Tinggalkan jejak anda ye~

Monday 23 November 2015

Coretan biase saje

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menaip pakai laptop. Ni pon aku dok menaip kat rumah Fira bambam.. Kesayangan bambam yang setia menjadi bukan sahaja sahabat tapi dah macam adik beradik. Senang cerita keluarga die dah jadi keluarga angkat aku la now hehehe.. Mama die dah jadi mama aku jugee.. Wink Wink... Alhamdulilah, Allah sentiasa kirimkan aku insan-insan yang sudi menjaga aku selain ahli keluarga aku sendiri..

Aku masih dalam fasa xkerja tapi dalam fasa xkerja ni, aku diberi peluang mama Fira bekerja kat rumahnye. Iaitu jadi orang gaji separuh masa.. Dah 2 bulan jugak aku kerja kat rumah mama Fira. Sekurang-kurangnya belanja data internet aku ade hehee.. Dah takde la meminta-minta kat muehehe... Kesian abah aku penat kerja..

Jadi, dalam masa beberapa bulan aku menjadi pengganggur ni, memacam benda la jadi. Antaranya demam dan batuk2 teruk sikit. Lepas tu kucing-kucing aku lak xsihat. Bebaru ni member aku si Fira pon tak berapa sihat. Makanya sesame jage kesihatan memasing la memandangkan cuaca tak menentu dan berubah-ubah.

Pastu aku nak ucapkan tahniah pada Jemir a.k.a Azmir Osman. Die baru je konvo. Die ade kasi aku gambar die pakai hood dan jubah konvo die. Aku rasa die 1st class kot. Pergh hebat budak ekonomi hahaha.. dan murah rezeki die sebab dah dapat kerja kat syarikat yang menaja biasiswa die semua iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Ramai lagi kengkawan aku dapat kerja kat sana macam kesayangan aku iaitu Nana. Die dgn Jemir sama hebat hehe..dan mereka juge antara member PNB paling rapat ngan aku. Tahniah buat korang ye.

Aku?? huhu.. masih menanti peluang-peluang kerja.. setakat ni aku buat kerja-kerja mengemas tu la sambil mohon kerja lain..

Perasaan aku? Aku takut hahha.. sebab?? Aku dah lama terperap kat rumah. Bukan pasal bosan. Nonsense la duduk rumah sendiri di mana kita boleh terbungkang, have fun segala nak bosan kan? Aku takut sebab aku dah lame tak keluar rumah. PR aku pon tak tahu macam mana. Dah kurang berkomunikasi secara rasmi ni kan... Kalau menulis boleh la sebab boleh fikir lagi tapi kalau bercakap tu kena waktu tu jugak beraksi bagai... Pape pon aku harap dapat peluang kerja yang memberi aku menambah ilmu komunikasi dan sebagainye.

Selalunya baca info banyak kat tv, fb, website BH dengan Star dan dari Fira.. Bukan Fira je, plus Diba. Sepupu aku yg sentiasa mengingati aku. Die rajin ajak aku jejalan. Bebaru ni suami die si Helmi dah buka restoran makan iaitu perkongsian dgn rakan die jugak sebenarnye. Restoran Socotra namanye yang berada berdekatan di Inti Kolej, Nilai. Aku paling suka Jus Pisang die. Pergh sedap btol. Kenyang bila dapat mnum. Lepastu makan kebab die.. Fuhhh.. Syukur la dapat merasa makanan Middle East ni hehehe..

Well sekarang tak banyak berbelanja. Duit kat tangan ni selalu pergi tinggalkan aku hahaha.. Pape pon aku tanam dalam hati, rezeki semua daripada Allah.. In sha Allah ade la tu rezeki dan bahagian aku.

Hmm.. pape pon rindu Ika huhuh.. one of my bff.. sumpah die terbaik~

So far sampai sni je entry aku rini.~ k tata

No comments: