Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday 26 August 2014

Dewasa. Ayam. Sahabat. Cinta~

Komitmen. Dewasa. Dua benda yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Lately ni aku memang sudah terasa LETIH. Bukan letih fizikal sebenarnya tapi mungkin letih menjadi agresif di saat aku kecil.. 

Seminggu yang lalu aku meluangkan waktu dengan sahabat aku iaitu Feyra, Zpah & Ontot serta Peng. Kadang-kadang sahaja ada Wawa. Naziera busy dengan pencarian rezeki untuk majlis pertunangan dia. Dan ada kalanya muka2 yang hadir sama ialah Dila, Una, Jemir, Nana, Liya dan Kema serta Kamal & Mira (Pasangan yg aku sentiasa doakan bakal bersatu untuk suatu hari nanti)

Sebab mereka menjadi orang paling faham aku ialah mereka membesar bersama aku. Dari aku umur 13 tahun bersama. Orang kate, proses tue memakan masa dan jika sebati, akan sentiasa enak dirasakan.

Pergh ayat macam choii betul. ~

Bercinta dengan kekasih memang manis tapi rasa cinta dan sayang pada sahabat memang memukau jugak rupanya. Lagi satu, bila rasa IKHLAS tue memang hadir, semuanya OK. Insyallah tapi jika ada je halangan, akan sentiasa WUJUD ALASAN.

List nama mereka ni ada yang selalu sangat gaduh dengan aku.. Ada yang selalu menjadi pendengar luahan perasaan aku. Ada selalu BELANJA AKU MAKAN AYAM~ MUAHAHAHAH

Sahabat sebenar aku, die wajib tahu aku suka makan apa. Aku memang suka makan ayam..hahaha..
Sejak masuk Uitm, aku lagi kerap makan ayam..
Macam mana keadaan sekalipon mesti beli ayam.
Sampai sanggup redah hujan panas semua. Kalau aku sorang kena pegi, aku sanggup pergi.. huhuhu~ Cinta aku terhadap ayam tak berbelah bagi baiii~ hahahaha

Aku paling sayangkan mereka ni. Dulu aku frust kawan baik aku terus membencikan aku tapi Allah nak kasi kita kawan kan, haaa hambek ramai yang datang. Siap kacau ke tengah malam.

Alhamdulilah~

p/s : aku sayangkan persahabatan ni. Sanggup menanti mereka mendirikan rumah tangga dan bahagia dahulu daripada aku~

Ucuk masham aku ni.. ni la cinta hati aku yang sentiasa bawak aku jejalan ke sana ke mari.. Mama dia pon jadi mama aku... manje semua kt die.. panggil bambam dan montel tembam semua sama2... Sayang ucuk aku yang sorang ni~.. stay strong ok sayang~
Whatever happened to her, i will know for insyaAllah. Kekdang die suke bercakap pasal isu semasa yang aku memang kekdang tak masuk port nak study ntok bawak masok berborak.. Jadi die ni la akan jadi sumber maklumat aku untuk aku tahu ape jua isu yang berbangkit dalam dan luar negara hahahah... Pastu die ni suke membebel kt blog jugak mcm aku... memcm die cter... aku paham.. sebab die lame nak  abiskan waktu blaja die. InsyaAllah ko boleh sebab ko mampu... 
die juga suke main kucing, jaga kucing, ubatkan kucing... Kucing tu dah mcm pakwe die.. Bila aku sampai kt die, aku pulak jadi kucing die. Paling aku suke sikap die ialah die paham betol benda ape untuk ubatkan aku di saat aku pening kepala (kolestrol banyak hahaha). 

aku sayang ko ketat2 k fira. ko sahabat aku sampai bila2.. ko dengan Una always sahabat aku. Una pulak busy sangat sekarang. Die kerja kan. Cari rezeki untuk tolg akak dan adik die. Rajin orangnya. sekali blanje aku makan, haaaa sampai tegak perut  duduk hehheheh~ 
3 manusia wajib aku ingati sampai akhir hayat~ 

Diorang ni kenal dan bersama aku setahun jek kt sekolah. hohoho~ Lelaki tue  Jemir. Die ni famous dalam dunia akademik . Taya introduce name sebenar la kan. 
Aku selalu berkelahi dengan Jemir. Aiyoo jemir.. ko la cinta hati.. ko la sahabat ko la budak aserom.. ko la genius... ko juga seorang teman yang sangat aku sayang. hey, aku paling sayangkan dia. Member yang sangat gila dengan aku~ Sebab dia paham aku cintakan AYAM macam dia cintakan ASEROM dia~ muahahahaha~ :;pp
Die wanted di sana sini.. Kira HUNTUNG  arrrrrr dapat jumpa die yang sibuk sangat mengalahkan PM die ni aku ase... 

Nana~ oh she is my boo boo..~ Gadis paling lembut.. paling sayangkan aku. Paling suka kasi aku semangat.. paling suka nasihatkan aku.. Halus sentuhan nasihat dia. Boleh rasa ini antara sahabat yg Allah titipkan buat aku. Rasa cinta dari Allah datang dari dia. Dia TAKPERNAH MARAH aku~ sayang awok Nana.. lau awok takde temankan owang, owang xtahu owang mcm mane.. ~
Awok paling tak malu kawan dengan owang.. Awok da la cantik tapi still sudi jalan dengan owang lau nak ke mana2.. Nana jangan lupa kt owang ok~ Owang sayang awok tahap gaban sangat~

Kema~~~~ hahahahahahahha... budak sorang ni dah kira keluarga aku. kira adik la~ eyh?? aku la adik, dia kakak.. sebab die nye selumber over da load daripada aku. Kema ni memang close dalam kelas la sebab dia duduk sebelah aku dulu masa form 5. Die pendiam tapi sekali dah bercakapppp BOOOOMMMMM... lagi satu time makan~ hahaha... die paling suke roti telur abah~ abah suke kasi die makan~ hahaha.. Die juga kesayangan akak aku~.. Die pon paling suka datang ke rumah aku dulu masa die blaja kat Matrik pilah~ Pandai orangnya.



Aku memang suka belasah orang. Sesiapa member yng pernah sekola menengah dengan aku, die akan tahu aku macam mana lau dah nak mengamuk ~huhuh... 
Mereka ni sahabat yang terbina sejak tingkatan 6. Ada yang aku jumpa masa kerja sementara di Kolej Islam di Nilai dulu. Bebudak ni antaranya Huzaifah, Ontot, Wawa dan Nazira. Ada lagi sorang aku lupa selitkan, Ayen. Ayen pon sahabat kami tapi dah berpisah lama sangat. Tu yang lepak pon ini je tinggal. Kalau dia ade perghh masak ko tergelak dan aku la yang selalu kalah dengan die... Jeeemmmm..

alhamdulilah kami sama2 meraih menara gading bersama2.. sama2 dapat belajar ke universiti.. sama2 menaikkan semangat belajar... 

Istimewanya sahabat aku ni ialah IKHLAS. Kekdang bergduh gak tapi sikap matang, kami sentiasa bersatu. Aku la yang kebudak-budakkan  di sini. Aku paling kuat merajuk. Paling kuat marah, paliang kuat makan dan semuanya kuat~ 

Di sini, sahabat yang setanding Jemir ialah Huzaifah~ Aku harap dapat temukan zpah dengan jemir. Otak genius dua orang ni~ ~Dua orang ni jugak merupakan sahabat yg sentiasa SABAR TAHAP MAKSIMUM dengan perangai annoying aku..

Sabar kerana sentiasa mahu aku tidak tersasar ke jalan yang salah.. Terima kasih huzaifah dan jemir kerana korang sentiasa bimbing aku ke arah kebaikan. Tegur sikap aku yang begitu egois ni.. Betul, aku memang akan dengar kata budak 2 orang ni. diorang bila datang pujuk, konfem aku akan OK~ tak percaya tanye diorang~ heheheheheh :p 

Comel tak memasing~ Ini mungkin rupa yang sangat bukan begitu jelita tapi begitu indah untuk dilihat secara depan mata kerana bila bersatu, KEBABOOOMMMM~ habis gelak ketawa kuar heheheh~ 


Budak 2 orang ni ada terselit dalam kisah hidup aku. Sebab? hehehe.. Mungkin sebab aku sayang diorang kot. Tapi aku anggap macam member kamcing habis la. Kamal ni kenal habis da aku macam mana sejak form 2. Aku belasah Benjo pon time uh depan mata die.. Die member gila aku paling relax bila tengok aku meroyan nak bercinta dulu hahahaha~ aku nak sangat berkapel sane sini. Die la tukang mendengar aku membebel tahap giloss... sayang ko kamal sebab ko sbr.. aku tahu ko kutuk aku belakang tapi aku ase ko ktuk depan aku agi banyak daripada belakang ahahahah tapi abaikan je la. aku sentiasa maafkan ko sebab ko kawan yang sentiasa melindungi aku... die jage aku macam adik beradik jage aku. Untung si mira dapat kamal.. He is protector guy beb,.... memang habis protect la mira ni pasni hehehee...~ 
Dua orang ni special case skit.  Sebab dah la best friend aku. Sekali tue bercinta bersama~ Cntik la tue.. ~ kekallah hingga akhira hayat ok~ Amiin..

Sunday 24 August 2014

Words retua~

Gemar menafikan keadaan. Cuba menutup kebenaran. Hukum sebenar bukan tak tahu. Sayang itu mengaburi segala2 nya. Bila ianya akan berakhir. Kali terakhir hanya penat yang terasa.

Sejak sudah berada dalam dunia kerja, fikiran semakin jauh merewang memikirkan tentang adik-beradik. Kekasih? Entah. Sebab aku puas berjuang namun aku masih silap dan salah. Aku tak nak salahkan si dia yang sudi bersama aku. Hanyalah diri sendiri yang sering tidak sedar diri..

Keluarga? Sehabis mungkin mahu bersama mereka. Jangka masa hidup semakin pendek. Hurmm..

Buat AO, terima kasih luangkan waktu hari tu dengan aku. Dah macam adik beradik sebab berkelahi dengan dia je. Aku redha dengan segala-galanya.

Kerja... sentiasa perbaiki kesilapan diri :) hehehe.. kadang-kadang menung, kadang-kadang busy sampai xmenang tangan~ sighhh~

Tuesday 12 August 2014

Merepek petang~

Tengah duduk menung tengok semua staff dalam ofis ni leka buat kerja, datang sorang abang ni semalam dok kate MB kekal dekat Selangor. ~

Inilah dunia bekerja kan? Aku excited. Sebab dulu mase kecik2 aku berangan nak keje ada komputer.. Nah ko dapat tempat komputer. Taip la ko bebyk hani. Puas? Lazat? hahaha

Sampai dah tak tahu nak taip apa ( nampak benau aku kurang membaca. Sifat ni kena di masak sampai ranum lepas ni ). Ok ckup merepek.

Aku en, bila tengok berita. Dengar along aku kata, " Ko tengok la muke MB Khalid tu ha. Muka kesian.. Orang yg tak kenal die pon boleh rasa simpati... ".. hehehehe tergelak aku dengar. Persepsi orang kan?

Aku sokong MB sebab die belom pernah kasi anugerah pakai penyapu gi ( Choiiiii~ hahahaha... )...Mana taknya. Orang paling kureng kasi buku tulis kosong. Tak pon kotak isi gula2.. Tapi penyapu??? Ahhh sudah la meraban aku ni.. Kisah lame jgn diungkap hehehe.. Takde la. Pada aku en, jika pemimpin tu mampu melaksanakan tugas dengan baik dan kriteria diri memenuhi segala kehendak untuk menjadi menteri, dats good :) Itu aku punye pendapat.

MB Khalid still cool bila menghadapi krisis pecat tue. Takpela. Bila orang tahu buat kerja ni en, campak ke mana2, die boleh hidup..

Ada aku dengar ni semua drama semata-mata.. Ikotkan je la. Sebab korang yg memimpin. Korang yg disoal. Kami disini memilih kerana percaya. Jika menganiaya... prepare for future la ok~...


P/s : Bukan sekali aku tengok kaya jatuh menjunam kerana ada sebabnya. Kita manusia jadilah manusia yg belajar daripada iktibar~

P/s 2 : Muka MB Khalid mcm arwah baba~ So comel ~ muehehee.. lau rindu baba, tgok MB Khalid.. ~I miss u baba.. Al-Fatihah~

Monday 11 August 2014

Segmen Mengenali Wajah Blogger Malaysia - Sila Daftarkan Diri Anda

~Assalamualaikum~
( Maaf jika terkasar sebab saya terbiasa guna bahasa saya berblogging (^_^) )

Sedang blogwalking ke blog followers ni en, sekali ternampak satu blog update tentang satu segmen. Terus aku tersenyum sendiri. Dulu saat aku gila blogging, aku memang suka buat segmen aku. Tapi masa tu segmen aku untuk senaraikan followers lama dan baru. Tapi itu dekat blog lama aku dulu la.~ 

Oleh kerana aku dah lama tak ikut serta segmen dari followers ni  kan, maka aku berhasrat nak ikut serta segmen ni jugak~ Segmen ni diperkenalkan oleh Encik Etuza . aku kreditkan kepada kakak Mrs Velentine ni sebab dari entry dia aku berkenan nak turut serta segmen ni. 

Jadi permintaan Encik Etuza ialah dengan meletakkan gambar berukuran passport dan menjawab. Di sini aku sertakan gambar tu.


Url blog : http://diva-queenlife.blogspot.com/ 

2 soalan. Antaranya ialah :

1. Adakah anda suka blog anda sendiri?
2. Jika suka beri 2 sebab kenapa anda suka blog anda.

Jawapan ku :

1) Saya memang suka malah sayangkan blog saya ni..hehe 

2) Sebab saya suka blog saya kerana 

Pertama > blog merupakan ruang untuk saya bercerita tentang diri saya dengan lebih mudah, pantas serta mendidik diri untuk sering mengarang ayat dengan lebih sempurna~ Kadang-kadang cacar marba jugak bahasanya huhuhu~

Kedua > saya suka hias blog saya. Sebab saya suka mencuba tutorial untuk menghias blog dengan lebih kemas dan saya belajar benda baru melalui cara nak menghias menggunakan bahasa komputer ni~ 

Sekian~ 
P/s : saje kai gmbr skema ~ hehehe... btol2 passport den lotak ~ hehehe

Komunikasi. Keselesaan. Keserasian. Positif

Komunikasi. Keselesaan. Keserasian. Positif. Itu semua satu kekurangan dan satu kelebihan.

Aku punya kekurangan melalui komunikasi kadangkala. Aku tak tahu nak cerita camne kelemahan aku tu tapi memang ade la..huhu~

Tapi satu usaha aku cuba ialah kita mendengar apa seseorang itu nak sampaikan. Di situ wujudnya keselesaan. Keserasian datang pula bila saatnya kita boleh mahu berinteraksi dengan tajuk perbualan member kita. Aku bukan 100% paham pon kekdang bila bercakap dengan mereka tapi aku dengar apa dia nak sampaikan. Mungkin inilah pelajaran aku peroleh masa jadi ahli Rakan Sebaya.

Aku pernah marah orang. Pernah aku kasi kata2 kesat pada mereka. Aku pon pernah kena. Sakitnya hati bila dah kena balik.~ Rupanya kata2 kesat tak pernah suai menjadi teguran untuk jangka masa yang pendek. Hanya beberapa saat je. Tu pon tak tentu lagi. Jangka masa lama? Mungkin boleh tapi mungkin orang tu kekal benci atau mula memaafkan kita. Bergantung pada penerimaan dia nak pikir niat kita ataupun tidak.

Kesilapan aku ialah tergesa2, emosi.

Sampai ada yg ermm, tak suka aku tapi biasa la kan, kita sendiri pon ada tak suka orang jugak kan. Tidak sempurna. '

Banyak benda nak kena belajar. Kadang2 aku jadi takut. Mampu ke aku? Kerana aku sudah bersendirian.


Thursday 7 August 2014

Bermaknanya bila bersua muka~

Assalamualaikum~
Sekarang ni tak tidur lagi. Jam menunjukkan pukul 11.34 malam. Setengah jam lagi nak pkul 12.00 malam dan aku tak tahu besday siapa esok..hahaha.. Kena refer kat facebook la...

Dulu en, kalau nak cerita pasal besday ni la en, zaman sekolah menengah aku siap catat besday kengkawan aku dalam diari aku. Setiap tahun akan aku catat dan ingatkan setiap hari. Bila tiba masanya, aku akan ucapkan selamat hari lahir dan belanja makan. Aku kuat belanje makan dlu hehehe.. sekarang dah tak macam dulu.

Aku dapat rasakan perbezaan ketara dengan wujudnye laman sesawang ni. Manusia sentiasa nak bergantung dengan facebook sebab benda alah tu dah jadi diari memasing. Keluar ke mana2 mesti nak pegang telefon. Padahal kawan depan mata. Aku terfikir sendiri, di mana rasa hormat dan salute kita pada member yang sudi susah payah datang jumpa kita walaupon dekat?

Bila aku duduk bersua dengan abang aku yg sulung, kami akan berbincang banyak benda. Waktu tu aku termenung je lepas habis berbual, rupanya aku ni tak tahu banyak benda sebab aku tak bergaul dengan manusia. Lain rupanya bila bergaul dengan stay kat alam maya ni... So difference...

Tambah pula sejak dah praktikal ni, memang aku akan bersua dengan orang. Jadi aku kena lebih prepare tentang semua tue. Tak nak jadi manusia yang rugi~...

Allah, ruginya aku ni~

Wednesday 6 August 2014

Bertukar Unit


Assalamualaikum
Aku ada cerita bukan yang aku sudah mula latihan industri. Jadi hari ini aku mahu tunjukkan tempat aku bekerja dan apa saja aku kena lakukan sepanjang 5 hari ni. Hari pertama aku datang tapi staff kat situ suruh balik sebab penyelia yang bertanggungjawab menyelia aku pon tiada sebab cuti raya lagi. Hari kedua pula aku datang dan saat inilah aku bertemu semua staff yang ada di department admin atau lebih dikenali Unit Khidmat Pengurusan. Kat sana aku kenal dengan CADO iaitu Puan Norliza, CC iaitu Cik Khadijah Nasir, member-member praktikal iaitu Syafa, Sabrina, Farah dan Liyana ( Diorang ni dari Universiti lain2). Alhamdulilah kehadiran disambut baik oleh mereka semua. 

Setelah aku bersua dan berkenalan dengan semua staff, aku mula berjumpa dengan CADO aku untuk berbincang mengenai kursus dan kerja yang bakal aku laksanakan untuk Latihan Industri (LI) ini. Dalam semester terakhir ni, aku diberi 3 pilihan jenis laporan atau assignment yang boleh aku buat untuk LI ni seperti :

  • Survey
  • Mini Project
  • Mini Research

Selepas aku berbincang dengan CADO, dia lebih menggalakkan aku untuk melaksanakan mini research. Mini research dilihat lebih ok sebab ianya tidaklah memakan masa yang sangat lama dan nampak tak rumit. Alhamdulilah CADO sepertinya memahami apa yang aku mahu laksanakan. Maklumlah sebelum ni yang rekemen yang masok ke sini member baik aku iaitu Aqem. Jadi, Aqem pon baru-baru ni selesai praktikal di sini , maka mereka semua boleh nampak dan fahamlah apa yang aku boleh belajar di sini dan gambaran sebenar tujuan praktikal ku ini. 

Course major aku ialah pengurusan sistem maklumat. Jadi aku perlu belajar dan memahami lebih mengenai sistem yang digunakan staff-staff di sini. Jadi CADO telah menempatkan aku di Unit Pendaftaran. Di sana aku akan dapat belajar mengenai sistem dengan lebih mendalam lagi dan memang kat sini banyak mengunakan sistem. Sistem yang melibatkan urusan Tanah la. Aku tak reti lagi nak terangkan lebih sebab aku pon baru nak baca intro pasal sistem ni. Penyelia aku di sini ialah Encik Jamal dan abang Ashraff. Alhamdulilah mereka berdua sporting dan tak lokek ilmu mereka untuk berkongsi mengenai ilmu sistem yang mereka dah selalu review kan selama ni di sini.


Ini merupakan meja aku ditempatkan di Unir Khidmat Pengurusan. Sebenarnya ni bukan meja aku tapi meja sorang akak tu nama die Sofianna yg sedang bercuti bersalin~ Hope die cepat sembuhlah hendaknya.


Haaa dan ini merupakan tempat aku yang selama 2 bulan akan aku duduki dalam mendalami tentang sistem di sini. Kat sini akan aku siapkan report mini research aku nanti~ wink3.. suke sangat sebab warna purple..~ Semangat lah aku nak datang kirijaaaa anti kan hehehehhe

Hahahahaha... taya tanye ni sape la kan sebab ni memang aku je pon... wink3... tema da purple.. sekali pakai tudung pon pink2 purple.. sje je nak pakai menyerlah~ sekali sekala.. padahal tudung tu aku baru jumpa kot.. miahahaha lame xselongkar almari arwah mak en~ mehehehe~ 


Inilah tempat di mana aku kena melaporkan segala macam kerja yang aku dah buat kt sini.. Boleh baca tajuknye kan? ehhehehe... TQ UitM Di hati ku kerana mu aku boleh sampai ke sinI~ syukur alhamdulilah~ Bukan senang nak belajar hingga ke tahap ni noookkk uiii~

Takde kaitan dengan kursus aku??? Hello... inilah ilmu dunia akhirat beb.. Aku pinjam kejap kt bilik Iqra yang ada kt Unit Pendaftaran. Best buku ni. Menerangkan secara lebih mendalam mengenai segala ibadat yang Nabi Muhammad SAW suruh kita laksanakan selagi nyawa masih dikandung badan. 

Antara buku rujukan aku untuk aku buat laporan nanti. Macam-macam maklumat aku dapat daripada buku ni. Heheheh~ anti kena blaja psal tanah pulak kan? Who Knows kan? muehehehhe~
Ok sampai situ je aku nak share pasal LI aku ~ aku harap aku dapat belajar macam-macam benda kt sini~ Sekian~

Tuesday 5 August 2014

Kisah Rahsia pramugari terbongkar di Mekah

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
Sumber-sumber -  http://pagarmuseh.blogspot.com/2013/09/rahsia-pramugari-terbongkar-di-mekah.html