Tinggalkan jejak anda ye~

Wednesday 20 February 2013

Tips untuk bloggers~

Assalamualaikum.. Huhu.. tadi aku blogwalking.. Hurm.. Ade blog yg cantik dan kemas.. ade yg serabut dan.. hahaha ok fine stop~!

Ok, kawan2 semua.. Aku sebagai pengguna blog just nak ceritakan beberapa tips yg mungkin korang tertarik nak buat.. Ni blog kedua aku.. Blog pertama agak sangkut. Tak tahu napa.. Dulu aku banyak jugak share artikel islamik dan sebagainya.. Agak aktif di situ sampai dapat ramai kawan blogger tapi sekarang sebab aku dah masuk belajar ke universiti, ehem, agak busy.. Sekarang tak busy sangat sebab aku cuti semester hehe.. Dah nak masuk semester 4 dah.. alhamdulilah semua ok ^_^

Ok, pertama sekali, korang kena tahu ye, blog kita akan dihadiri oleh semua golongan pembaca dari budak kecil sampai ke usia tua.. ( Tua---> Profesional of course).. Jadi, point dia ialah, bahasa kita nak guna dalam menyampaikan mesej korang tu kenalah sedap dan dalam keadaan memelihara bahasa kebangsaan kita. Kalau tak pun pakai bahasa omputih atau bahasa international.. (English/Bahasa Inggeris)..Bukan apa, aku cuba la melayari dunia maya ni dengan rasa tenang sekali bila baca, ....... menjadi kan aku belajar mengeja bahasa baru.. huhu..

Kedua, penyususan widget.. tak kisah nak letak penuh as long korang tahu adjust kedudukan ^_^.. Kalau pandai adjust kedudukan mesti akan nampak lagi kemas.. para bloggers pon akan rasa syok je sampai kat page korang.. Warna dan kulit page korang. Kalau korang pilih warna kulit or template yang striking, hopefully gunakan la warna untuk tulisan yang malap or xberapa striking supaya ade kontra keadaan warna.. kita pon nak elakkan pembaca rasa sakit mata kan..

Ketiga~ huhu IKLAN~! pandai betul manusia sekarang pakai trick.. Haiyoo.. datang komen kat shoutbox aku sekali yang keluar IKLAN? nak cari duit pon elok2 la dear... Sebab sekali page iklan masuk, page loading akan jadi berat. Lagi, juga menyebabkan orang jadi rimas... berbudi bahasa la nak orang klik iklan anda tue.. Bukan orang tak nak klik TAPI, perlu kena pada gayanya ya.. jemput hadir ke page dengan ramah ke? Tak rugilah jadi ramah.. Bukan dapat dosa pon kan..

Keempat.. Hati2 ye nak ubah keadaan blog sebab ianya mampu menyebabkan page korang wujud virus. Aku terkena ya.. tak tahu lagi di mana puncanya.. mungkin sebab banyak isi macam2 perhiasan kot.. Mgkin sebab lain ke.. Tapi mungkin ada sedikit sebab virus mudah masuk ke situ.. So berhati2..

Last.. Tulisan tue kalau boleh jangan guna tulisan yang susah nak baca. Well, as i said before, kita ada pembaca yang mungkin dah berusia.. Huhu.. Mana tahu dia berminat nak jenguk blog kita kan, jadi berilah peluang mereka membaca dengan selesa.. Pakai jenis tulisan yang selesa di baca sayang melainkan tulisan tue besar.. Kalau tulisan besar tue kira boleh pakai lagi tulisan yang vogue tue.. hehe.. As long as pembaca suka.. Sebab kita tulis juga untuk pembaca kan..

Aku beritahu ni sebab korang nak para pembaca datang ke page anda dengan reaksi yang ^_^ kan? Plus, korang nak tambahkan lagi trafik ke pengikut ke.. Aku harap korang titik beratkan apa yang aku dah sampaikan.. Korang adjust setakat keselesaan korang.. Kalau tak tahu nak adjust macam mana, ramai bloggers pro kita ada tunjukkan cara / tutorial dia.. So never give up blogging dan mesra pengguna ok ^_^

Ini antara bloggers yang ada best tutorials. Boleh belajar tutorial dan boleh tahu macam mana mereka naikkan rating huhu :



1) http://www.lyssasecret.com/ ( Lisa Secret )
2) http://wanhazel.blogspot.com/ ( Wan Hazel)
3) http://bicarafarah.blogspot.com/ ( Kak Farah)

Selamat menulis semua.. ^_^ menulislah sesuatu yang memberi manfaat.. ^_^

3 comments:

Unknown said...

kak,de link website x utk template..saye de ksukaran utk dptkn template yg sesuai..huhu

Razil Tahir said...

thanks a lot for the tips... amat membantu...
Thanks!!

Fareto said...

Terima kasih atas perkongsian tips. Banyak membantu bagi blogger baru macam saya :)