Tinggalkan jejak anda ye~

Monday 20 January 2014

Cinta kah kita pada Nabi?

Assalamualaikum... Cantik tak gambar ni? Lagi cantik ditambah nama Nabi Muhammad SAW.. Namun bukan itu buat aku terusik untuk cuba muhasabah diri.. tapi satu teguran tentang pengorbanan Rasulullah SAW.. Nabi kita ni sayang sgt pada umatnya. Malah sentiasa berdoa moga meringankan beban umatnya...

Aku mula mengeksplore semua buku2 tentang Nabi Muhammad SAW. Antaranya buku "100 Sunah Rasulullah SAW yang dilupakan" dan "Jangan Bersedih, Tersenyumlah Wahai Umat Muhammad"

Walaupun baru 2 buah buku tapi hati ni sentapnya uang amat.. Bukan sentap marah tapi sentap rasa berdosanya aku sebagai umat Nabi Muhammad SAW.. Aku mensia-siakan banyak keuntungan yg diberikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Bayangkan dosa-dosa boleh terhapus dengan mengambil wuduk? Menjadi muazzin dapat syafaat Nabi Muhammad SAW mcm tue je dan banyak lagi la.. 

Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad Wa Ala Ali Saidina Muhammad. Jom selawat... nabi rindukan kita.. rindu tak kita pada baginda??? Tepuk dada dan dahi dan tanyalah hati..