Tinggalkan jejak anda ye~

Friday 25 April 2014

Syukur

Baru dapat usahakan habiskan 3 juzuk minggu ni. Bacaan al-quran aku tergendala sebentar dek leka dengan duniawi. Allahurabbi. Ampunkan aku Ya Allah kerana melupakan Kau. Apabila sampai perasaan nak solat, ianya sangat manis dan perasaan itu sangat2 aku raih masa aku sedar yg aku sedang tersasar jauh..

Dalam mencari kemanisan mengingati Allah, aku melihat penyampaian ustaz Azhar Idrus. Well, sesetengah orang akan kata ustaz tu cakap kasar. Jika faham bahasa terengganu nya kasar la bunyinya lagi. Dan ada sesetengah kata bagus ustaz tue cakap kasar supaya orang mudah faham dan terima cepat penyampaian majlis ilmu ustaz tue.

Jujurlah, aku sedar diri bila aku mula dengar video ni. Sebelum ni Allah dah kasi banyak bentuk aku nak sedar macam melihat kematian, teguran daripada adik beradik, sahabat handai dan sebagainya. Kali ni melalui video yg abang Hafizul Zarith kongsikan di ruangan facebook.

Ni satu lagi, aku nak salute tinggi2 kat abg ni sebab die ni antara yg tak putus asa nak berdakwah. Nak menyampaikan kebenaran. Dia lah yg memahamkan aku isu hudud.. Hehe.. Kekdang abg ni kena bash kaw2..Alhamdulilah segala bash yg die kena die mampu jawab dgn gaya yg relax.. kekdang tegang boleh tahan tapi sebab rasa cinta dengan dakwah, membuatkan dia sentiasa mampu menjawab segala jenis ketidak fahaman dalam sesuatu perkara. Die ni antara peminat ustaz Azhar Idrus. Syg betul die dengan ustaz tue. :)

Anyway, pada aku teguran kasar ke lembut ke, ianya mengikut situasi. Kalau manjang kasar, memang over ar.. tapi jika ada masanya lembut, kira bagusla dalam memelihara ukhuwah antara saudara Islam.

Dalam hal ini, aku tak libatkan politik sebab aku ni bukan paham sangat gaya politik dan sebagainya. Aku hanya nak menceduk ilmu agama yg asas sahaja supaya aku faham untuk kehidupan aku di masa akan datang.

Malah sekarang orang sibuk memperkatakan isu menaikkan hukum Allah iaitu HUDUD.. Insyallah jika kita semua berdoa agar pemimpin kita dilembutkan hati serta dipermudahkan dalam urusan menaikkan HUDUD, maka akan naiklah hukum Allah ini. Moga negara ku di dalam lindungan Allah SWT...

Nikmat keamanan ini sesungguh daripada Allah SWT.. Kurniaan daripada-Nya. Kita sebagai hamba perlu sedar akan nikmat yg diberikan..

Benda2 ni aku pernah dengar melalui video ustaz Azhar Idrus.. Di mana rasa bersyukur kita bila sudah selesa membuang air besar?? Adakah kita tahu doa selepas keluar dari tandas? Pernahkah kita bersyukur akan wjudnya paip yg byk dirumah kerana kita boleh berwuduk sntiasa? Takde alasan utk kita tak berwuduk jika dirumah dah ade banyak kemudahan sedangkan dulu Nabi Muhammad SAW nak dapatkan air perlu berjalan jauh utk berwuduk~! Mana sifat kesyukuran kita dengan nikmat2 ini???

Pergh teguran paling sentap jiwa seyh.. betul kata ustaz... rumah ade banyak paip tapi kita sntiasa batal wuduk je.. Pehal?? ha..tepuk dada, tanya akal~

Aku berharap sangat aku pon sentiasa bersyukur dengan nikmat yg ada..

Hari tue jugak aku ade tgok video tentera Basyar seksa org2 Syria.. Aku tak tahu nape diorang menzalimi orang2 Syria sngat2.. Dah tembak dengan kereta kebal pastu pegi toreh2 bdn mayat tu pastu potong telinga orang tue.. Mungkin puas kot buat begitu.. Ko tggu la balasan Allah.. Moga semua yg meninggal dunia di sana dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang yg soleh dan solehah serta orang yg beriman.. Aminn..

Al-fatehah buat semua umat Islam yg telah meninggal dunia

Sunday 20 April 2014

Hani yg berdosa

Kekadang ada saat aku rasa nak menangis sebab rasa tak larat.. tak larat ape pon aku sndiri tak tahu...
Jadi aku pon cuba cari sesuatu yg boleh basuh minda aku ni supaya jadi manusia yg sedar diri.. baru2 ni member aku cerita pasal Orang Bajau yg tinggal di Pulau Sabah.. mereka hidup susah dan tidak beragama malah tidak berpendidikan.. Aduhai dengar macam tu pon dah rasa mcm memang aku xsedar di untung.

Mereka hidup di kawasan yg kaya dengan alam semula jadi namun nasib kurang menyebelahi mereka kerana tempat tinggal mereka tidak setegap kita. Ni semua aku ambil dari perjalanan kengkawan aku. Bila fikir begitu, rupanya aku masih tinggal di rumah yg tegap dan mampu meneduhkan aku dari hujan panas.

Wahai Hani.. Hidup ini sekejap. Hari2 kita buat dosa.. kejap dosa besar, kejap dosa kecil.. Kalau nak tengok catitan malaikat ratib dan atid memang ko xmahu tahu sebab diri ni sungguh berdosa.. belah kanan ko sungguh la ringan.. bila mahu ko nk bertaubat? Bila mahu ko nak buat amalan seperti dulu malah menambahkan lagi amalan daripada yg terdahulu?? Ko beruntung lahir2 dah beragama, dah ada keluarga malah dididik menjadi manusia berguna..

Jadi, jangan malas nak usaha untuk berjaya demi mak dan abah.. mak abah semua sudah berusaha menjadikan ko insan yg berguna (insyallah)...

Hani, aku nasihatkan diri ko sendiri sebab ko adalah aku.. kita akan mati bersama.. akan menanggung bersama atas dosa pahala yg ko da buat.. aku tahu ko cuba menafikan segalanya.. menipu diri sendiri tapi sampai mana je penipuan ko atas perbuatan ko??

Jangan wujudkan musuh lagi.. jangan lukakan hati orang lain lagi.. jangan kejarkan sesiapa lagi sebab akhirnya ko bersama aku.. nasib yg datang sama untung ataupun malang hanyalah atas izin Allah..

Ko masih berbaju.. masih mempunyai makanan.. beruntunglah dgn itu dan cuba tambah amalan.. ko sedang diselubungi dosa2 besar...

Hani.. lupakan sebentar keseronokan dan cuba korbankan waktu seronok ntuk masa akan datang~

Wednesday 16 April 2014

Cisco~

Bila kita sungguh2 nakkan ilmu, mesti ada benda yg perlu dikorbankan. Antaranya cuti pertengahan semester 6 aku ni.. Wuu T_T agak sedih tapi aku tak sedih sangat sebab aku tahu kat rumah pon aku bukan buat pape. Jadi aku manfaatkan cuti aku ni sebagai waktu nak belajar benda baru. Serius best.

Cuti ni aku sertai kursus Interconnecting Cisco Network Devices Part 1. Sir Ravi yg ajar kelas aku. Madam yg uruskan kursus ni kate dpt buat satu kelas je. Jadi, aku di antara yang terpilih. Alhamdulilah aku dapat sertainya. Gembira jugak walaupun sedih tinggal sorang2 kat rumah sewa ni.

Mula2 aku rasa takut sebab yg sertai kursus ni ramai orang2 yg hebat macam Afiq dan Ijat. Budak sistem ni semuanya.. Kalau menghadap skrin monitor tue en, aku nampak CMD nye window je.. hehehe. kekadang dlm kelas aku tengok diorang je.. Bukan fokus kt skrin sendiri.. Sebab kagum dgn kelincahan jari mereka dok menaip kt keypad ..

Masa kursus ni aku duduk dekat2 dengan diorang dan aku selalu tanya diorang. Alhamdulilah bermanfaat jugak. Duduk kt barisan depan sekali.. Orang kata yg tue lebih afdal sebab betul2 dpt ilmu depan mata kan.. lagi satu aku xmengantuk dan memang 100% pandang Trainer kita tue. trainer pon ok je :) Sabar melayan kerenah kami..

Yg sekelas dengan aku sertai kursus ni ialah Liyana dengan Dolly. Sebenarnya ramai dari kelas aku dapat serta tapi memasing ade kekangan masa yg kursus ni tak izinkan jika tak hadir sehari pon. So, nak tak nak, kasi orang lain. Tak apalah, rezeki belajar ni boleh dapat kat mana2 kan ^_^ Tapi aku akui la.. Ini antara ilmu paling berharga pernah aku belajar tentang komputer. Syukur sangat2..

 Ni untuk hari kedua kursus aku.. hehehe.. main command sje ntok link kan router, switch, router sume
Ni buku yg aku dapat ntok blaja kursus aku ni.. ^_^ hopefully boleh baca bebyk heheh~ tebal jugak ni.. tue sebahagian note aku coretkan ntok rujukan akan datang.. serabut gak tue tpi kes nk cepat kan :P

~ So, semua ni aku harap boleh apply masa kerja nanti~.. Kekdang ada datang perasaan putus asa atas faktor tertentu tapi kerana melihat rakan2 yg sentiasa bersemangat nak belajar, aku teruskan perjuangan ku ni.. Semua gerakan hati untuk melihat, rasa dan semuanya datang daripada Allah~

Sunday 6 April 2014

Cheese Cracker ~

Alhamdulilah...
Itu sahaja ucapan mahu ku ucapkan sekarang. Bantuan dari adik beradik serta sahabat2 ku memberansangkan proses niaga cheese crackers Diba~ Aku harap murah rezeki Diba.. Aku bantu je ni sebab aku tengok die gigih berniaga. Malah aku nak belajar jugak ilmu berniaga ni.. Ni hanya cuba2 sahaja..

Ni lah kezen kesayangan aku yg buat cheese cracker tu..~ alhamdulilah rezeki die murah~ Moga makin rmai mahukan cheese cracker die..~ 

Buat Wani, die best friend aku yg xhenti2 bagi sokongan~ kerap jumpe die skrg... heheh~ die antara pengemar makanan mcm cheese cracker ni.. baru je cuba makan tdi.. Sudah order baru  heheh~..Anyway thanx Wani coz jdi antara customer yg berikan feedback yg bagus ^_^








Nampak sedap x? nak tahu detail sila pm aku di Facebook ni ok : https://www.facebook.com/hanie.abdhamid heheh~

Tuesday 1 April 2014

Rancak dalam kehidupan ku~

Kehangatan tugasan dan projek semester 6 semakin membahang dalam diri aku. Aku rasa macam tak percaya je yg aku mampu buat ke tidak. Berharap sangat aku mempunyai kekuatan daripada Allah yg melengkapi segala kehendak dalam tugasan dan projek tersebut.. huuu

Dalam pening kepala berfikir mengenai tugasan dan projek ni, aku masih berpeluang juga nak meraikan perkahwinan teman ku dan meluangkan waktu dengan mereka yg tersayang~ hehe..

Macam-macam benda berlaku dalam perjalanan nak pergi kenduri kahwin member aku sebab die duduk di Pelabuhan Klang. Masak la aku dengan para driver kereta ni nak cari jalan nak ke rumah die. Namun akhirnya sampai jua ke rumah die hehehe.. Happy sangat2 aw.. Dah la lapar sangat masa tue. Emosi memang berombang ambing la kan..

Memang kena sabar la dalam nak selesaikan sesuatu masalah. Kalau tak sampai tak sudah setel masalah tue en..
Muka tahap gaban mengantuk tapi masih ada mood nak snap gambor haha~

Berehat.. sebenarnya ni sesi mencari hadiah buat bakal pengantin. Huhu.. takkan ku lupai saat2 bersusah payah naik bas 2 kali round ntok dapatkan hadiah yg tertinggal di PKNS Shah Alam.. ehhehe

Sape ni? Ini teristimewa untuk ku. hopefully dapat bersatu dengan keredhaan ahli keluarga ^_^.. die antara driver yg membantu mencari jalan ke sana..huhu~ Kaki cilok~ Tema kami berdua hari ni merah hitam~ hehee.. 

Sape pulak mereka yg jelita ni? my housemates yg gila gempak dengan kerenah masing2 hahaha.. sorang2 ade kesengalannya dan menjadikan kami serumah sempurna hahhaha

Haaa ni la pengantinnya.. Dua2 classmate aku.. pengantin perempuan tue ex-housemate aku juge since semester 1.. selalu berkelahi dengan die tapi die manjenye taya kate huhuh~ cantik kan?? huwarghh ase nk jerit tgok die cantik sangat hari tu hehehe. anyway hepi mereka bersatu akhirnye ehhehe