Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday 29 November 2015

#Weekend

Assalamualaikum,

Alhamdulilah masih bernafas dan diberi peluang untuk berada di bumi pinjaman Allah ni. Pagi ni dapat berita Pak Yus (Jambu) Maharaja Lawak meninggal dunia kerana sesak nafas semasa sakit jantung. Padahal dia baru je buat persembahan di Juara Parodi di Astro Warna. Mesti rakan-rakan dia terkejutkan. Sebab dia nampak sihat dan happy je.. Dah ajal kan. Tak boleh nak diubah.. tak boleh nak dijangka melalui rupa.. Kalau Allah dah tentukan sekarang nak ambil nyawa kita pon mesti terjadi juga. Moga rohnya tenang di sana.

Minggu lepas aku seharian menemani sepupu ku iaitu Diba. Dia bawa anak murid dia iaitu Ar-Rayyan dan Nazeef. hehe.. Aku pon turut jadi teacher.. Pape pon seronoklah melayan kerenah anak-anak murid dia. Bijak budaknya. Umur baru nak masuk 7 tahun tapi bila bercakap tu memacam soalan luar biasa aku dengar. Antaranya kren bangunan la.. pasal sit belt tu la nape letak kt kedudukan mcm tu.. Ape tujuan dia. Aku masa kecil belom tentu nak pikir pasal sit belt haha.


Sempat juga aku luangkan sedikit waktu dengan member bambam aku iaitu si Fira ke kenduri kahwin kawan kami iaitu Mahfuzah. Aku sampai lambat sikit. Sebab awal pagi aku gerak dulu dengan Diba. Bila dah nak pukul 2 petang baru bersama dengan Fira. Tak makan pon sebab kelam kabut. Kebetulan masa tu kt tempat makan takde pinggan. hahahah. Sedih betul. Takpela. Datang pon sebab nak tengok pengantin je. Lepas snap dan bersalam dengan pengantin baru aku gerak ke Bangi. Jejalan dengan kezen aku.. Fira tak ikut sebab dia pon ada hal dia sendiri masa tu. 



Alhamdulilah terisi juga hujung minggu dengan sedara kan. Keep smile. Setiap kekurangan punya kelebihan~





No comments: