Tinggalkan jejak anda ye~

Monday 11 August 2014

Komunikasi. Keselesaan. Keserasian. Positif

Komunikasi. Keselesaan. Keserasian. Positif. Itu semua satu kekurangan dan satu kelebihan.

Aku punya kekurangan melalui komunikasi kadangkala. Aku tak tahu nak cerita camne kelemahan aku tu tapi memang ade la..huhu~

Tapi satu usaha aku cuba ialah kita mendengar apa seseorang itu nak sampaikan. Di situ wujudnya keselesaan. Keserasian datang pula bila saatnya kita boleh mahu berinteraksi dengan tajuk perbualan member kita. Aku bukan 100% paham pon kekdang bila bercakap dengan mereka tapi aku dengar apa dia nak sampaikan. Mungkin inilah pelajaran aku peroleh masa jadi ahli Rakan Sebaya.

Aku pernah marah orang. Pernah aku kasi kata2 kesat pada mereka. Aku pon pernah kena. Sakitnya hati bila dah kena balik.~ Rupanya kata2 kesat tak pernah suai menjadi teguran untuk jangka masa yang pendek. Hanya beberapa saat je. Tu pon tak tentu lagi. Jangka masa lama? Mungkin boleh tapi mungkin orang tu kekal benci atau mula memaafkan kita. Bergantung pada penerimaan dia nak pikir niat kita ataupun tidak.

Kesilapan aku ialah tergesa2, emosi.

Sampai ada yg ermm, tak suka aku tapi biasa la kan, kita sendiri pon ada tak suka orang jugak kan. Tidak sempurna. '

Banyak benda nak kena belajar. Kadang2 aku jadi takut. Mampu ke aku? Kerana aku sudah bersendirian.


No comments: