Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday 19 October 2014

Projek + Buletin~

Video Korporat. Buletin Bulanan. Tugasan yg diberikan kepada aku semasa di Unit Pendaftaran. Benda senang? Ilmu juga kan? Timba je la dan apply sekali dengan ilmu yang kita sudah ada. Di situ akan dinilai sejauh mana kita mampu menggunakan ilmu yg kita belajar kat U dulu.

Alhamdulilah, semasa aku di Unit Khidmat Pengurusan ni, aku diberi bilik utk buat kerja video korporat. Semangat la jugak bila da dapat ruang kerja yang agak privacy hahaha.. takde la privacy sebab kat situ ade scanner. Jadi kalau sesiapa nak scan document memang akan datang ke situ ntuk scan. Dan aku adalah pembantu utama dalam scan document kt situ. Happy to help.

Honestly, sebelum ni aku tak kenal ramai orang sangat sebab kerja aku hanya stick pada yang satu tapi sejak dah turun ni, hampir semua orang di BKP ni aku dah kenal. Alhamdulilah aku berpeluang melalui proses kenal2 staff. Kalau tak kenal memang kerja aku susah la nak jalan. Memang ikutkan hati malu beb.. Tapi kenal tebalkan muka sebab nak buat report dan sebagainya kan. Anyway, hopefully semuanya berjalan dengan baik. ~


No comments: