Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday 16 March 2014

Insyallah mampu

Semua sedang memperkatakan tentang pelbagai kejadian yg berlaku sekarang. Kehilangan kapal terbang MH370, jerebu dan penyakit denggi. Ini semua perkara yg berlaku di tempat aku iaitu Malaysia. Tak terfikir lagi di tempat lain.

Aku percaya pada kata2 yg Allah janjikan iaitu, dugaan itu diberikan pada manusia yg mampu menanggungnya. Jadi, ayuh menjadi kuat supaya tidak lemah dengan dugaan ni.

Ada kalanya manusia kata yg kita ni mudah berkata2 ataupun menaip.. padahal tak tahu perasaannya.

Kita tak boleh nak paksa orang rasa keadaan itu jika dia tak merasa tapi satu bonus ok bila dia belajar nak merasa perasaan itu. Perasaan sebak, sedih, geram, dan sebagainya.

Aku pon pernah diduga dan dugaan itu berpatutan pada diri aku. Aku cuba menerimanya kerana aku ini hamba yg hina malah lebih kotor.. Siapa kita nak menafikan perkara yg berlaku sekarang. Semuanya atas perancangan Allah.

Malah, aku sndiri melihat rakan2 ku menerima dugaan yg malah lebih berat daripada aku tapi aku yakin mereka mampu menghadapinya.

Kuat la wahai hati.. Kita di dunia sementara.. inilah keadaan yg menentukan keputusan yg sama ada cemerlang ataupun memuaskan untuk bekalan akhirat kita~ ^_^

#Aku sangat2 bersemangat nak menjaga ejaan dan bahasa ku sekarang~ Semangat Bahasa Melayu~

No comments: