Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday 19 March 2013

Bila nikmat Allah ditarik sekejap..

Assalamualaikum..

"Setiap kejadian yg berlaku ade hikmahnye. Kita sebagai hamba Allah perlu sabar."
Aku ckp ayat di atas dlm hati aku setiap kali nak menadah air.. Nak pergi mandi ke surau ataupun ke Fakulti.. Aku nak belajar utk tak menyumpah.. Oh Ya Rabbi... Moga kesabaran dalam diri ni masih teguh berdiri lagi..

Dah 2 hari Kolej Puncak Perdana takde air. Sebab berlaku kejadian ni ialah melalui mesej ayah haji kami iaitu pengetua Kolej kami yg berkata..

"...selepas siasatan dibuat didapati tangki utama d puncak perdana hampir kekeringan kerana tekanan paip utama yg rendah. Pihak SYABAS sdg mengepam air ke tangki tsebut utk menyelesaikan masalah ini. Pengurus asrama juga telah meminta pihak SYABAS mbekalkan air guna lori tangki. Cuaca dgn panas melampau dan had air di kawasan tadahan yg rendah menyumbang lagi kpd masalah tekanan air ini. Harap bersabar dan juga sama2 berdoa agar kemelut air ini segera berlalu pergi...." 

Ok, melalui pesanan tue, aku cuba sabar.. Rumah aku di sini ditingkat 4.. Dan aku serta kengkwan housemate aku mengangkat 3 baldi dan 7 botol air mineral besar utk bekalan rumah kami.. 


Aku fkir positif je.. Berat aku mungkin turun sikit hehehe.. Berpeluh sgt2 tapi aku rasa agak lemah.. Kelas pon aku xpergi sebab aku rtasa aku sangat2 letih. Ada kengkawn aku decide nk balik rumah memasing.. Berkemungkinan masalah ni akan berterusan selama seminggu.. Aku pun mgkin akan balik rumah.. huhu..

Cuaca skrg pon panas kan.. Sabar la ye wahai hati... 

hikmah yg dapat aku belajar di sini, kita sebagai manusia kena belajar erti bersyukur dgn nikmat yg Allah beri. Nikmat Dia tarik skit je.. tapi kepayahan yg kita bakal tanggung tu tak terkata.. Jadi, walau apa pon jadi, sabar dan fikirkan yg terbaik... Semuanya sementara je kan ^_^ ...

Saturday 16 March 2013

Himmah : Rugilah Mereka Yang Tidak Menjaga Masanya


Ketika duduk-duduk dengan beberapa orang sahabat baru ini, kami sempat bersembang-sembang tentang peri pentingnya masa dalam hidup kita.
Ya, bagaimana tidak penting, kehidupan kita ini saja sudah tidak dapat dipisahkan dengan masa. Kehidupan itu sendiri adalah masa. Sebab itu ada ulama’ menyatakan bahawa ‘masa itu adalah kehidupan.’
Siapa yang tidak menjaga masanya dengan baik, maka dia seakan-akan telah mensia-siakan kehidupannya.
Ramai orang ingin melakukan perkara-perkara besar dalam hidupnya, tetapi bila perkara prinsip seperti masa ini saja sudah tidak dijaga, maka ia hanya bermimpi besar sajalah !
Betapa Pentingnya Masa Di Sisi Allah
Kalau masa itu tidak penting, masakan Allah menggambarkannya dalam beberapa surah di dalam Al-Quran?
Allah menggambarkan tentang masa di dalam surah  seperti surah Al-Asr, surah As-Syams, Al-Lail, Al-Fajr, dan Ad-Dhuha. Surah Al-Asr itu saja kata Imam Syafie’ :
“Jika manusia memikirkan tentang kandungan surah Al-Asr, itu sudah memadai bagi mereka.”
Menggambarkan bahawa masa adalah persoalan yang besar dalam kehidupan muslim.
Orang yang sambilewa menjaga masanya adalah orang yang tidak serius terhadap hidupnya.
Orang yang selalu melewat-lewatkan atau tidak menjaga masanya adalah orang yang lalai akan tujuan hidupnya.
Hidup kita adalah untuk berubudiah kepada Allah 24/7.
Sekiranya ada masa-masa dalam hidup kita ini telah kita bazirkan, maka bagaimana mungkin dengan masa yang telah dibazirkan itu menyebabkan kita dapat menjadi hamba Allah yang baik?
Kita telah mengkhianati sebahagian daripada amanah besar sebagai hamba Allah dalam kehidupan bila kita tidak serius menjaga masa.
Kerja Bertangguh, Tidur Banyak, Main Game, Mana Amanah Kita Dengan Masa?
Kalau kita melihat betapa kehidupan ini begitu singkat, maka kita akan berusaha memaksimumkan penggunaan masa di hayat kita ini supaya nanti tidak menjadi orang yang menyesal di depan Allah s.w.t.
Benar, kehidupan ummat ini tersangat singkat. Kalau ummat terdahulu mungkin umurnya sampai ratusan, bahkan mungkin ada yang ribuan, tetapi umur ummat ini hanya puluhan.
Sangat singkat dan pendek masa.
Maka, apa mungkin ada masa untuk kita bazirkan dalam tempoh sesingkat ini?
Ada orang yang saban hari hidupnya mensia-siakan waktunya dengan begitu sahaja.  Menghabiskan masa dengan tidur banyak, main game dan menonton movie semata-mata. Saya tidak kata itu semua adalah salah, tetapi biarlah berpada-pada dan kita boleh mengawalnya.
Ini tidak. Ada yang sibuk menonton movie dan main game sampai tidak sempat menyiapkan kerja-kerja yang utama. Banyak kerjanya yang lebih utama jadi tertangguh. Bila ditanya, akhirnya diberi alasan yang sama iaitu, tak sempat.
Sebenarnya bukan tidak sempat. Tetapi tidak mengatur program hidup dengan baik.

Datang Lewat Mesyuarat Dan Program Penting, Inikah Peribadi Kita?
Satu masalah juga yang menjadi kebiasaan ‘orang-orang besar’ atau segelintir daripada kita iaitu datang lewat ke mesyuarat dan program-program penting.
Masalah yang menampakkan bagaimana wibawa dan peribadi yang ada pada diri kita.
Sama ada jenis menjaga masa ataupun jenis sambilewa saja.
Menjadi kebiasaan sesetengah orang apabila ada saja program-program besar yang melibatkan dirinya, kalau program bermula pukul 8, 8.30 jugalah yang akan menjadi pilihannya.
‘Tak pa. Sebut je 8 pagi. Mesti 8.30 juga mula tu.’
Akhirnya bila ramai yang berfikir begini, maka ramailah yang memilih untuk datang lewat. Masing-masing sudah set dalam minda masing-masing, kalau program mula pada waktu sekian sekian, kita kena datang lewat sikit setengah jam.
Inilah kegelinciran kita dalam menjaga masa.
Sepatutnya kalau program bermula pada pukul 8 pagi, kita sepatutnya datang 5 atau 10 minit awal untuk bersedia supaya program dapat berjalan dengan baik dan tepat pada waktunya. Bukannya setengah jam selepas waktu sepatutnya program bermula.
Bila kita datang lewat, maka program akan bermula lewat dan lewat jugalah habisnya. Kalau mesyuarat pula, datang lewat akan menyebabkan banyak usul-usul dalam mesyuarat tidak dapat dihabiskan perbincangannya kerana masa yang singkat.
Ini peribadi kita. Siapa kita dengan masa menampakkan betapa wibawa atau tidaknya diri kita ini.
Pemimpin yang baik adalah yang menjaga masanya.
Penutup : Masa Adalah Kehidupan, Jangan Siakan
Masa dalam kehidupan seorang muslim adalah kehidupannya sendiri.
Membazirkan masa bermakna sedang membazirkan kehidupannya sendiri.
Bagaimana mungkin kehidupan yang tersangat singkat ini kita bazirkan begitu saja tanpa diisi dengan ketaatan kepada Allah dan amal yang bermanfaat?
Hendak jadi seorang muslim yang baik, jagalah masamu.
Hendak menjadi seorang pemimpin yang baik, jagalah masamu.
Kesedaran ini perlu dibina secara serius dalam diri kita supaya kita belajar menghargai setiap detik masa kita. Bahawa tidak ada satu detik masa pun dibazirkan melainkan kita perlu isi masa-masa itu dengan baik.
Masih banyak perlu dilakukan. Diri perlu terus ditingkatkan, kelemahan dan kesilapan perlu terus dibaiki, amal perlu diteruskan, kefahaman dan bacaan perlu ditingkatkan.
Banyak. Banyak perkara lagi yang perlu kita lakukan dalam kehidupan kita.
Maka, apakah ada walau sedetik untuk kita membazirkannya?
Pastilah tidak ada.
Masa adalah kehidupan. Manfaatkan dan rancanglah ia dengan baik !
Posted by: 
Sumber : http://langitilahi.com/12031

Umum : Memperbaiki Interaksi Antara Muslim Dengan Not-Yet Muslim


Islam adalah rahmat kepada semua manusia. Sebab itu Allah menyebutkannya di dalam Al-Quran sebagai rahmatan lil alamin (rahmat kepada sekalian alam), bukan rahmatan lil muslimin (rahmat kepada muslim) semata-mata.
Maka bila ia adalah rahmat kepada semua manusia, sudah tentu ia sesuai untuk semua bangsa, semua kaum, apapun jenis dan warna kulit, apapun jenis bahasa.
Ia tidak ekslusif untuk bangsa-bangsa tertentu saja. Ia bukan untuk bangsa Melayu semata-mata, bukan juga untuk bangsa Arab semata-mata. Namun, kadangkala kita tidak dapat nafikan betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami hal ini lalu menjadikan Islam ekslusif untuk bangsanya sahaja sehingga orang belum Islam dari bangsa yang lain menjadi takut kepada Islam bukan kerana Islam itu sendiri, tetapi kerana sikap muslim yang mengekslusifkannya.
Akhirnya, sikap begini membawa kerugian kepada umat Islam juga, bahkan bukan saja tidak berjaya mencapai misi Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam, malah telah memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat.

Sikap Ini Perlu Diperbaiki
Kita melihat pertembungan atau perselisihan yang seringkali terjadi antara muslim dan bukan muslim itu bukanlah kerana kesalahan pada nas Al-Quran dan hadis, tetapi kerana masalah sikap dan juga silap faham dalam memahami nas Al-Quran dan hadis.
Benar, memang Allah s.w.t. ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia(mu), mereka satu sama lain saling melindungi…” [Al-Maidah : 51]
Juga dalam ayat yang lain yang hampir sama maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan musuh-Ku dan musuhmu sebagai teman-teman setia sehingga kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) kerana rasa kasih sayang, padahal mereka telah ingkar kepada kebenaran.” [Al-Mumtahanah : 1]
Juga dalam ayat lain :
“Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar.” [Luqman : 13]
Semua ayat Al-Quran ini adalah benar dan tidak ada masalah, yang bermasalahnya adalah pada cara faham kita.
Saya tidak akan sentuh secara lanjut berkaitan dengan perbahasan dari pemahaman kepada ayat-ayat ini. Cumanya, secara ringkas, ayat-ayat Al-Quran ini sebenarnya tidak membenarkan kita bertolak ansur dalam perkara yang berkaitan dengan akidah dan urusan kita yang khusus berkaitan dengan Islam. Ayat-ayat ini pun masing-masing mempunyai sebab penurunannya dan ia tidak boleh dibaca secara tunggal berasingan begitu sahaja daripada nas-nas yang lain.

Allah Tidak Melarang Kita Berbuat Baik Kepada Mereka
Sifirnya mudah saja.
Kalau benar Islam ini adalah rahmat kepada semua manusia, bagaimana mungkin ia boleh menganjurkan sikap kekerasan dalam membawa Islam sehingga menyebabkan orang yang belum Islam semakin jauh dan tawar hati dengan Islam?
Maka, sudah tentulah tidak logik. Allah mendatangkan Islam ini sebagai rahmat untuk semua manusia, maka bagaimana mungkin dalam usaha kita untuk menyampaikan Islam ini kepada mereka, kita bersikap keras dan menolak segala tindakan mereka pula?
Sebab itu, Allah berfirman dalam surah Al-Mumtahanah yang bermaksud :
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusirmu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” [Al-Mumtahanah : 8]
Dalam ayat ini, Allah mengajar kita bahawa selama mana mereka itu tidak memerangi kita dalam urusan beragama dan tidak pula bersikap zalim dalam urusan dunia kita, maka tidak ada masalah untuk kita berbuat baik dan berlaku adil pula dengan mereka.
Selama mana mereka bersikap baik, mengikut undang-undang dan lunas-lunas yang telah ditetapkan di dalam negara kita, maka tidak ada masalah untuk kita berlaku baik dan bermesra dengan mereka meskipun akidah mereka itu tidak betul.
Kita perlu membezakan antara menerima keberadaan mereka di dalam masyarakat dengan redha terhadap akidah mereka. Kita tidak redha kepada akidah mereka, tetapi itu tidak menghalang kita untuk menerima keberadaan mereka dan berlaku baik dengan mereka.

Bagaimana Interaksi Nabi Dengan Bukan Muslim?
Banyak sekali sirah yang menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sangat meraikan dan berlaku baik kepada orang-orang bukan Islam.
Bahkan dalam satu hadis, Nabi s.a.w. bersabda :
“Ketahuilah, sesiapa yang menzalimi muahid (non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada hari kiamat.” [HR Abu Daud]
Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga dalam bukunya, Al-Watan Wal Muwatanah (Negara Dan Warganegara) ada menukilkan sedikit penerangan berkaitan dengan salah satu petikan dalam Perlembagaan Madinah yang telah dipersetujui bersama antara orang-orang Islam dan bukan Islam di Madinah. Petikan perlembagaan 25 daripada Perlembagaan Madinah itu adalah seperti berikut :
“Sesungguhnya Yahudi Bani Auf adalah ummah bersama orang-orang beriman, bagi Yahudi agama mereka, bagi muslimin, agama mereka…”
Dr Yusuf Al-Qaradawi telah memberikan sedikit huraian berkaitan dengan petikan perlembagaan ini. Katanya :
“Antara yang penting untuk diberikan perhatian adalah nas (petikan perlembagaan) ini tidak menyebut Yahudi adalah ummat ‘dari’ orang-orang beriman, tetapi ummat ‘bersama’ orang-orang beriman.”
Perkhususan penggunaan perkataan ‘bersama’ itu menunjukkan bahawa dalam hal siasah (politik), Nabi meletakkan hak yang sama kepada semua. Tidak ada hak siapa yang lebih daripada siapa. Semuanya memiliki hak yang setara dan sama dalam hak kerakyatan dan kewarganegaraan. Maka, bila kita memiliki hak krakyatan yang sama, apa yang membuatkan kita merasa lebih mulia daripada mereka sehingga membolehkan kita untuk berlaku kasar dan mencaci maki mereka?
Begitu juga, contoh yang sangat jelas kepada kita ketika Rasul s.a.w. memilih seorang bukan Islam iaitu Abdullah bin Uraiqith untuk membantu perjalanan hijrah baginda ke Madinah. Abdullah bin Uraiqith bukanlah seorang Islam, tetapi kenapa baginda memilihnya sebagai salah seorang pembantu dalam sebuah urusan besar yang melibatkan masa depan Islam?
Maka, tidak ada lain sebabnya kerana melihat kejujuran dan sikap profesional yang ada pada Abdullah bin Uraiqith menyebabkan dia dipilih untuk membantu menjayakan hijrah Nabi ke Madinah.
Begitulah cara Nabi berinteraksi dengan bukan Muslim. Baginda memberikan hak kepada mereka yang berhak meskipun orang itu bukan Muslim, baginda tidak mementingkan hak muslim semata-mata.

Penutup : Membaiki Extremism Dan Kejumudan Dalam Memahami Agama
Inilah sikap yang perlu kita perbaiki dalam diri kita.
Berapa ramai saya kira orang-orang Islam di Malaysia bila melihat orang-orang dari agama lain terutama dari bangsa selain Melayu, mereka berasa geli dan hina mahu duduk bersama dan bermesra. Akhirnya, hubungan antara agama tidak dapat diharmonikan dan kita pun tidak dapat menyampaikan Islam melalui contoh yang baik.
Dari jauh kita menuduh mereka cuba untuk merosakkan agama kita, tetapi dari dekat kita pula malas bergaul dan tidak baik pula hubungan dengan mereka. Yang lebih buruk adalah menimbulkan perpecahan menggunakan nama agama dan bangsa.
Kita perlu membaiki extremism dalam beragama ini. Islam sentiasa mengajar kita untuk menjadi sederhana dan belajar bergaul dengan semua orang meskipun berbeza agama dan bangsanya. Ia tidak mendidik kita untuk menjadi ummat yang ekslusif dalam bulatan kita semata-mata sambil kita seronok melontar batu kepada orang di luar tanpa meluaskan bulatan itu.
Ramai orang yang bercakap tentang ancaman Kristianisasi, ancaman Freemason dan sebagainya, tetapi tanyalah pada diri kita, kita sebagai muslim apakah yang telah kita lakukan untuk menyebarluaskan Islam ini?
Dengan bersifat keras kepada orang bukan Islam?
Dengan menyerang usaha-usaha mereka?
Tanyalah diri kita dengan jujur.
Islam tidak jumud sehingga kita salah berinteraksi dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang melarang kita mengambil mereka sebagai auliya’. Ayat itu benar, tetapi kita perlu melihat maqasid (tujuan) kepada ayat itu pula. Al-Quran memang tidak membenarkan kita bersekongkol dan bersekedudukan dengan mereka dalam hal akidah, tetapi untuk merawat masalah akidah mereka itulah, kita perlu melalui jalan muamalat.
Kalau muamalat dengan mereka pun tidak bagus, bagaimana mungkin kita dapat membuatkan hati mereka tertarik untuk menerima Islam?
Untuk membina sebuah masyarakat yang lebih baik, kita perlu merawat extremism dan kejumudan dalam memahami Islam ini.
Perbaiki cara berinteraksi kita dengan semua lapisan masyarakat biar dari agama mahu bangsa apapun kerana akhirnya kita bukan ingin memenangkan Islam atas kebencian orang ramai, tetapi kita ingin memenangkan Islam ini dengan tunduknya hati orang ramai terhadap kejujuran dan pembawaan kita yang baik.
Posted by: 
Sumber : http://langitilahi.com/11895

Just talk ~

Assalamualaikum..

Khabar berita yg pak usu aku masuk hospital remind me to my own mom.. How it feel when my mom feel pain on her leg.. Whloe family be with her.. Memang rase tak mahu balik je mase tue. And when it happened, i know and understand how it's feel... just i cant show it overall to pak usu's families coz im not there.. Im in college.. I just can pray that pak usu will be fine..

Hari ni je aku duduk kol along, abah dan sesiapa yg aku rindu.. Tak tahu kenapa.. Mungkin dah rindu kan, kol je la.. Ateh dtg ke rumah aku tadi. Heheh.. Syukur ateh dtg mengingatkan aku pasal assignment yg lecturer tinggalkan buat kami.. Aku dgn ateh la sama2 buat keje.. Thanx so much ateh.. i love u la ateh ^_^

Warne awan bila dah nak hujan...huyhu~ gelap~
Waktu petang pulak aku jalan2 dengan Ika.. ^_^V Amek angin di luar kolej... Sampai la nak maghrib.. Ha kau, gelap nye taya cakap.. Rupenye nak hujan... copat2 balik blik hehehe.. Sempat beli mkanan kejap en ^_^ Pape pon aku rasa bersyukur ari ni masih boleh bernafas ^_^ thanx Allah~

Friday 15 March 2013

Bila cemburu

Assalamualaikum...
Aku ketawa bila tgok gambar ni..hehehe..betul la ni en~

Thursday 14 March 2013

Repost entry > Berfesyenlah Mengikut Acuan Allah Wahai Bidadari

Assalamualaikum~ Hai semua.. Aku nk repost antara article terbest yg aku pnah kongsikan ntok pembaca blogger aku mase dulu.. Dulu blog lame aku ialah Blogger's Lover Hanie.. tapi skrg di sni la blog yg aku kerap update.. hehe.. Meh la bace artikel ni yg khas buat kaum hawa... Hope korang same2 pelihara mahkota korang.. Jika kita baik, kita lebih baik daripada bidadari~ ^_^
Pasti semua nak jadi bidadari yang anggun dan cantik di pandangan mata. Berwajah mulus, putih jernih, hidung mancung, badan fit, semua nampak cantik dan perfect. Agak-agak kalau tengok pelakon wanita korea, boleh ke kategorikan mereka ni bidadari dunia?
Mukminat solehah itu lebih anggun daripada bidadari syurga
Kalau baca surah Al- Waqi'ah pun, bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah
Fesyen acuan Allah:
1) Pakaian taqwa
"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik".
(Al A'raf: ayat 26).
Pakaian ni Allah rezekikan pada kita, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk menutup aurat (keaiban) kita dan juga sebagai pakaian perhiasan badan. Dan pada akhir ayat ini, Allah menekankan bahawa PAKAIAN TAQWA itu pakaian terbaik, iaitu pakaian yang menunjukkan iman kita pada Allah. Jadi, setiap kali nak keluar bilik, pandanglah cermin dan tanya pada diri, "Adakah pakaian aku ni tunjukkan iman pada Allah?". "Andainya Rasulullah ada bersama sekarang ni, apa yang patut aku pakai? Sesuai ke aku pakai macam ni?".
Insya Allah, kalau pakaian kita ni ikut syari'at, setiap saat kita berpakaian itu dikira ibadah kerana ia salah satu suruhan Allah. tak gitu? 
2) Labuhkan tudung bawah dada
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."   
(An Nur:31)
Ya. Jelas sekali Allah ajar kita supaya labuhkan tudung hingga ke dada. Tak semestinya pakai tudung labuh bulat tu.
Kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, boleh sahaja. Tapi, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah sekreatif mungkin asalkan menutupi dada.
Nak pakai tudung ariani pun, pakailah. Tak pun tudung hana tajima, pakailah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada dan tak melekit menampakkan bentuk badan.
Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, takkan nak buang kan. So, pakailah inner di dalam tudung tu supaya leher dan rambut kita tak kelihatan. Biarlah aurat kita ni ekslusif untuk suami tercinta.
3) Tidak nipis dan ketat
Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" 
(Sohih Bukhari)
Berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang. Inilah dinisbahkan bagi perempuan yang pakai ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan.
Bidadari hari ni ramai bertudung, tapi tak jaga aurat. Ya, mereka bertudung, tapi pakai baju t-shirt ketat, jean ketat, tudung pendek atas dada dan jugak nipis. Sangat terikut dengan fesyen barat. Jangan salah sangka, bertudung itu tak sama dengan tutup aurat.
Kalau dah bertudung, tapi masih berpakaian seksi, itu tak dipanggil menutup aurat. Fesyen acuan Allah bukan begitu, sang bidadari.
Allah ajar kita tutup aurat, bukan bungkus ataupun tudung aurat. Awas! Kalau kita ni jenis pakai baju seluar ketat, hakikatnya, kita bukannya tutup aurat, tapi sedang membungkus aurat. Dan kalau kita ni jenis pakai baju dan tudung nipis, hakikatnya kita sedang menudung aurat, macam tudung saji. Boleh nampak apa yang ada di dalamnya.
Jadi, kalaulah kita ni tergolong dalam 2 golongan ni, ayuhlah berubah. Berfesyenlah ikut acuan Allah, pasti bahagia.
Stigma bila bertudung
Mungkin ada orang kata,
"Don't judge a book by its cover. Main aci redah je nak hukum orang tu bertaqwa ke tak. Belum tentu orang pakai tudung tu bertaqwa. Allah je yang boleh nilai hati kita. Tengoklah hari ini, ramai je yang bertudung, tapi perangai buruk. Pakai seksi, tapi perangai baik".
Ya, saya sokong. Jangan hukum seseorang tu berdasarkan luaran. Tak semestinya perempuan bertudung itu baik, tapi perempuan yang baik sudah tentu bertudung kan? Perempuan baik sudah tentu taat perintah Allah kan? :)
Formula yang mudah= aurat = (عورة) keaiban
orang yang buka aurat = orang yang buka keaiban diri
Mungkin sesetengah bidadari tak rasa aib dedahkan aurat di dunia, malah mereka kagum dengan kecantikan badan dan rambut mereka. Tapi jangan lupa bidadari, hidup kita bukan di dunia saja, tapi kita akan melalui persidangan di mahkamah mahsyar nanti.

Pada waktu itu, tiada siapa pun yang dapat bantu kita, hanya anggota badan yang akan jadi saksi untuk berhujah di hadapan Allah Ta'ala nati. Rambut akan mengadu bahawa si fulan binti si fulan ini tidak menutupnya daripada pandangan bukan mahram. Anggota badan akan mengadu bahawa tuannya sering menayangkan bentuk tubuh badannya dengan berpakaian ketat ketika di luar rumah. Maka, bersedialah tuan empunya badan. Anggota badan yang kita kagumi di dunia ini dulu, telah memboikot kita dengan mendedahkan keaiban kita kerana melanggar suruhan Allah. Siapa kita untuk melawan syariat Allah?
Jangan rasa berat untuk ikut syariat Allah. Jangan rasa beban untuk tutup aurat dengan sempurna. Percayalah, kasih Allah pada kita lebih daripada kasih sayang mak ayah pada kita. Ibu ayah tak bagi kita keluar sorang diri sebab takut kena ragut. Jadi, Allah tak bagi kita dedah aurat, pasti ada kebaikannya. 
Semuanya bergantung pada kita. Kalau rasa tak kuat untuk berubah, carilah kekuatan itu. Timba ilmu, banyakkan solat, rujuk orang yang alim. Bukan sekadar berkata:
"Aku belum dapat hidayah lagi. Hati aku belum ikhlas lagi untuk lakukan perubahan ni. Aku tak nak jadi hipokrit !".
Stop drama itu. Allah yang cipta kita, pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, Allah sangat menyayangi wanita.
Berfesyenlah ikut acuan Allah, sang bidadari.
pasti selamat duniawi ukhrawi :)
Untukmu bidadari, kecantikan bukan untuk dikongsi semua lelaki,
tapi hanya untuk lelaki bergelar suami :)

Allah Bersama Orang Yang Sabar


Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.

Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.

Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.

Allah swt berfirman;

"Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar." - [Surah al-Anfal : 28]

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.

Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..

Atau bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.

Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;

"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat)." - [Surah Al-Israk:30]

Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia 'pergi' dari kita.

Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok, semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.

Allah swt berfirman berfirman lagi dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;

"Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?"

Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.

Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu 'menegur' kita dengan cara tersebut.

Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;

"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat." - [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]

Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?

Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?

Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.

Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.

Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.

Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?

Firman Allah;

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11].

Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.

Allah berfirman lagi;

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk." - [Surah al-Baqarah:45]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]

Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun". Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

Muhasabah buat diri ini. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday 13 March 2013

Bukan sekadar dlm hati~

Assalamualaikum~

Bersyukur. Aku baru faham satu bende tentang bersyukur. Tadi aku ade dengar mentor kesygan aku berucap dalam majlis Aims di Fakulti. Sangat2 mendlm ucapan die walaupun die selitkan lawak.. Ye la kekadang orang selitkan lawak tapi isi takde sangat tapi of course mentor aku berjaya selitkan sesuatu dalam ucapan die.. Malah aku sempat berjumpa die petang tdi untuk mengetahui prestasi diri aku dlm belajar. Alhamdulilah aku ok la hehe..

Die kate, kita sebagai student ni perlu faham maksud bersyukur. Bersyukur bukan sekadar mengucapkan dari hati tapi meluahkan melalui perbuatan. Bagaimana? Mudah sekali, iaitu belajarlah dengan bersungguh2 utk mendapatkan keputusan yg cemerlang. Jika kita dah usaha tapi keputusan die agak kurang memberansangkan, jgnlah rasa sedih sgt. Sebab aku yakin yg Allah mesti akan berikan sesuatu kepada hamba-Nya yg berusaha utk dpatkan kejayaan. Mana tahu, hasil usaha kefahaman kita tue boleh di amalkan mase bekerja kan. Kita tak tahu masa depan kita.

Jangan sia2 kan peluang yg kita dah dapat. Sekarang ni nak dapat peluang sambung belajar ke universiti bukan mudah. Jika dah dapat tue, pulun kasi power punye. Jangan lalai dan hanyut dalam nikmat yg sementara tue. Bagi yg tak dapat sambung belajar janganlah sedih2.. Dalam muka bumi Allah masih ade banyak peluang utk menimba ilmu Allah. Ilmu Allah tue luas sgt2.. Kita jek tak nampak bentuk2 ilmu DIA.. Diam dan perhatikan sekeliling. Jgn lupe utk berdoa kepada-Nya. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia pencipta diri kita. Dari Dia kita tercipta dan kepada Dia kita akan kembali nanti. Jangan mendongak ke langit sampai lupa tanah yg kita pijak ni~



Tuesday 12 March 2013

Kelasss~

Assalamualaikum

Semalam kelas full sebenarnye tapi masih di tahap ok lagi. Alhamdulilah masih dapat catch up semuanya. Kelas mula pada pukul 10 pagi dan kelas terakhir ialah pada pukul 7 ptg. Nasib perut xmeragam mahu meraung lapar dan sebagainya~

Sambil tengah ade kelas tadi, aku termenung sorang actually dan berangan.. hahahah~. even aku xberpeluang ambil subjek Sejarah secara total tapi ape yg aku belajar ni masih berkaitan dgn sejarah. Hahah~ Mesti boring korang rasekan? Tapi aku xrase boring pon. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab sejarah best pada aku kot.. Boleh tahu pasal kehidupan nenek moyang kita mase dulu2. huhu~ Whole things about it boring kalau explore tapi aku cuba utk tidak menghayati perasaan boring itu... Sebab nak cuba belajar sesuatu yg baru~ ARCHIVE~Hehehe related subjek dgn subjek Record Management. I love this subjek.. Dont ask why.. I dont have no idea but feel it like love hehehe..

dats all to share syggs~






Saturday 9 March 2013

Out to Sunway Pyramid~

Assalamualaikum~ Hujung minggu yg pertama di kolej di semester 4. Well, ramai housemates kuar dan tinggal aku dan Ika tersyg~ Nak buat mcm mana dah nasib badan hehe.. Tapi mcm mana pon aku dan Ika dah decide kami nak keluar untuk mengisi waktu sunyi kami ke Sunway Pyramid. Selalu ke Giant aje tapi ni jauh sikit la ye hehhe.. 
Memandangkan kami dah dapat Baucar buku ni... Alhamdulilah dapat pemberian yg tak ternilai ni... So, aku dan Ika pon pergilah ke Bookstore Popular... So inilah antara buku yg aku beli~ heheh.. Serius ramai sangat org yg beli buku.. Maklumlah, awal semester kan.. Memasing nak beli fail dan sebagainye.. Tapi aku beli ni dulu.. lame sangat aku idamkan buku2 ini.. 

Terima kasih Pm sebab kasi kami peluang beli buku pakai baucar ni~ Kami akan manfaatkannye sebaik mungkin~

Ade gak buku ni aku belikan ntuk big brother aku hehe~ 
Comel x? hehe.. Inilah ika dak serumah dgn aku~ Wink2.. Depan pintu utama Sunway Pyramid~
 Lepas dah pergi kedai buku semuanya... Aku dan Ika mule2 nak tengok movie OZ The Powerful and The Great tu tapi dah fulll melampau2 hahahh~ So, kami tengok la movie Jack the Giant Slayer.. Pada pendpt aku, cter ni best... Side camera sume pergh2~ Yg paling xleh tahan, bunyi die Ya Allah..bergegar asenye panggung wayang tuh.. Aku kejap naik turun bekas popcorn~ hahahha~

Aku xnk cter sgt pasal movie ni.. Korang pergilah tengok sendiri dan nikmatilah sendiri jika mahu ok~
Tengok la tu ha~ Errr tade maknenye aku lau jdi Jack nak menghadap muke giant tuh cenggini... cabut lari la gamaknye hehehe

Ni la rupa bentuk tempat Si Giant tuh...huhu~ Siap ade batu ukir muke diorang en.. huhu~ 

Ni bile die dah sampai ke bumi... Die knonnye nak jajah tempat manusia ni.. Nak makan semua manusia... Tapi manusia masih ade pahlawan yg boleh menentang mereka.. huhu~ Jack ar spe lagi enn~
<iframe width="640" height="360" src="http://www.youtube.com/embed/ng9rjC8MOgU?feature=player_embedded" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Friday 8 March 2013

Bermulanya...


Assalamualaikum~ Cuaca xmenentu..Berita yg begitu haru. Semoga keadaan di Lahad Datu, Sabah beransur pulih hendaknya.. Amin

Semester baru dah bermula. Alhamdulilah segala pengurusan kolej smpai ke pendftaran course berjalan dengan baik. Paling tak sgka yg Semester 4 ni masih dlm jdual " Hari Jumaat Cuti".. hahaha.. Bersyukurnya tak terkira la kan~ Pape pon hope aku boleh tingkatkan lagi pointer aku untuk sem ni~ In Sha Allah.. Kita doakan same2 ye kengkwn..

Semua pic kat bawah ni aku share.. Ni lah yg dekat dalam hidup aku~ Quiet happy.. ade hadiah dan sebagainya.. Single tapi masih berisi.. Allah tak biarkan aku keseorangan malah die beri aku sahabat yg tak pernah bosan ntuk menemani diri ni~ Thanx Allah.. This is the most precious moment i have..

Tuan yg memberi hadiah bernama Efira Nabilah Khamsah.. hehehe.. kejutan sgt2 die berikan pada aku... dan ini hadiah yg die berikan kpd aku. Aku simpan bek2 na..hehehe.. Comel ke siap ade kelopak mata hehhee... Si Kura2 yg menemani diri ~

Hehehe.. Hadiah dari Wani Razali. Die belikan aku inai dari Mekah.. Lame sangat aku idamkan inai mekah.. Rindu.. Thanx to Pkah syg sbb setia memakaikan aku inai~ I love her so much hehehe

Budak paling banyak layan kerenah aku hehehe.. Hari2 temankan aku.. Aku tak sunyi weyh bile ko selalu msej ehhehe..mwuahH~

Kesihatan aku xberapa ok sangat tapi bersyukur kerana kolej aku ase klinik yg terdekat sangat2.. Uitm provide it.. Terbaik~ Bersyukur ku ke hadrat Ilahi.. masih ade nikmat yg die selitkan buat hamba2-Nya ni yg
Tercinta sye.. Fiani~ I miss her so much.. lame sgt xdpt jmpe.. skali jmpe kne snap la pic dgn dieee hehehe~

Friday 1 March 2013

28 Februari yg Indah ^_^

Assalamualaikum. Alhamdulilah, ucapan syukur ku ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, aku berupaya bernafas dan bergerak dan sebagainya untuk terus beribadat kepada-Nya selain buat aktiviti yg berfaedah untuk diri dan orang lain ^_^

28 Februari.. Tarikh kelahiran aku. Sejujurnya aku sangat2 suka akan kehadiran tarikh ini. Bila sampai je masenye tarikh ni sampai, akan sampai jugalah kehadiran ahli keluarga dan sahabat2 yg sudi meraikan hari ini bersama aku. Secara terangnya orang kata, sambut besday la en huhu~

Ok.. Jarang suprise ntok hari jadi ni dilakukan.. selalunya memang direct tunjuk kt aku yg kek akan dibeli tapi kali aku memang tak fkir langsung sebab aku tahu, sekarang kemampuan dalam nak mewah tak semudah dulu jadi, aku diam je.. Aku nak dapat satu je hehe.. WISH BESDAY.. tapi.. mase tarikh itu, orang terpenting aku diamkan diri..Wuuu T_T tambah lak kesihatan aku xberapa ok.. Aku demam panas.. Nak tunggu kecewa sgt xleh ar sebab aku memang lemah sgt waktu tue..

So, aku biarkan dulu. bagi mase hingga hari ini hahaha.. ok fine.. Fira dan Una berjaya wujudkan suprise tuh.. aku da nak mengadu kt una da.. Where is my lalink fira senyap je. die ok ke? hahaha.. rupenye die kt belakang aku weyh~ (time tuh kat kedai nak teman una makan)... FIRA BELI KEK DAN HADIAH NTOK AKU~! oh nooo.. hehehe..tak sangka.. sebab die ni dengar nye kelas selalu full whole week~! so, aku diam je tapi xsangka she remember ~! hehehe mwuahhhh~ ntok fira dan una.. Una pelakon terbaik sebab die buat tak tahu je kejenya hahaha.. xnk wish lagi lak tuh hahah~ nakal ko una.. mwuahh

Dan jasa terbaik buat Lan, Ainiza, Aqem  kerana bersama dengan hari terbaik aku.. Lan berjasa ntok gayut telefon hahaa.. dan Ainiza dan Aqem bersama ntok berbual ehhehe. So Sweet.. nasib demam ade kurang da..

A gift from along~ dlm diam die mencari hehe

Terbaiknye ialah ALONG~ sebab along jage aku mase demam sampai aku terus jadi ok.. die wish aku pon perlahan2 kasi aku xde bangun sangat.. lama xdemam kan. Sekali demam jadi lemah sgt2..

Tak lupe pada kengkwn aku yg terawal wish.. Ayu Quds, Ika Syafiqa, Dila bbst, dan Nana... The rest banyak dri Facebook.. thanx semuaa... Terharu dengan doa korang..

Dan... hey~ im just fine now :) hehe.. Ahad ni nak balik kolej.. So.wish me luck ok~ hehehe mwuah~! Assalamualaikum~ ^_^