan aku cukup berasa bersyukur kerana mempunyai peluang untuk menyendiri. Menyendiri untuk bersama Ilahi. Penulisan sahabat ku dalam blognya banyak menyentuh hati ini. Penulisannya yang menyelitkan pendekatan terhadap Allah dan Rasul. Sifat muhasabah diri yang die kembangkan sangat2 memberi kesan terhadap hati aku~

Ternyata wujud satu perasaan rindu dalam hati ini. Kerinduan dalam melihat rentak baginda meneladani umatnya di muka bumi ini.. Moga apabila sampai saat aku untuk ke sana, aku berpeluang untuk melihat dan bertemu dengan baginda.. Walaupun tidak merasai dan tidak berpeluang untuk bertemu namun sejarah baginda sangat2 membuatkan aku rasa jatuh cinta dan merindukan baginda.. Malah, kesunyian ku ini juga membuatkan aku untuk dekat dengan Ilahi.. Thanx pada sahabat Nur@Nana ku kerana dia antara sahabat yang sentiasa menyelitkan nasihat yg berhikmah..

Moga aku mampu tingkatkan lagi amalan2 ku~ Amin...